-Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-
Aku melihat seluruh aspek kehidupan ini. Indah, sungguh indah. Pelbagai bentuk kecantikan, kemewahan, kesenangan.. SubhanAllah, itulah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Ya Allah, kami tidak mahu hanyut dengan semua ini, tidak mahu tenggelam dengan kealpaan yang memakan diri, kelalaian yang menghina taraf insani.
Sungguh kami bimbang tidak termasuk golongan yang mendapat kekagumanmu, Ya Allah. Kami mahu menjadi PEMUDA itu, PEMUDA yang tidak larut dengan zaman kePEMUDAannya, dan PEMUDA inilah yang sangat Kau kagumi. Kami mahu menjadi PEMUDA itu, Ya Allah..
Segala perjalanan hidup kami ini telah Kau tetapkan. Dari permulaan kehidupan, hinggalah ke pengakhiran. Tinggal kami yang harus menentukan, samada kiri mahupun kanan.
Aku amat meyakini dan mengimani, bahawa segala kehidupan yang ditempuhi ini adalah TERBAIK untuk kami. Alhamdulillah.. aku berada dalam kehidupan TERBAIK ku.. begitu juga kalian.. itu aku PASTI !!
Dan kehidupan ini akan sentiasa menjadi perjalanan kehidupan TERBAIK, jika kita jadikan kehidupan ini penuh dengan pengERTIan..sebab itulah amat penting untuk kita memahami, apakah itu ERTI KEHIDUPAN.
Namun, apakah yang sebenarnya membuatkan diri dan kehidupanmu bererti ?? Meskipun diri ini dianugerahi pangkat MUSLIM dari Ilahi, diserikan lagi ibadah fardu dan sunat sepanjang hari, ia masih tidak lengkap untuk membuat kehidupanmu benar-benar bererti.
Mungkin ada yang mengatakan kekayaan harta itu segala-galanya dalam kehidupan. Mungkin juga yang mengatakan pangkat dan darjat itu yang menjadi erti kehidupan yang penuh di dalamnya kebahagiaan. Dan mungkin juga yang mengatakan hidup ini tiada erti tanpa anak-anak dan isteri yang menjadi penyeri syurga keduniaan.
Ya !! Semuanya benar belaka.
Kita mungkin boleh bahagia dengan harta, gembira dengan kedudukan kita dan bersuka ria dengan ahli keluarga. Namun, itu bukanlah erti kehidupan kita yang sebenarnya.
Ikhwah, percayalah..
Kehidupan kita tanpa ertinya jika ia tidak dilengkapi dengan AMAL DAKWAH. Inilah erti kehidupan yang sebenarnya.
Menyeru kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran, menjadi Qudwah dalam kehidupan seharian dan mengimpikan bi’ah ISLAMIAH di seluruh pelusuk alam.
Itulah antara tugas seorang insan yang menjadikan kehidupannya hanya untuk ALLAH, menjalankan kewajipan sebagai khalifatULLAH dan melaksanakan urusan DAKWAH fi sabilILLAH.
Alhamdulillah.. kami berada di landasan itu. Landasan yang pernah ditempuhi oleh para Nabi dan Rasul. Cuma kami bimbang Ya Allah, kami sangat bimbang. Kami bimbang erti kehidupan ini tidak dapat kami merasainya di sepanjang hayat kami. Kami bimbang amal Dakwah ini kami tinggalnya sepi, kami biarkannya bersendiri, kami lupakannya seolah-olah ia tiada erti..
Kami tidak sanggup sepanjang hayat kami ini hanya berulang balik dari tempat kerja, mengambil cuti untuk melancong sini sana, bersama anak dan isteri penuhi waktu bersuka ria.. Ya, itu memang bahagia!! Tetapi itu bukan matlamat hidup kita.. matlamat yang telah lama kita janji dangan Maha Pencipta..
Ya Allah, tsbatkanlah kami di jalan ini. Di jalan yang tidak ramai manusia tempuhi, di jalan yang penuh onak dan duri, dan di jalan yang dicemuhi dan di keji..
Kami rela mengahadapi semua ini.. kerana kami yakin dan pasti, jalan ke Syurga memang begini..









