Archive for Mei, 2011


-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku yakin, inilah yang TERBAIK !!

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Yakinlah !! Apa yang ada pada diri kita sekarang, kita sendiri pun tidak mampu untuk merancang. Segala-gala yang telah Allah takdirkan kepada kita, itulah yang TERBAIK.

Ya !! itulah pegangan ku selama ini.

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui selama lebih 20 tahun aku berpijak di atas muka bumi Allah ini. Terlalu banyak. Tetapi aku yakin, segalanya bukanlah untuk menjatuhkanku, bukan juga untuk menjauhkanku, tetapi itulah wasilah untuk ku berada lebih dekat dengan Penciptaku, berada lebih hampir kepada Cinta Hakiki ku..

Alhamdulillah.. Aku sayangmu, Ya Allah.. Aku cintamu, Ya Allah.. tidak mampu ku ungkapkan.. apatah lagi untuk ku zahirkan..

Segala-galanya baik bagi ku.. apa sahaja yang berlaku kepadaku, aku yakin, itulah yang TERBAIK, itulah yang PALING BAIK !! Aku yakin, Ya Allah. Aku yakin !!

Ya Allah, ikhlas dan tsabatkan lah hati-hati kami..

Sewaktu aku baru tamat UPSR, masih segar di ingatanku lagi. Di waktu anak-anak lain dipaksa ke sekolah berasrama, tetapi aku memaksa ibubapaku menyekolahkan ku di sekolah berasrama. Tetapi aku akur. Aku bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. Ketika itu, mungkin krisis kewangan melanda keluargaku, aku tidak berkesempatan berada di sekolah idaman. Kos asrama dan tambahan-tambahan lain antara faktor impianku ditolak. Luluh hatiku ketika itu. Hari pertama Tingakatan 1 ku di sekolah harian biasa, di sekolah yang siapa-siapa sahaja boleh memasukinya. Apakan daya, itu nasibku.

Percaturan Allah itu lebih hebat.

Asbab ibubapaku simpati kepadaku, akhirnya seminggu selepas itu, Allah mentakdirkan ku bersekolah di sebuah sekolah asrama di pedalaman. Gembira sungguh hatiku, riang sungguh jiwaku. Meskipun mendaftar dengan hanya berhutang, tetapi itulah titik permulaan untuk ku berjuang di jalan ILMU ini. Alhamdulillah, Ya Allah.

Aku bukan dari kalangan orang berada. Masihku ingat, di saat rakan-rakan lain pulang ke asrama dengan menaiki kereta, tetapi aku pulang menaiki lori. Itulah yang kami ada. Alhamdulillah. Ayahku dahulunya pemandu lori. Itulah transport kami sekeluarga. Asset yang berharga tidak akan aku lupa jasanya.

Segalanya adalah TERBAIK.

Kesusahan keluarga ku menjadikan aku lebih gigih berusaha, lebih rajin menimba. Aku ingin merubah keadaan keluargaku. Itulah impian ku dahulu. Sehingga kini, impian itu masih terpatri di hati.

Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan menembusi hati yang dipenuhi maksiat..

Selepas keputusan PMR diumumkan, aku merancang ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah. Allah izinkan. Aku ditawarkan ke sebuah sekolah yang agak terkenal di Negara ini. Gembira sungguh ibubapaku. Harta tidak mampu ku berikan, hanya itu yang mampu ku hadiahkan.

Bukankah perancangan Allah itu lebih baik.

Aku tidak diizinkan Allah ke sana. Tetapi Allah memilihku untuk ke sebuah sekolah agama. Dahulu ku tidak mengerti sebabnya, tetapi hari ini baru ku tahu hikmahnya.

Sekolah agama inilah yang mengenalkan ku apa itu Ma’thurat, apa itu Usrah, apa itu Kuliah. Sekolah ini jugalah yang mengenalkanku sahabat-sahabat baik yang tidak pernah ku sangka kehadirannya.

Jika Allah izinkan ku ke sekolah asrama penuh itu, apakah aku bisa mendapat apa yang aku telah dapat ini ??

Aku tiada jawapannya.

Yang pasti, aku yakin, inilah yang TERBAIK.

Kerana Kau cinta, Kau duga..

Sewaktu aku di tingkatan 5, pengetuaku berjanji. Barangsiapa yang memperolehi 12A1 dalam SPM, Pakej mengerjakan Umrah akan dihadiahkan kepadanya.

