Archive for Ogos, 2011


-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku sedang usaha mengenalimu, wahai tunangku..

Sudah lama aku ingin luahkan. Sudah lama juga ingin ku coretkan. Mungkin memilih masa yang sesuai itu yang selama ini menjadi penghalang.

Ya !! aku mengaku yang aku sudah bertunang.

Sejak bila ?? itu tidak perlu ku beritakan, kerana itu bukanlah perkara utama yang ingin ku ketengahkan.

Perasaanku bercampur baur. Gembira, sedih, bimbang.. entah. Sukar sekali untuk ku kongsikan perasaan itu, apatah lagi untuk ku zahirkan. Amat payah sekali. Percayalah !!

Kenapa ??

Sebab aku belum pernah bertemu dengan tunangku lagi.

Ya !! belum pernah.

Waahh.. so sweet.. :D

Oleh kerana itulah aku bimbang. Aku masih belum sedia untuk bertemu dengannya lagi. Tetapi aku tahu, lambat laun pun, pasti aku akan bertemu dengannya.

Aku sangat malu dengan diriku.

Ilmu dan amalanku masih tidak mencukupi, tahap iman dan taqwaku juga tidak ku ketahui. Bagaimana mungkin aku mahu bertemu dengannya, sedangkan keadaanku sendiri pun masih begini.

Ya, Allah.. malunya aku.

Ya !! Aku benar-benar mahu hidup bahagia setelah bernikah dengannya. Tetapi sejauh mana persiapanku ?? Aku bukan sahaja mahu bahagia dan gembira semasa hari pernikahan, tetapi aku juga mahu berjaya dan bahagia selepas daripada itu. Tetapi bagaimana persiapanku ?? bagaimana ??

Eh Firdaus, sedarlah sikit !! Kau tu dah bertunang, dah nak nikah pun. Serius sikit, boleh tak ??

Aku tahu, jika tiada persiapan yang sebaiknya, aku pasti merana, aku pasti derita. Aku tahu itu. Aku tahu.

Aku tahu, Tunangku amat mementingkan AGAMAku..

Ya Allah.. perasaan bimbangku bertambah. Tunangku akan bertemu denganku bila-bila masa sahaja. Mahu membuat kejutan katanya.

Jika sewaktu bertemunya, aku dalam keadaan yang mampu membuatnya tersenyum, Alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya ?? Itu yang aku takut, Ya Allah.. takut sangat.

Aku mengaku. Setiap hari aku merinduinya, teringat akannya. Susah sekali untuk ku melupakannya. Semasa memandu, berjalan, belajar, makan, tidur.. setiap ketika aku memikirkannya. Dan aku sangat-sangat pasti, dia juga memikirkan perihal diriku.

Waahh, so sweet.. !! :D

Banyak juga aku mendengar cerita tentangnya melalui ustaz-ustaz dan kawan-kawanku yang mengenalinya.

Kadang-kadang cerita itu membuatku bahagia, sehingga ku terasa sentiasa merinduinya untuk bersama-sama bahagia selepas pernikahan kami.

Tetapi ada juga ku mendengar cerita yang sebaliknya. Dia agak manja. Dia cepat merajuk, cepat terasa hati jika ku tidak memperdulikannya. Aku bimbang perkara itu berlaku. Lagi aku bimbang jika perkara itu berlarutan sehingga kami dipertemukan. Pasti dia membenciku ketika itu. Naudzubillah.

Namun, aku telah berjanji kepada diriku, aku tidak akan melupakanmu, wahai tunangku.. Percayalah !!

Aku akan cuba membuatmu gembira pabila kita bertemu buat pertama kalinya nanti. Aku tidak mahu membuatmu berduka, bersedih.. Akan ku pastikan juga, selepas pernikahan kita itu nanti, Redha Allah yang akan menyelubungi, Kasih Allah yang akan menyelimuti, Cinta Allah yang akan memagari kehidupan kita selepas itu.

Akan ku cuba, wahai ‘tunang’ku..

Akan ku usaha, wahai ‘kematian’ku..

Ku sentiasa memikirkanmu..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Boleh baca Kami merinduimu, Ya Ramadhan !! [Part 1] di sini

Ramadhan, kehadiranmu satu penantian..

Mus’ab.. eh kat sini Mus’ab rupanya.. puas abi cari Mus’ab.

Eh abi.. jemput duduk..

Kenapa tak duduk kat dalam.. Balqis dengan ummi sedang tadarus kat dalam tu..tak nak join ke??

