Category: Pengalaman Seorang Pemuda


-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku yakin, inilah yang TERBAIK !!

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Yakinlah !! Apa yang ada pada diri kita sekarang, kita sendiri pun tidak mampu untuk merancang. Segala-gala yang telah Allah takdirkan kepada kita, itulah yang TERBAIK.

Ya !! itulah pegangan ku selama ini.

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui selama lebih 20 tahun aku berpijak di atas muka bumi Allah ini. Terlalu banyak. Tetapi aku yakin, segalanya bukanlah untuk menjatuhkanku, bukan juga untuk menjauhkanku, tetapi itulah wasilah untuk ku berada lebih dekat dengan Penciptaku, berada lebih hampir kepada Cinta Hakiki ku..

Alhamdulillah.. Aku sayangmu, Ya Allah.. Aku cintamu, Ya Allah.. tidak mampu ku ungkapkan.. apatah lagi untuk ku zahirkan..

Segala-galanya baik bagi ku.. apa sahaja yang berlaku kepadaku, aku yakin, itulah yang TERBAIK, itulah yang PALING BAIK !! Aku yakin, Ya Allah. Aku yakin !!

Ya Allah, ikhlas dan tsabatkan lah hati-hati kami..

Sewaktu aku baru tamat UPSR, masih segar di ingatanku lagi. Di waktu anak-anak lain dipaksa ke sekolah berasrama, tetapi aku memaksa ibubapaku menyekolahkan ku di sekolah berasrama. Tetapi aku akur. Aku bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. Ketika itu, mungkin krisis kewangan melanda keluargaku, aku tidak berkesempatan berada di sekolah idaman. Kos asrama dan tambahan-tambahan lain antara faktor impianku ditolak. Luluh hatiku ketika itu. Hari pertama Tingakatan 1 ku di sekolah harian biasa, di sekolah yang siapa-siapa sahaja boleh memasukinya. Apakan daya, itu nasibku.

Percaturan Allah itu lebih hebat.

Asbab ibubapaku simpati kepadaku, akhirnya seminggu selepas itu, Allah mentakdirkan ku bersekolah di sebuah sekolah asrama di pedalaman. Gembira sungguh hatiku, riang sungguh jiwaku. Meskipun mendaftar dengan hanya berhutang, tetapi itulah titik permulaan untuk ku berjuang di jalan ILMU ini. Alhamdulillah, Ya Allah.

Aku bukan dari kalangan orang berada. Masihku ingat, di saat rakan-rakan lain pulang ke asrama dengan menaiki kereta, tetapi aku pulang menaiki lori. Itulah yang kami ada. Alhamdulillah. Ayahku dahulunya pemandu lori. Itulah transport kami sekeluarga. Asset yang berharga tidak akan aku lupa jasanya.

Segalanya adalah TERBAIK.

Kesusahan keluarga ku menjadikan aku lebih gigih berusaha, lebih rajin menimba. Aku ingin merubah keadaan keluargaku. Itulah impian ku dahulu. Sehingga kini, impian itu masih terpatri di hati.

Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan menembusi hati yang dipenuhi maksiat..

Selepas keputusan PMR diumumkan, aku merancang ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah. Allah izinkan. Aku ditawarkan ke sebuah sekolah yang agak terkenal di Negara ini. Gembira sungguh ibubapaku. Harta tidak mampu ku berikan, hanya itu yang mampu ku hadiahkan.

Bukankah perancangan Allah itu lebih baik.

Aku tidak diizinkan Allah ke sana. Tetapi Allah memilihku untuk ke sebuah sekolah agama. Dahulu ku tidak mengerti sebabnya, tetapi hari ini baru ku tahu hikmahnya.

Sekolah agama inilah yang mengenalkan ku apa itu Ma’thurat, apa itu Usrah, apa itu Kuliah. Sekolah ini jugalah yang mengenalkanku sahabat-sahabat baik yang tidak pernah ku sangka kehadirannya.

Jika Allah izinkan ku ke sekolah asrama penuh itu, apakah aku bisa mendapat apa yang aku telah dapat ini ??

Aku tiada jawapannya.

Yang pasti, aku yakin, inilah yang TERBAIK.

Kerana Kau cinta, Kau duga..

Sewaktu aku di tingkatan 5, pengetuaku berjanji. Barangsiapa yang memperolehi 12A1 dalam SPM, Pakej mengerjakan Umrah akan dihadiahkan kepadanya.

Ya Allah.. Kau sahaja tahu betapa aku inginkan hadiah itu. Aku tahu, susah sungguh untuk ku pergi menunaikan umrah dengan kewangan ku sendiri. Aku sedar status diriku, aku bukan orang senang. Jadi, tidak pernah putus doaku untuk mendapat keputusan semaksimum itu dalam SPM ku.

Setiap kali aku nampak kapal terbang, pasti aku kata dalam hati, “Aku akan naik kapal terbang suatu hari nanti”.. aku ingin kerjakan Umrah, jadi sudah pasti aku dapat naik kapal terbang. Waahh !! tinggi betul impianku dahulu, setinggi kapal terbang itu.

Perancangan Allah itu lebih hebat !!

Aku tidak berjaya mendapat 12A1. Aku tidak diiznkan Allah untuk ke Baitullah. Aku tidak diizinkan Allah untuk menaiki kapal terbang. Semuanya Allah tidak izinkan. Semuanya aku tidak dapat. Apa yang aku dapat ??

Menggembirakan hati kedua ibubapaku. Ya !! hanya ini. Tetapi ia sudah cukup bermakna bagiku. Alhamdulillah..

