-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku sedang usaha mengenalimu, wahai tunangku..

Sudah lama aku ingin luahkan. Sudah lama juga ingin ku coretkan. Mungkin memilih masa yang sesuai itu yang selama ini menjadi penghalang.

Ya !! aku mengaku yang aku sudah bertunang.

Sejak bila ?? itu tidak perlu ku beritakan, kerana itu bukanlah perkara utama yang ingin ku ketengahkan.

Perasaanku bercampur baur. Gembira, sedih, bimbang.. entah. Sukar sekali untuk ku kongsikan perasaan itu, apatah lagi untuk ku zahirkan. Amat payah sekali. Percayalah !!

Kenapa ??

Sebab aku belum pernah bertemu dengan tunangku lagi.

Ya !! belum pernah.

Waahh.. so sweet.. :D

Oleh kerana itulah aku bimbang. Aku masih belum sedia untuk bertemu dengannya lagi. Tetapi aku tahu, lambat laun pun, pasti aku akan bertemu dengannya.

Aku sangat malu dengan diriku.

Ilmu dan amalanku masih tidak mencukupi, tahap iman dan taqwaku juga tidak ku ketahui. Bagaimana mungkin aku mahu bertemu dengannya, sedangkan keadaanku sendiri pun masih begini.

Ya, Allah.. malunya aku.

Ya !! Aku benar-benar mahu hidup bahagia setelah bernikah dengannya. Tetapi sejauh mana persiapanku ?? Aku bukan sahaja mahu bahagia dan gembira semasa hari pernikahan, tetapi aku juga mahu berjaya dan bahagia selepas daripada itu. Tetapi bagaimana persiapanku ?? bagaimana ??

Eh Firdaus, sedarlah sikit !! Kau tu dah bertunang, dah nak nikah pun. Serius sikit, boleh tak ??

Aku tahu, jika tiada persiapan yang sebaiknya, aku pasti merana, aku pasti derita. Aku tahu itu. Aku tahu.

Aku tahu, Tunangku amat mementingkan AGAMAku..

Ya Allah.. perasaan bimbangku bertambah. Tunangku akan bertemu denganku bila-bila masa sahaja. Mahu membuat kejutan katanya.

Jika sewaktu bertemunya, aku dalam keadaan yang mampu membuatnya tersenyum, Alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya ?? Itu yang aku takut, Ya Allah.. takut sangat.

Aku mengaku. Setiap hari aku merinduinya, teringat akannya. Susah sekali untuk ku melupakannya. Semasa memandu, berjalan, belajar, makan, tidur.. setiap ketika aku memikirkannya. Dan aku sangat-sangat pasti, dia juga memikirkan perihal diriku.

Waahh, so sweet.. !! :D

Banyak juga aku mendengar cerita tentangnya melalui ustaz-ustaz dan kawan-kawanku yang mengenalinya.

Kadang-kadang cerita itu membuatku bahagia, sehingga ku terasa sentiasa merinduinya untuk bersama-sama bahagia selepas pernikahan kami.

Tetapi ada juga ku mendengar cerita yang sebaliknya. Dia agak manja. Dia cepat merajuk, cepat terasa hati jika ku tidak memperdulikannya. Aku bimbang perkara itu berlaku. Lagi aku bimbang jika perkara itu berlarutan sehingga kami dipertemukan. Pasti dia membenciku ketika itu. Naudzubillah.

Namun, aku telah berjanji kepada diriku, aku tidak akan melupakanmu, wahai tunangku.. Percayalah !!

Aku akan cuba membuatmu gembira pabila kita bertemu buat pertama kalinya nanti. Aku tidak mahu membuatmu berduka, bersedih.. Akan ku pastikan juga, selepas pernikahan kita itu nanti, Redha Allah yang akan menyelubungi, Kasih Allah yang akan menyelimuti, Cinta Allah yang akan memagari kehidupan kita selepas itu.

Akan ku cuba, wahai ‘tunang’ku..

Akan ku usaha, wahai ‘kematian’ku..

Ku sentiasa memikirkanmu..