Mus’ab dah tadarus sekali tadi, lepas tu Mus’ab minta undur diri sekejap, sementara tunggu waktu berbuka ni.. saja ambil angin kat luar ni..

Oh ye ke.. patut la.. abi balik dari kerja tadi cari juga Mus’ab, mana tahu tengah makan ke kat dapur tu.. hehe.. :D

Eh abi ni.. gurau-gurau pula ye.. ni anak abi taw.. anak “Yang Berhormat IR. Muhammad” .. mana boleh berbuka puasa sebelum waktunya.. didikan agama dah mantap dah abi bagi.. eh abi jangan kembang pula ye.. hehehe.. :D

Hahaha.. hidayah tu Allah yang bagi Mus’ab, abi sebagai bapa Mus’ab, sesibuk mana pun abi di tempat kerja, tarbiyah anak-anak abi adalah AMANAH untuk abi dan ummi.. ni tanggungjawab abi dan ummi..

Alhamdulillah.. Mus’ab dan Balqis beruntung ada abi dan ummi.. solat kami ada yang jagakan, bacaan Quran kami ada yang ajarkan, akhlak kami ada yang contohkan.. terima kasih ya abi dan ummi.. kami sayang sangat-sangat kat abi dan ummi..

Sama-sama Mus’ab.. abi dan ummi pun sayang sangat kat kamu berdua..

Terharulah Mus’ab dengar, abi.. :(

Eh sudah la.. tak nak touching2 ni.. nanti berbuka puasa dengan minum air mata pula.. hehehe.. :)

Hahaha.. betul tu.. tapi abi, sebelum tu boleh Mus’ab tanya abi sikit ??

Tanya banyak pun tak ape, Mus’ab.. apa nya ??

Tadi semasa kami bertadarus, ummi ada tadabbur satu ayat Quran, dalam Surah Al-Fajr ayat ke23 dan 24.. abi tahu kan ayat tu ??

Oh ayat tu..abi pernah tadabbur dengan ummi dahulu mengenai ayat tu.. tentang orang yang berangan-angan kan?? Boleh Mus’ab bacakan terjemahannya ??

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; pada hari itu tersedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu. Dia berkata; Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini..”

Abi, Mus'ab nak jadi "Lelaki acuan Al-Quran"..

Bagus Mus’ab. Jadi, apa yang Mus’ab ingin tanyakan ??

Boleh abi terangkan lagi tentang ayat ni ??

Em boleh, sayang.. tapi sebelum tu, abi nak tanya Mus’ab sikit.. Mus’ab pernah berangan-angan ??

Mestilah pernah abi.. Mus’ab berangan-angan nak jadi pelajar terbaik sekolah, mahu menjadi pelajar contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.. sebab Mus’ab nak jadi ikon kepada remaja-remaja masa kini..

Lagi..

Bila Mus’ab dah besar nanti, Mus’ab nak ada kekuatan dari semua sudut.. ilmu, ekonomi dan sebagainya..

Lagi..

Kalau dari sudut ibadah kepada Allah, Mus’ab berazam untuk melaksanakan segala suruhan Allah, menjauhi segala larangan Allah.. Mus’ab nak jadi anak soleh, berbakti kepada abi dan ummi..

SubhanAllah.. sejuk hati abi mendengarnya.. macam tu la anak abi..

Semua ni asbab tarbiyah dari abi dan ummi juga.. :D

Banyak juga angan-angan dan cita-cita Mus’ab ya.. tetapi jika Mus’ab gagal melaksanakan apa yang Mus’ab hajatkan, bagaimana ??

Selagi darah kat diri Mus’ab ini mengalir, selagi Mus’ab mampu berusaha, Mus’ab tidak akan sia-siakan, abi.. Mus’ab akan berusaha selagi mampu.. jika gagal, Mus’ab yakin Mus’ab mampu memperbaikinya..

Jika ada yang menghalangnya dari Mus’ab untuk melaksanakan dan memperbaikinya ?? bagaimana ??

Siapa yang menghalang ?? Mus’ab dah gagal, Mus’ab nak repeat balik, lalu memperbaikinya semula.. masih ada yang menghalang ?? tak patut, abi..

Jika masih juga ada yang menghalang ??

Siapa abi ?? kenapa dia nak menghalang??

Jawab soalan abi dahulu, jika ada yang menghalang angan-angan Mus’ab tu, bagaimana ??

Jika begitu, ia sekadar angan-angan sahaja la.. Mus’ab tidak mampu berbuat apa-apa.. sekadar angan-angan.. emm :(

Ya !! sekadar angan-angan sahaja, Mus’ab..