Aku tahu, jika aku diizinkan menunaikan umrah, pasti ketika itu aku tidak bersedia. Takut sia-sia sahaja umrah ku itu. Jika ku berjaya menaiki kapal terbang itu, pasti aku berbangga. sudah pasti, kotor sungguh hatiku.. :(

Oleh kerana itu Allah tidak izinkan. Aku yakin, Ya Allah.

Aku yakin inilah yang TERBAIK !!

as long as there is desire, as long as there is time, i'll do my BEST !!

Sewaktu aku memilih tempat untuk ku sambung pelajaranku, tempat pertama dalam impianku adalah untuk ke luar Negara. Aku ingin benar ke luar Negara. Selain dapat menaiki kapal terbang, aku juga dapat belajar di tempat orang. Aku ingin sangat. Sangat-sangat ingin.

Bukankah telah ku katakan, perancangan Allah itu lebih hebat !!

Allah tidak izinkan ku ke luar Negara. Keputusan interview aku mengecewakan. Aku tidak layak ke sana. Allah sahaja tahu hatiku ketika itu. Hanya Allah. Allah sahaja.

Allah menurunkan hujan, untuk menghadiahkan kita pelangi.

Hampir sama keadaanku sebegitu. Allah menggagalkan ku ke oversea, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan ku sebuah tempat belajar yang tidak pernah ku sangka. Alhamdulillah.. meskipun ia tidaklah sehebat di oversea mahupun mana-mana kolej di negara ini, tetapi ia sudah cukup untuk mengekalkan ku istiqamah di jalanMu.. Alhamdulillah..

Allah, Allah, Allah..

Sehingga kini, Allah sentiasa mengujiku. Kesan Tarbiyah dari Allah ini sebenarnya meneguhkan lagi sayangku kepadaMu, menebalkan lagi cintaku kepadaMu, Ya Allah..

Aku yakin !! Aku percaya !! Segala-gala ketentuanMu ini adalah yang TERBAIK untuk ku !! Sangat TERBAIK !! Aku sendiri pun tidak mampu merancangnya.

Saat hajatku dimakbulkan itu, ia adalah TERBAIK untuk ku, dan ketika impianku tidak dipenuhi oleh Mu itu, itu juga adalah TERBAIK untuk ku.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala-galanya.. Terima kasih.. Terima kasih.. :(

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

“Baiklah, kamu semua akan bergerak menuju ke Gaza dalam beberapa minit lagi..”, perintah komanden kami.

SubhanAllah, berdebar juga aku waktu tu.. apa tidaknya, jam 2 pagi kami dikejutkan untuk kami memulakan langkah menuju ke tempat yang kami tunggu-tunggu, Gaza !! SubhanAllah..

Kami sudah menjangkakan waktunya. Itulah waktu yang paling baik untuk kami melaksanakan misi kami.

“Gaza, tunggu kami !!”, laungan hatiku.

“Kamu semua akan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil..” terang komanden kami.

Aku dimasukkan ke kumpulan yang kedua.

HAMAS. Itulah nama kumpulanku.

Setelah kumpulan pertama berlepas, kini tiba kumpulanku pula memulakan strategi. Gelap. Sangat gelap. Perlahan langkah kami. Perlahan bicara kami. Namun berkobar hati kami, gencar semangat kami.. itulah kekuatan kami.. Ya !! Mahal nilainya.. tidak mampu dibeli sesiapa..

“Siapa tu ??”, tanya Akh Nawal, salah seorang sahabatku pabila melihat kelibat manusia menghalang laluan kami.

“Hey you !! Come here !!”, arah dua orang pemuda kepada kami.

Berdebar kami dibuatnya.

“Who are u ?? What are u doing here ??” soal pemuda itu kepada kami.

“We are Malaysians. We want go to Gaza !!” jawapan ringkas ketua kami, Akh Syafie.

“What ?? Gaza ?? Are u serious ??” tempik salah seorang pemuda itu.

“Do u have the passports ??” sambungnya.

“No..” jawabku.

“What !! Really ?? How can u be here ?? Tell us truthly, Who are u ??” pelik soalannya. Masakan tidak, kami diberitahu bahawa kami akan dibantu untuk mendapat passport kami diperhentian pertama.

Di situlah perhentian pertama kami.

Pelik.

“We are Malaysians. We came here to get our passports from u. Please give us right now, we don’t want waste our time just to be here for a small matter. We don’t have enough time to entertain u. Palestinian need us !!” tegas Fadzli, sahabat kami yang paling veteran.

“Okey, we just want to make sure that u all are the group who are we waiting for..” jelas pemuda tersebut.

Alhamdulillah.. lega hatiku. Aku ingatkan mereka ini adalah antara Tentera rejim Zionis. Nauzubillah.

Ikhwah kami juga rupanya. Alhamdulillah.

“Take this. Please keep it wisely. Without your passports, u can’t enter Gaza, U will be prevented from continuing your JIHAD !!”

“JazakAllah akh.. InsyaAllah.. pray for us. Hope we can reach there safely”, jawab Syafie selaku ketua kami.

“Cepat, kita sudah lambat”, pesanku mengingatkan pesanan komanden yang kami perlu sampai ke Gaza dengan segera.

Laju langkah kami meneruskan perjalanan.

Gelap. Gelap gelita. Hutan sekeliling kami.

Sunyi. Sangat sunyi.

“Stop !!”

Ya Allah !! Terkejut kami. Seketika langkah kami, tiba-tiba jalan kami dihalang lagi.
Seorang lelaki dihadapan pasukan JIHAD ini.