Ya Allah.. Kau sahaja tahu betapa aku inginkan hadiah itu. Aku tahu, susah sungguh untuk ku pergi menunaikan umrah dengan kewangan ku sendiri. Aku sedar status diriku, aku bukan orang senang. Jadi, tidak pernah putus doaku untuk mendapat keputusan semaksimum itu dalam SPM ku.

Setiap kali aku nampak kapal terbang, pasti aku kata dalam hati, “Aku akan naik kapal terbang suatu hari nanti”.. aku ingin kerjakan Umrah, jadi sudah pasti aku dapat naik kapal terbang. Waahh !! tinggi betul impianku dahulu, setinggi kapal terbang itu.

Perancangan Allah itu lebih hebat !!

Aku tidak berjaya mendapat 12A1. Aku tidak diiznkan Allah untuk ke Baitullah. Aku tidak diizinkan Allah untuk menaiki kapal terbang. Semuanya Allah tidak izinkan. Semuanya aku tidak dapat. Apa yang aku dapat ??

Menggembirakan hati kedua ibubapaku. Ya !! hanya ini. Tetapi ia sudah cukup bermakna bagiku. Alhamdulillah..

Aku tahu, jika aku diizinkan menunaikan umrah, pasti ketika itu aku tidak bersedia. Takut sia-sia sahaja umrah ku itu. Jika ku berjaya menaiki kapal terbang itu, pasti aku berbangga. sudah pasti, kotor sungguh hatiku.. :(

Oleh kerana itu Allah tidak izinkan. Aku yakin, Ya Allah.

Aku yakin inilah yang TERBAIK !!

as long as there is desire, as long as there is time, i'll do my BEST !!

Sewaktu aku memilih tempat untuk ku sambung pelajaranku, tempat pertama dalam impianku adalah untuk ke luar Negara. Aku ingin benar ke luar Negara. Selain dapat menaiki kapal terbang, aku juga dapat belajar di tempat orang. Aku ingin sangat. Sangat-sangat ingin.

Bukankah telah ku katakan, perancangan Allah itu lebih hebat !!

Allah tidak izinkan ku ke luar Negara. Keputusan interview aku mengecewakan. Aku tidak layak ke sana. Allah sahaja tahu hatiku ketika itu. Hanya Allah. Allah sahaja.

Allah menurunkan hujan, untuk menghadiahkan kita pelangi.

Hampir sama keadaanku sebegitu. Allah menggagalkan ku ke oversea, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan ku sebuah tempat belajar yang tidak pernah ku sangka. Alhamdulillah.. meskipun ia tidaklah sehebat di oversea mahupun mana-mana kolej di negara ini, tetapi ia sudah cukup untuk mengekalkan ku istiqamah di jalanMu.. Alhamdulillah..

Allah, Allah, Allah..

Sehingga kini, Allah sentiasa mengujiku. Kesan Tarbiyah dari Allah ini sebenarnya meneguhkan lagi sayangku kepadaMu, menebalkan lagi cintaku kepadaMu, Ya Allah..

Aku yakin !! Aku percaya !! Segala-gala ketentuanMu ini adalah yang TERBAIK untuk ku !! Sangat TERBAIK !! Aku sendiri pun tidak mampu merancangnya.

Saat hajatku dimakbulkan itu, ia adalah TERBAIK untuk ku, dan ketika impianku tidak dipenuhi oleh Mu itu, itu juga adalah TERBAIK untuk ku.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala-galanya.. Terima kasih.. Terima kasih.. :(

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Selamat Hari Pekerja, wahai pelajar semua !!

Selamat menyambut Hari Pekerja.

Tanggal 1 Mei setiap tahun, Negara kita meraikan jasa-jasa dan pengorbanan semua rakyat Malaysia yang bekerja. Penat lelah mereka dirai, keluh kesah mereka dihargai, dan hempas pulas mereka diingati.

Itulah Hari Pekerja.

Tidak kira sejauh dan setinggi mana jawatan mereka, dari setinggi-tinggi pangkat, sehinggalah serendah-rendah darjat dalam semua bidang pekerjaan sekalipun, mereka tetap dirai pada hari ini.

Sungguh harmoni negaraku. Ya, sungguh harmoni. Alhamdulillah, dan pasti segala kesenangan dan kegembiraan ini, ku panjatkan kepada Si Pemberi, Allah hu Rabbi.

Satu persoalan yang ingin ku lontarkan pada kali ini. Buatmu, PEMUDA khususnya.

Adakah kita sedar akan satu hakikat, kita yang sebenarnya digelar sebagai pelajar ini, juga seorang pekerja ?? Kamu sedar akan hakikat ini ??