Apa maksud abi ??

Itulah yang ingin abi terangkan mengenai ayat dalam Surah al-Fajr tadi.. Mus’ab, kita di dunia ini, apa sahaja yang kita impikan, apa sahaja yang kita angan-angankan, selagi jantung kita berdegup, kita masih ada masa untuk menggapainya.. kita masih ada masa untuk memperolehinya..

Asalkan kita berusaha, betul tak abi ??

Betul, Mus’ab.. begitu juga jika kita melakukan dosa.. kita masih ada masa untuk bertaubat, kita masih ada masa untuk memperbaiki amalan-amalan kita, kita masih ada masa di dunia ini, Mus’ab.. ia bukan hanya sekadar angan-angan, kita benar-benar ada masa untuk memohon keampunan dari Allah..

Ketahuilah bawaha urusan kita melebihi masa yang kita ada.. Manfaatkan..

Itu di dunia, jika di akhirat pula abi ??

Ia hanya sekadar angan-angan.

Apa maksud abi ??

Ia hanya sekadar angan-angan sahaja, Mus’ab. Berdasarkan ayat tadi, kita sendiri dapat lihat betapa orang yang berdosa tersedar akan kesilapan lalu, dan berangan-angan untuk memperbaikinya. Jika di Surah yang lain, Allah ada menyebut, orang-orang yang menderhakai Allah ini akan meminta untuk kembali semula ke dunia walaupun sebentar sahaja.

Untuk apa, abi ??

Untuk memperbaiki amalan-amalan mereka la. Mereka mahu beribadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya.

Eh boleh ke, abi ??

Tidak, Mus’ab. Tidak boleh. Ia hanya menjadi angan-angan mereka sahaja.. mereka akan menyesal selama-lamanya atas apa yang mereka kerjakan.. semua sudah terlewat.. terlewat, Mus’ab..

MasyaAllah.. Mus’ab faham sekarang abi.. ya Allah.. betapa ruginya mereka yang mensia-siakan masa yang diberi..

Benar, Mus’ab.. jika mahu kembali kepada Allah, lakukanlah cita-cita itu sekarang.. kerana kita masih diberi kesempatan.. tetapi jika di akhirat baru kita nak melaksanakannya, maaf.. ia hanya angan-angan semata-mata.. tidak akan diberi peluang untuk kali kedua..

Ya Allah.. astaghfirullah… :(

Jadi Mus’ab, gunakanlah masa yang ada. Kini Ramadhan menjelma lagi, manfaatkanlah Madrasah Ramadhan yang Allah hadiahkan untuk Umat Muhammad ini.. jangan sombong, usah bongkak.. bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Allah tidak pernah menzalimi hambanya melainkan hambanya sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri..

Ya Allah.. Mus’ab tak nak sekadar berangan-angan di akhirat nanti, abi.. InsyaAllah, Mus’ab akan jadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat Mus’ab.. doakan Mus’ab ye, abi..

InsyaAllah.. abi sentiasa doakan anak-anak abi.. lakukanlah yang terbaik dalam bulan Ramadhan ini, anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita.. jadikanlah bulan ini sebagai madrasah yang mendidik diri untuk lebih mendekati Allah.. insyaAllah..

InsyaAllah abi.. Mus’ab akan ingat pesan abi ni.. Mus’ab akan bersungguh-sungguh manfaatkan hadiah dari Allah ni.. Mus’ab tak nak termasuk golongan ‘Ramadhaniun’, tetapi Mus’ab ingin memasuki golongan ‘Rabbaniun’..

Alhamdulillah.. abi pun harap begitu..

Akan ku pastikan, inilah Ramadhan yang TERBAIK !!

Assalamualaikum..

Waalaikumussalam..

Eh abi dan along ni, buat apa lagi kat luar ni.. jom la masuk.. ummi dah panggil..

Eh Balqis, garang betul..hehe.. ye baiklah.. jom abi.. nanti lambat pula..

Abi, tengok along ni.. Balqis punya lah lemah lembut.. dia kata garang pulak.. eee.. geramnya.. malam ni Balqis nak along pulak bagi tazkirah.. Balqis tak kira.. hehe :D

Boleh saja, Balqis.. along dah tahu nak bagi tazkirah tentang apa.. hehehe.. betul tak, abi ??

Haha.. ada-ada saja kamu berdua ni.. Baiklah.. jom.. :D

Dari kiri: Abi, Balqis, Mus'ab dan Ummi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.