“Who are u ?? What are u doing here ?? Where u want to go ??” soalan sama terpaksa kami terima.

Jawapan kami sama. Jawapan kami bertenaga. Jawapan yang tidak menunjukkan secebis sifat putus asa. Itulah kami, sekumpulan PEMUDA.

“We are Malaysians. We want go to Gaza !!”

“Really ??” reaksi yang sama juga terpaksa kami hadapi.

“Absolutely, YES!!” jawab Azhar.

“Where are your passports ??” tanya lelaki itu.

“Here..”, hulur Syafie.

Lama juga kami tunggu untuk pengesahan.

“Okey, u can go !!”

Alhamdulillah.. mudah kami lepasi station kedua ini. Hanya masa kami agak terbuang di sana. Walaubagaimanapun, lelaki tersebut memudahkan kami. Dia bawa kami menuju jalan yang sepatutnya.

“Hopefully..”, bisikku.

Kemudian kami dibawa ke pintu masuk di sebuah kawasan.

“Here is Rafah..”, Tiba-tiba lelaki itu bersuara.

“What ??!!” terkejut aku.

“Here is Rafah..”ulangnya.

Tidak ku sangka, aku sedang berdiri di Sempadan Rafah yang sering ku dengar selama ini. Sempadan yang menghubungkan Mesir dan Genting Gaza ini benar-benar membuatku terkenangkan misi AMAN PALESTIN selama ini.

“Sukar untuk melepasi sempadan ini..Terlalu banyak cabaran..” terngiang-ngiang suara Ustaz Sharuzzaman, Pengerusi Aman Palestin Perak di telingaku.

Lelaki yang membawa kami ke Rafah ini akhirnya meninggalkan kami.

Kami teruskan perjalanan.

Ya !! kami dihalang lagi. Itu sudah kami jangkakan. Tetapi kini kami di Sempadan Rafah, tentu lebih sukar.

“We are Malaysians. We want go to Gaza. Please let us go..” jawabku seperti sudah menjangkakan soalan dua orang lelaki di hadapan kami ini.

“Where are your passports ??”soal lelaki tersebut.

“Here..”, maju Syafie kehadapan.

SubhanAllah.. aku rasa inilah station yang paling getir sekali. Benar kata-kata Pengerusi Aman Palestin itu. Terlalu banyak soalan yang diajukan kepada kami. Letih kami menerangkan tujuan kami.

“We came here with a mission. There are a lot of people who are in need. They are our relatives. We urge U, please let us go to help them.. We don’t have enough tyme..”panjang lebar ku terangkan.

“NO !!!”, tempik lelaki itu.

Ya. Inilah station yang paling sukar. Ketua kami dibawa ke tempat lain. Aku pun tidak tahu apa yang dibincangkan mereka. Hujanan soalan menimpa kami. Terlalu banyak.

Letih. Letih kami menjawabnya. Mereka seperti tidak percaya tujuan kedatangan kami.

Akhirnya..

Alhamdulillah..

Kami dibenarkan pergi. Alhamdulillah.. Satu perkembangan terbaik bagiku. Aku yakin, perjalanan selepas ini lebih mudah setelah melepasi sempadan ini.

Aku di Gaza !! Benar-benar tidak ku sangka.

Seriously !!

Kemudian seorang lelaki sudah terpacak menunggu kami. Kami di bawa ke sebuah terowong.

Kecil.

Gelap.

Berliku.

Jauh.

Seorang demi seorang bergerak. Kami tidak diizinkan bergerak serentak.

Bahaya katanya.

Setelah kami semua Berjaya melepasi terowong tersebut, akhirnya kami bertemu kumpulan lama kami. Kumpulan awal yang bergerak ke Gaza, kami temui di hilir terowong.

Selepas itu, kami semua dibawa ke penempatan penduduk Gaza.

ALHAMDULILLAH… kami BERJAYA melaksanakan misi kami. ALHAMDULILLAH.

***************

SubhanAllah.. sebenarnya kami bukanlah di GAZA, tetapi kami diseret untuk mendalami SUASANA di GAZA.

Itulah ISMA Outdoor Camp 2011.

Inilah kali pertama aku menjadi peserta sebuah mukhayyam yang bertemakan PALESTIN. Semua serba serbi ala-ala hidup JIHAD di PALESTIN.

Semuanya !!

Nama kumpulan, lagu tema, cheers, aktiviti dan pelbagai yang lain, semuanya bertemakan PALESTIN.

Setiap masa diluar kami mesti dalam PERBARISAN. SERIUS. Mukhayyam ini bukan untuk main-main, gelak tawa. Inilah latihan untuk kami.

Latihan BUKAN untuk menjadi seorang TENTERA, tetapi JIWA kami dididik untuk menjadi seorang PERWIRA.

Menghayati nasib saudara seagama. Menyelami penderitaan Ikhwah yang seperti tiada penghujungnya. Menanam semangat untuk berJIHAD di jalan-NYA.

Cerita di atas adalah salah satu aktiviti yang di jalankan di dalam hutan pada pukul 2 pagi. Melaksanakan misi untuk memasuki GAZA. Semuanya dirancang rapi. Semuanya seperti realiti. Jikalau tadi ku tulis dalam English, sebenarnya di ‘Rafah’ dan beberapa station lain, Ustaz Sharuzzaman selaku salah seorang Fasilitator, tidak bertutur English dihadapan kami, tetapi Arabic. Petah tutur bicaranya. SubhanAllah..

Serius !! Kami seperti betul-betul di RAFAH !!

