-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku bukanlah yang TERBAIK untuk mendapat yang TERBAIK, tetapi aku akan usaha sehabis BAIK untuk aku katakan pada diriku, aku telah lakukan yang TERBAIK.

Ya !! Muslim perlu menjadi yang TERBAIK, berusaha ke arah KEJAYAAN, CEMERLANG dalam segala bidang yang diamanahkan, GEMILANG dan TERBILANG dalam setiap tindak tanduk perlakuan.

Itulah Muslim.

Itulah Mukmin.

Itulah Muttaqin.

MUSLIM, MUKMIN dan MUTTAQIN itu adalah simbol kepada kejayaan, gambaran kepada kemajuan, lakaran kepada sebuah ketamadunan.

Adakah kita sedar akan hakikat itu ??

Tamadun ISLAM.

Siapa yang tidak mengetahuinya ?? Siapa yang tidak mempelajarinya ?? Bahkan Tamadun ISLAM menjadi kajian dan penyelidikan di seluruh pelusuk dunia, menjadi bual bicara bagi sesiapa yang mengaguminya. Itulah ISLAM.

Hebat, bukan ?? Islam itu memang HEBAT. Tiada siapa yang mampu menyangkalkannya. Pernah suatu ketika dahulu, ISLAM itu benar-benar disegani, sungguh-sungguh diteladani, amat-amat digeruni.

Adakah kita sedar akan hakikat itu ??

Itulah ISLAM.

ISLAM tidak pernah memberi contoh yang buruk, tidak pernah mencipta sesuatu yang mampu untuk dikutuk. ISLAM itu tidak pernah menjadikan imejnya mudah sekali dihina dan dicerca, tidak pernah memberikan sesuatu gambaran ‘diri’ nya yang mudah untuk digelak tawa.

Tidak pernah!! Tidak pernah sama sekali !! Bahkan UMAT ISLAM diangkat darjatnya, dijulang harga dirinya, disanjung keperibadiannya.

Tetapi itu dahulu. Ya !! Beberapa dekad tahun yang lalu.

Namun kini, mengapa UMAT ISLAM tidak lagi disegani, tidak lagi dihormati, tidak lagi dipandang tinggi ?? Bahkan mudah sekali dicaci, mudah sekali ditindas sana-sini, mudah sekali jatuh tidak bangun-bangun lagi.

Mengapa ya ??

Adakah ISLAM itu tidak hebat ??

TIDAK !! Kerana sejarah telah membuktikan keunggulannya..

Adakah ISLAM ‘dahulu’ dan ISLAM ‘kini’ lain ajarannya ??

Sudah pasti TIDAK !! Kerana Al-Quran dan Hadith tidak pernah berubah hingga kini, jadi, mana mungkin ISLAM itu berubah.

Jika persoalan tadi bukanlah penyebabnya, apa puncanya ?? siapa yang menjadi dalangnya ??

Tidak lain dan tidak bukan..

KAMU lah penyebabnya !! KAMU lah dalangnya !!

KAMU lah yang menjadi punca kepada semuanya ini. Bukan orang lain. KAMU !!

KAMU tidak bersungguh-sungguh dalam apa yang kamu lakukan. Setiap apa yang kamu lakukan mudah benar menemui kegagalan. Tetapi kegagalan itu bukanlah penyebabnya, sifat MUDAH PUTUS ASA kamu itu yang menjadi puncanya.

KAMU sedar atau tidak ??

Apabila KAMU study, KAMU bukan student harapan, tetapi KAMU student yang ketinggalan.

Apabila KAMU bekerja, KAMU bukan pekerja impian, tetapi pekerja umpatan.

Apabila KAMU bekerja dalam kumpulan, KAMU yang beragama ISLAM ini tidak menjadi pembantu,
tetapi hanya menjadi bak tunggul kayu.

Apabila KAMU berakhlak, KAMU bukanlah insan contoh, tetapi insan cemuh.

Apabila KAMU menjadi ketua, KAMU bukanlah pemimpin yang disayangi, tetapi ketua yang diharapkan pergi.

Apabila KAMU berharta, KAMU bukanlah seorang dermawan, tetapi seorang penghina manusia di jalanan.

Itulah penyebab Umat Islam tidak dibanggakan.

Itulah punca Umat Islam ketinggalan.

Itulah KAMU, duhai Umat Islam yang pernah gah di suatu ketika dahulu.

Fikir-fkirkanlah.. Usah ditanya berapa banyak sumbangan yang ISLAM berikan, tetapi tanyalah berapa banyak sumbangan yang telah KAMU korbankan.

Oleh kerana itu, marilah kita semua BERUBAH dan BERHIJRAH..

Dari seorang pelajar yang ketinggalan, ke arah insan yang dikelilingi kejayaan..

Dari seorang pekerja cacian dan umpatan, ke arah pekerja impian dan harapan..

Dari seorang ketua yang dibenci, ke arah ketua yang disegani dan dihormati..

Jika ini mampu kita lakukan, sudah pasti seluruh manusia akan diubah pandangannya, ditukar prasangkanya, diperbaharui corak pemikirannya terhadap seluruh UMAT ISLAM..

Dari UMAT ISLAM yang dipandang rendah, ke arah UMAT yang pandang GAH dan di MEGAH.

InsyaAllah..

Alhamdulillah..