Ya !! Jurutera itu pekerja, guru itu pekerja, doktor itu pekerja, cleaner itu pekerja, dan pegawai keselamatan itu juga pekerja. Itu ibarat sudah terang lagi bersuluh. Kita sedar akan hakikat mereka sebagai pekerja.

Mengapa ?? kerana mereka mempunyai MAJIKAN. Mereka bekerja dibawah arahan MAJIKAN. Mereka mendapat upah atau gaji berdasarkan usaha dibawah pantauan MAJIKAN. Mereka memang layak di gelar pekerja.

Tetapi wahai PEMUDA, adakah kamu sedar yang kamu juga seorang pekerja?? Mengapa ?? kerana kamu juga mempunyai “MAJIKAN”. Kamu juga bekerja dibawah arahan “MAJIKAN”. Kamu juga mendapat ganjaran berdasarkan usaha dibawah pantauan “MAJIKAN”. Kamu sedar akan hakikat ini??

Siapa “MAJIKAN” kita ??

Tidak lain dan tidak bukan, ALLAH lah “MAJIKAN” kita.

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku..” [Surah Adz-zariyat, 51:56]

Kerdilnya aku di sisiMu, Ya Allah..

Tidak kira siapa pun kamu, jika kamu bergelar makhluk ALLAH, kamu sebenarnya bekerja hanya untuk ALLAH. Setiap gerak gerimu, hanya untuk ALLAH. Segala-galanya, hidup dan matimu, hanya untuk ALLAH.

Percayalah wahai PEMUDA, kamu adalah pekerja, pekerja untuk ALLAH.

Jika kamu bekerja dibawah majikan seorang manusia, PASTI kamu amat menjaga segala pantang dan larang yang digariskan oleh majikanmu itu. Kenapa ?? kerana dia sahaja yang layak memberi gajimu, dia yang layak memecatmu. Jika dia tidak menyukaimu, pasti gelap masa depanmu, bukan??

Tetapi mengapa semangat ini kita tidak lakukan apabila bekerja untuk ALLAH ??

Allah juga ada ketetapannya. Setiap arahan dan perintahnya, MESTI dituruti. Setiap undang-undang yang disyariatkan, MESTI dipatuhi. Setiap larangannya, MESTI dijauhi. Kenapa ?? kerana DIA sahaja yang layak memberi ganjaran REDHO-NYA kepadamu, DIA yang layak memberi HIDAYAH-NYA kepadamu. Jika DIA tidak menyukaimu, pasti gelap masa depanmu, bukan ??

Oleh itu, jadikanlah ALLAH “MAJIKAN” di hatimu. Jika itu yang kamu lakukan, PASTI gerak kerjamu lebih berkesan.

Jika kamu seorang polis, pasti kamu takut melakukan rasuah. Mengapa?? Kerana kamu tahu ALLAH sedang memperhatikanmu, ALLAH sedang menilai IMANmu, ALLAH sedang menguji TAQWAmu.

Jika kamu seorang pelajar, pasti kamu bimbang jika tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Mengapa ?? Kerana kamu tahu ALLAH mencintai orang yang gigih menimba tsaqafah, ALLAH mengasihi orang yang tidak mudah menyerah kalah, ALLAH menyayangi orang yang menjadikan medan ilmunya sebagai medan DAKWAH.

Itu semua akan berlaku, jika kamu menjadikan ALLAH sebagai “MAJIKAN” mu.. jika kamu menjadikan ALLAH sebagai PEMANTAU amalan-amalanmu..

ALLAH, kepadaMu tempat kami meminta..

Satu perkara lagi yang perlu kita tanamkan dalam hati. ALLAH itu sekali-kali tidak sama dengan majikan-majikan yang kita kenali. Belas kasihan-NYA jauh lebih tinggi, kasih sayang-NYA jauh lebih disegani, cinta-NYA jauh tidak terbahagi. Itulah ALLAH. Itulah RABB yang layak disembah.

Abu Hurairah berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbahagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya, dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya.. [HR Muslim]

Ayuh wahai PEMUDA !! Jangan kita terus leka dalam lena. Jangan kita terus alpa dalam lupa. ALLAH sentiasa mencintai hamba-hamba-NYA. ALLAH sentiasa menerima kepulangan kita di atas Jalan-NYA. ALLAH sebaik-baik pergantungan yang kita ada..

Cintailah DIA, kasihilah DIA, sayangilah DIA.. PASTI kejayaan dunia sedia tercipta, kejayaan akhirat sedia terpelihara..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.