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Meskipun aku terpaksa korbankan masa cutiku, rupa-rupanya aku telah menyelamatkan SEMANGAT PERWIRA ku dari dikorbankan..

Mahal sungguh harganya. Tidak ternilai nilainya. Inilah pengalaman EMASku yang tidak bisa ku lupakan.. Pasti semangat untuk membantu Ikhwahku di PALESTIN akan terus mengalir dalam jiwa sanubariku..

Alhamdulillah..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

“Habis jek SPM maknanye MERDEKA la kita.. habislah penderitaan hidup.. yahoo !!”

Eh bukan begitu akhi, tidak semudah itu.. habisnya SPM bukan bermaksud tamatnya ujian dan rintangan, tapi itulah PERMULAAN sebuah kehidupan.. itulah PERMULAAN sebuah perjalanan..

Masihku ingat ketika tamatnya SPM aku dahulu.. penuh dengan kegembiraan, tak terkata gembiranya, tak terungkap riangnya.. SubhanAllah.. tak ingat result, tak ingat sekolah, apetah lagi masa depan.. Astaghfirullah.. pendek sungguh fikiran ketika tu.. tapi bagi aku, ia normal. Seorang pelajar sekolah yg baru di iktiraf menjadi alumni sekolah, ia normal bagiku.. :)

Kini, aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku bukan di sekolah lagi.. lama sungguh sudah kami tinggalkan.. lama benar sudah kami jauhkan.. kenangan & bayangan saja yg mampu kami kongsikan.. ya Allah, aku yakin, jika kami diberi peluang untuk ke sekolah kembali, pasti itulah peluang yg benar-benar kami hargai..

Tapi itu mustahil, itu bohong, dusta semata-mata.. mana mungkin masa yg sentiasa berjalan, tanpa toleh ke belakang sedetik pun ini, boleh diputar kembali.. jangan kata kembali sejam yg lalu, sedetik yg lalu pun pasti mustahil untuk dikembalikan.. ia hanya tinggal sejarah, hanya menjadi sebuah kisah..

Tapi itu bukanlah persoalan yg utama, malah ianya perbincangan yg biasa-biasa.. walaupun begitu, bukan juga bermakna ia harus dilupa, kerana kenangan yg berharga itu tidak mampu dibeli oleh sesiapa..

Sahabat seperjuangan..

Sejauh mana kenangan itu berharga ?? apakah ukurannya ?? Adakah Result ?? Pangkat ?? Populariti ?? Sumbangan?? Adakah semua ini ?? adakah dengan kecemerlangan kita dalam peperiksaan, tingginya pangkat dalam organisasi, menjadi Top List dalam populariti, menjadikan kenangan dahulu sebuah kenangan yg terlalu berharga dalam diri??

Oh TIDAK, saudaraku !! TIDAK !! Bukan itu ukurannya.. jika itu menjadi kayu ukurnya, sudah pasti pelajar sepertiku menganggap kenangan di zaman sekolah dahulu, adalah sebuah kenangan yg PERLU dilupakan.. pahit..hodoh..busuk..kenangan yg menyelubungi impian dan cita-cita..

Beruntung sungguh.. itu semua bukanlah ukurannya.. tidak sama sekali.. tetapi apakah ia ??

Bagi seorang pemuda harapan AGAMA & BANGSA, ukuran sebuah kenangan yg indah itu adalah sejauh mana ia mempertahankan perkara yg amat bernilai dalam diri sejak zaman persekolahannya.. itulah ISTIQAMAH.. Istiqamah mempertahankan IMAN & SAHSIAH.. itulah kenangan yg jika dikenang, pasti mampu mengalirkan air mata.. air mata kesyukuran.. air mata keinsafan..

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada rasa khawatir pada mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita..”

[Al-Ahqaf, 46:13]

Manis sungguh solat berjemaah bersama-sama, gembira betul dapat bertilawah Al-Quran bersama-sama, riang benar berUSRAH bersama-sama.. qiamullail, bacaan Al-Mulk, Ma’thurat.. study,bermain.. banyak lagi.. sume bersama-sama.. indah ukhuwah kami.. terlalu indah.. inilah kenangan yg tidak dapat kami lupakan..sungguh, tidak ku berdusta..

Aku yakin, kenangan manis ini tidak berharga jika ia tidak diteruskan sehingga kini.. di sekolah lah ia bermula, di sanalah ia penyuntik semangat agar terus membara, di situlah kita mengenal erti usaha mendekati-NYA..

Apakah sanggup untuk kita biarkan ia terkubur begitu sahaja ?? Lima tahun kita jaga, Lima tahun kita pelihara.. rugi sungguh jika ia pergi berlalu menjadi sisa.. Ya Allah, apakah hati ini telah menjadi tawar kepada amal soleh seperti itu ?? apakah jiwa ini sudah mampu tenang tanpa pengisian rohani seperti dulu ??

Dimanakah solat jemaahku ?? tilawah Quranku ?? qiamullailku ?? Ma’thuratku ?? hijab sempurnaku?? Dimana ?? Tanyalah diri kita semua dengan jujur dan ikhlas.. Dimana ?? Jika ia tidak ada dalam diri kita sekarang, ia sume dimana ?? Di mana ?? Disekolah dulu ?? Di Musolla ?? Di dalam dorm ??Mengapa sanggup kita tinggalkan semua itu di sana ?? apakah sudah cukup pahala yg kita kumpulkan selama lima tahun itu ?? cukup ke ?? cukup ?? ya Allah.. ampunkan dosa kami ya Allah..

“Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat(nya), dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang ??”

[Surah At-Taubah, 9:104]

Jika hari ini kita ‘terhantuk’, jangan tunggu esok untuk ‘terngadah’ .. jika hari ini kita terasa Hidayah Allah itu meresap dalam jiwa, jangan tunggu esok untuk perubahan itu bermula.. kita bimbang esok tiada lagi Hidayah itu sampai, kita takut esok tiada lagi semangat itu tiba..

Marilah kita jadikan kenangan bersama sahabat dulu itu, satu kenangan yg amat berharga, tiada tolok bandingnya, tiada ternilai harganya.. bayarannya untuk itu mudah, tapi mungkin agak sukar untuk diluah.. itulah ISTIQAMAH.. jika itu kita dapat lakukan, nescaya tiada apa lagi yg kita perlukan, di sebalik kenangan bersamamu, teman..

Coretan ini ku coretkan KHAS untuk sahabat-sahabat seperjuanganku, bukti ingatanku kepadamu..

Alhamdulillah ..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Hati.. Ya, hati ni.. kadang2 tiba-tiba je sebak.. kenapa ?? entah la.. sukar untuk digambarkan, susah untuk dizahirkan, payah untuk diceritakan .. aku lihat tu, aku sedih, aku lihat ni, aku menangis, aku tengok sana, aku resah, aku tengok sini.. em entah la, Ya Allah .. Ya, aku tidak sekuat Rasulullah, aku tidak setanding sahabat kesayangan Allah, aku tidak secekal mujahid fi sabilillah … tidak !! tidak layak untuk dibandingkan.. jauh !! sangat jauh..

Mulia sungguh orang-orang yg beriman.. mulia sungguh.. mati dalam ketenangan, syahid dalam keredhaan.. aku mengimpikan sume tu.. mengimpikan menjadi kesayangan Allah, menjadi pendamping Rasulullah.. Ya Allah, pasti aku tidak mahu ia menjadi hanya sekadar impian, sekadar angan-angan, tapi aku mahu ia menjadi kenyataan.. kenyataan yg bisa menjadi kegembiraan pabila ku berada dihadapanMu, Ya Rahman..

Sedih sungguh aku pabila melihat orang yg soleh.. aku sedih Ya Allah.. ku lihat wajahnya bercahaya, kelakuannya mulia, percakapannya menyentuh jiwa.. aku sedih, aku sedih jika aku tidak dapat menjadi sepertinya.. aku takut, aku bimbang.. setiap kali ku tenung wajah mereka, ku ingat Allah, setiap kali ku lihat perlakuannya, ku ingat Allah, setiap kali ku dengar percakapannya, ku ingat Allah.. semuanya ku ingat Mu, Ya Allah..

Sering kali menjadi pertanyaan dalam jiwaku, menjadi persoalan dalam sanubariku.. Pabila orang lain melihat ku, mereka ingat apa ?? menyaksikan tingkah laku ku, mereka ingat apa ?? mendengar bual bicara ku, mereka ingat apa ?? mereka ingat Mu ke, Ya Allah ?? mereka fikirkan kebesaranMu, ke, Ya Allah ?? mereka mahu menjadikanku sebagai qudwah di jalanMu ke, Ya Allah ?? mereka mahu berubah menujuMu ke, Ya Allah ?? ataupun… tidak Ya Allah, tidak !!

Aku mahu menjadi orang yg berIMAN, aku mahu menjadi orang yg berTAQWA, aku mahu menjadi orang yg paling hampir denganMu.. aku nak jadi semua tu Ya Allah.. semua sekali.. aku bukan nak jadi MUSLIM yg biasa-biasa, bukan MUKMIN semata-mata, tapi ku mahu menjadi RIJAL yg tsabat di jalanMu, Ya Allah.. ya!! tsabat.. tsabat..

Aku sedar, HUFFATUL JANNAH penuh dengan dugaan & cabaran, HUFFATUN NAR penuh dengan syahwah.. ku sedar itu ya Allah.. oleh kerana itulah ku mahu HIDAYAHMU, ku perlu BANTUANMU..

InsyaAllah, untuk menjadi RIJAL yg disegani RABBI, sudah ku janji dalam diri, sudah ku patri dalam sanubari, sudah ku katakana pada hati, akan ku usaha..pasti ku usaha..sudah tentu akan ku istiqamah dalam usaha.. Pasti, ya!! pasti.. :)

Alhamdulillah Ya Allah..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Masihku ingat..

Diri ini sering di tertawakan,
Diri ini sering di malukan,
Kadang-kadang tidak lagi berdaya ku bertahan,
Tidak lagi diri ini di saluti kekuatan,
Ku hanya mampu mengiakan,
Ku hanya mampu biarkan ..
Setiap apa yang di perkatakan ..
Ya Allah, Ya Rahman..
Malunye diri ni, hanya Kau saja tempat ku luahkan.. :(

Masihku ingat ..

Sifat semulajadiku yang di tertawa ini cuba ku atasi,
Cuba ku hindari, cuba ku lari ..
Ku latih diri ini, ku tarbiah jiwa nurani,
Setiap saat, setiap hari,
Semata-mata jemu akan di perli dan di keji..
Namun Ya Allah, Ya Rabbi..
Ku masih di sini seperti dulu lagi,
Tidak pasti bila akan ku akhiri,
Tidak tahu bila akan ku atasi,
Ku hanya mampu usaha lagi, lagi dan lagi..
Sambil menanti berakhirnya semua ini .. :(

Masihku ingat ..

Ku menangis di hadapan Mu,
Ku seru, ku merayu,
Memohon kekuatan & ketabahan dalam diriku,
Ku pasti yang Kau pasti membantu,
Kerna ku tahu yang Kau mendengar rintihan jiwaku,
Kerna ku yakin yang Kau melihat gelagat perlakuanku,
Kerna ku pasti yang Kau sentiasa di sisiku,
Di sisi manusia yang sabar dengan ujianMu .. :(

Ya !!
Kini ku masih di tertawa,
Ku masih di perkata-kata,
Ku masih di ejek, di hina ..
Namun ku manusia biasa,
Manusia yg mendambakan RedhoNya,
Manusia yang yakin akan bantuanNya,
Bantuan kepada hambaNya yang sabar sentiasa,
Jadi, tidak akan ku berputu asa,
Tidak akan ku berhenti dari berusaha,
Buat selama-lamanya .. :(

Terima kasih atas semangat ini, Ya Allah ..
Ku cinta, ku sayang, ku kasih, ku rindu Mu..
Untuk seumur hidupku .. :(

Alhamdulillah Ya Allah..

Bait Al-Amin

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

I Luv All of U So muccchhhh !!!

Alhamdulillah, akhirnye abis jugak pekse aku untuk sem ni.. penuh dengan cabaran & dugaan untuk kami sume tempuh, akhirnye sampai ke kemuncaknye juge.. seperti bese jugak la, bile tyme cuti sem jek, aku dah mule susun program2 untuk penuhi cuti sem ni .. dan cuti aku di mulakan dengan sebuah program yg dah lame sangat aku tunggu2.. sius dah lame, program pe ?? Ha !! ni la yg aku nak cite .. hehe .. :)

TC EduTour 2010

Ini la name program tu .. program berjalan-jalan bersama-sama dengan anak2 yatim & warga miskin Bait Al-Amin .. mungkin aku cite sikit la ape kebendenye sume ni kan .. :) actually, aku merupakan salah seorang komiti TUNAS CEMERLANG (TC) 2010 .. TC ni adalah event tajaan sepenuhnye oleh CyberSecurity Malaysia .. diorang bagi kami sponsor, then kami jalankanlah program selama setahun dengan anak2 yatim ni … macam2 program la yg kami buat, dan salah satunye, ni la TC Edutour .. kami berjalan2 ke Melaka ..

Susah untuk aku citekan semuanye.. aku tak tahula camne nak cite.. susah untuk mengungkapkan perasaan dalam hati ni ke sebuah bentuk penulisan .. tapi aku cube la .. actually, xde perkataan lain yg boleh aku ungkapkan selain perkataan sangaaaaaaaaaaaaat seroooooonoookkk !!!! :)

Korang sume xkan dapat merasa perasaan ni, kalau xsertainye sendiri.. sius lain .. kalau korang sume pernah bawak adik2 pergi jalan2, bawak adik2 tadika ke, sape ke, pergi melancong, bagi aku sius xsama bawak anak2 yatim ni .. lain .. lain .. susah untuk aku cakap kelainan tu, tapi aku dapat merasakan, sebab aku pernah bawak adik2 jugak dibawah program NAZIM, tapi ni adik2 yg beribu & berbapa, yg hidup sebumbung dengan parents diorang .. aku dapat rase lainnye .. :(

Sepanjang Edutour ni, aku selaku facee, kene la jage adik2 ni, bawak adik2 pusing2 kat Melaka ni. sebenarnye, diorang sume ni, xpernah lagi pergi Melaka, kalau ade pun, juz pergi rumah saudara, camtu la lebih kurang .. tapi sebelum kami jejak ke Melaka, kami sinnggah dulu di KL. Kami ziarah pejabat CyberSecurity dulu, then lawat Pusat Sains Negara. Pastu baru la bertolak ke Melaka ..

Kebanyakkan tempat yg kami lawat, aku rase bnyak tgok muzium2 .. ye la kan, kat Melaka kan bnyak muzium, so kami bawak la adik2 ni .. sepanjang 3 hari tu, kami penuhi mase2 adik2 ni dengan pelbagai tempat lawatan la.. yg paling aku ingat, adik2 ni suke naik Menara TamingSari.. kami pergi waktu malam, so bile naik menara tu, dpat la tgok Melaka waktu malam.. cantik sangat .. suke aku tgok adik2 tu gembire .. SubhanAllah ..

Lagi2 yg paling aku xlupe, tempat terakhir lawatan kami, Taman Buaya. Sebenarnye, name jek taman buaya, tapi buaya die kat satu tempat tu jek, yg lain banyak games. Hehe :) kat situ ade 3 rumah taw.. Rumah Hantu, Rumah Dinosour, Rumah Cermin ajaib.. lebih kurang camtu la name rumah tu .. punye la excited adik2 tu nak masuk, sume tarik abang2 & kakak2 nak masuk .. memang tergambar wajah ceria adik2 tu, sius ceria !!!!! aku sangat2 gembire tyme tu.. sangat2 gembire melihat adik2 gembira .. aku pimpin adik2, pegang adik2, peluk adik2 .. ye la adik2 takuuuuuttttt !!! sayang adik2 ..

Aku ingat ayat adik2 tu, “Bang, nak masuk, nak masuk” .. bile dah masuk jek, “Arggghhhh takooot, bang takooot..” .. geli hati tgok telatah adik2 tu.. aku taw, bukan selalu diorang pergi tempat cam2, so aku xkesah langsunng ikut kerenah adik2 tu.. abang sayang adik2, sius sayang sangat2 .. :)

Kami sume sampai kat umah adik2 tu, lebih kurang pukul 11.30 malam. Ni la saat yg paling aku xsuke .. mmg sedih hati ni taw adik2, adik jek xtaw,, huhu :( ..

Dah satu sem aku ngan adik2 ni, dah hampir sume aku kenal .. tak ramai sangat pun, 49 orang jek .. mudah kenal .. dan dalam 6 bulan aku kenal adik2 ni, yg aku perasaan, mereka ni mmg kurang kasih sayang, xsama ape yg kite dapat, dengan ape yg adik2 ni dapat.. sedih hati ni dengar cite2 adik2 ni.. cite silam mereka membuatkan hati ni sayu sangat.. sayu sangat2.. tabahnye hati adik2, membuatkan abang kuat !! :(

Aku ingat lagi, mase kat Melaka tu, sume beli hadiah untuk Ibu masing2 .. sedih tengok adik2 ni .. ade yg beli baju, kipas tangan, cenderamata .. “adik nak beli tuk mak la abang ..” .. Ya Allah, sedih hati ni.. sedih .. dalam kesusahan diorang pun, kasih kepada ibu xpernah luntur pun kat hati adik2.. SubhanAllah .. abang kagum ngan adik2, abang kagum sangat2 ..

Macam aku ckap awal2 tadi, korang xkan rase seperti kami komiti sume rase, kalau xikut same ape yg kami lakukan ni.. perasaan ni ssh nak aku cite & kongsi, susah sngat nak ungkapkan .. lepas sem ni bukak, kami akan bersama dengan adik2 lagi.. tunggu taw adik2 .. xsabar rasenye.. habis jek program tu, sius aku xleh lupekan adik2 tu, sampai terbawak2 kat mimpi taw,, sius aku cakap .. punye la rapat kami skang, sehinnggekan cam dah adik sendri plak .. ish kalau la adik2 dapat bace dalam hati abang ni.. Allah ..

Adik2.. abang nak cakap sesuatu la kat adik2, adik2 nak taw, ABANG RINDU SANGAT2 kat ADIK2 .. abang sayang adik sangat2 ..

Alhamdulillah Ya Allah …

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Ya Allah, semalam aku tetibe terase cam nak update blog. Lame sungguh aku tinggalkan blog aku. Maaf ye Huffatul Jannah. Aku bukan sengaje tinggalkan kau. Kekangan mase dan kesempatan membataskan kite. Maaf sekali lagi.

Mungkin aku ni seorang yg suke memendamkan segale masalah aku. jarang sekali aku bercerite kat sahabat2. Aku pun tak tahu la kenape. Aku ni tak suke sangat orang lain susah kerana aku. tapi aku ni seorang yg suke dengar masalah orang. Tapi tak pandai sangat la nak selesaikan, mungkin bagi cadangan dan nasihat sikit tu, ok la kot. Jadi aku rase kat blog aku ni la aku nak cite sume perkare kat lubuk hati aku ni.
Semalam, aku terbace status gtalk kawan aku sebelum aku tidur. Lepas aku selak2 sikit buku, aku amik mase sikit bace ape yg kawan2 aku tulis. Ya Allah, tak tahu la nape malam tu aku tersentuh sangat bace status kawan aku. aku tak ingat exactly la, tapi ia berkenaan ibu bapa. Aku shut down laptop, terus baring atas katil.

Aku teringatkan ayah aku.

Ya Allah, pilu sungguh hati aku tyme tu. Tak sanggup aku tahan lagi. Segale memori lalu terlintas kat pikiran aku sekelip mate je. Segala kenangan aku ngan ayah aku, sumenye keluar. Setiap percakapan, perbuatan ayah aku, sume terimbas malam tu. Aku sedih sangat. sedih sangat2.

Daus teringat ayah kat hospital. Sakit. Daus tahu ayah sakit. Ayah tahan je kat depan daus. Daus tak boleh wat pape. First tyme ayah operate, ayah takut. Daus tahu. Daus sedih tengok ayah cam2. Ayah keluar air mate tengok kitorang adik-beradik. Ayah selalu risau kalo ayah dah takde, camne keadaan kitorang. Sampai sekarang daus ingat wajah ayah. Sayu hati daus ingat muke ayah. Tak sanggup nak bayangkan.

Mase kaki kiri ayah kene potong, ayah tabah sangat. daus menangis tengok ayah cam2. Ayah tahu yg ayah tak boleh wat pape lagi. Daus doa sngt2 ayah xkene potong, tapi Allah lebih sayangkan kaki ayah tu. Daus sedih ayah. Daus sedih. Daus tahu ayah sakit, ayah tahan je kan. Ayah 55 tahun, dah tak kuat sangat, mesti sakit. Tapi daus tengok ayah kuat. Setiap hari kene cuci. Ya Allah sakitnye. Sume orang geli tengok kaki ayah kene potong. Daus tak. Daus tak. Daus sayang ayah. Sayang sangat2.

Kalau ayah nak tahu, daus paling tak boleh lupe wajah ayah mase ayah koma. Kaki kanan ayah pulak kene potong. Dua2 kaki ayah kene potong. Daus tak sanggup ayah. Daus doa lagi.doa.doa.doa. tapi Allah nak jugak kaki kanan ayah tu. Tapi ayah kate tak pe la, ayah redo. Daus ingat lagi kate2 ayah tu. Ayah kate, nanti ayah nak pakai kaki palsu. Nanti ade orang ajar. Daus angguk je. Dalam hati daus, daus teriak menangis ayah. Tak tahan daus dengar. tapi apekan daye, ayah xsempat blajar pun.

Mase ayah koma, daus xboleh tgok muke ayah. Daus tak snggup. Daus xkesah pun tunggu ayah kat luar. Pagi petang siang malam. Tak kesah. Daus nak ayah sedar. Tapi lame daus tunggu. Ayah xsedar pun. Setiap hari daus cium ayah. Ayah rase x ?? daus pegang erat tangan ayah. Ayah rase x ?? daus Nampak air mate ayah mengalir tyme tu, daus tak tahan ayah. Daus tak tahan.

Hari jumaat pagi, lepas je daus ngan duan bace Yaasin kat ayah, kami keluar jap nak makan. Tapi ayah pegi mase kami pergi. Daus xsempat tgok ayah. Daus datang je, ayah xbernafas lagi. Dada ayah xbergerak lagi. Daus tak tahan ayah. Daus tak tahan. Tapi daus macam dah terase pagi tu ayah nak tinggalkan daus. Daus redo. Daus redo. Allah sayangkan ayah. Allah tak nak ayah susah2 lagi hidup takde kaki. Daus redo, sebab daus tahu tu yg terbaik untuk ayah.

Sejak ayah koma, daus dah cakap kat hati daus. Kalau ayah sedar, daus akan jage ayah sungguh2. Tapi kalau ayah ditakdirkan pergi, daus akan uruskan ayah sungguh2. Lepas je daus tahu ayah dah tinggalkan daus, daus terus uruskan ayah. Daus pergi cari Imam, Bilal, siak. Mudah ayah. Mudah. Daus jumpe kat masjid je. Dalam perjalanan, daus nangis ingat ayah. Kat atas motor pun daus nangis. Daus tak tahan la ayah.
Dari semua segi dalam uruskan jenazah, daus terlibat. Alhamdulillah. Duan imamkan ayah. Daus bace talqin untuk ayah. Kami adik beradik mandikan ayah. Daus ngan duan kafankan ayah. Kami adik beradik usung jenazah ayah. Daus rase lega dapat uruskan ayah. Ni janji daus sebelum ayah pergi lagi. Daus dah tunaikan. Kalau la ayah dapat tgok, mesti ayah suke.

Kini ayah dah hampir setahun tinggalkan daus. Tapi wajah ayah selalu kat ingatan daus. Ayah xpernah lekang kat doa daus. Daus nak pastikan ayah masuk syurge. Daus nak jadi anak soleh. Tapi ayah, ni la yg daus risaukan. Daus risau kalau daus tak cukup soleh. Daus risau sangat.

Tapi daus akan usaha. Daus akan usaha. Usaha jadi yg lebih baik. insyaAllah..

Al-Fatihah untuk ayah..

“Ya Allah, Kau ampunilah dosa ayahku, Kau lapangkanlah,terangilah, dan wangikanlah kuburnye, Kau tempatkanlah ayah aku ditempat orang2 yg mendapat keampunan dan nikmat syurge di akhirat kelak, Ya Allah..” Amin Ya Rabbal ‘alamin..

Alhamdulillah Ya Allah..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Awal Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari kota Mekah ke kota Madinah…

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah. Mungkin masih sempat untuk aku ucapkan kat sume. Lagu atas tadi tu adalah lagu tema sambutan tahun baru Islam setiap tahun. Bersemangat rentak lagu tu, membuatkan bersemangat jugak aku nak tulis post tuk kali ni. hehe :)

Penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah telah membawa satu sinar baru dalam Islam. Melalui detik itulah Islam telah mengorak langkah dan strategi baru untuk meluaskan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. SubhanAllah !! hebat sungguh percaturan Allah.
Sebagai umat Rasulullah S.A.W, sebenarnye terlalu banyak ‘ibrah yg boleh kite ambik melalui kisah penuh bersejarah ni. Mungkin kite tidak berhijrah ke satu kawasan ke kawasan lain seperti Baginda, tapi perkare yg paling penting untuk kite lakukan adalah penghijrahan diri kite kepade Allah. Dari satu daerah ‘kegelapan’ ke satu daerah penuh dengan cahaya yg lurus kepade Allah. Dalam kate erti yg lebih mudah adalah, penghijrahan diri kite ke arah yg lebih baik dalam usaha mendekatkan diri kite kepade redha dan keampunan Allah. Em InsyaAllah.. kite harus berazam bersungguh-sungguh untuk ni, kite boleh !! Percayelah !! sape kate kite tak boleh ?? Umat Islam pasti boleh !! :)

Em untuk memudahkan tujuan sebenar aku tulis post kali ni, eloklah kalau aku straight to the point je. Sempena menyambut Maal Hijrah kali ni, aku dan keluarge benar2 berhijrah. Sebab tu la aku kate aku berhijarah ‘physically’. Berhijrah dari satu daerah ke daerah yg lain. Pade tanggal 2 Muharram 1431H, bersamaan 19 Disember 2009, kami sekeluarge telah berpindah dari satu daerah yg terbaik di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, ke satu daerah lain yg tak kurang juge hebatnye, iaitu Seremban. Berat hati aku nak berpindah sebenarnye, tapi apekan daye, atas persetujuan sume, aku akur.

Selamat tinggal Kuala Pilah !! Ini je la yg mampu aku ucapkan. Bandar yg terlalu banyak berjase pade aku. Bandar yg penuh dengan kedamaian, kemajuan, keamanan, keharmonian, ketenangan, keseronokan dan kegembiraan terpakse aku tinggalkan. Tapi jangan khuatir, aku akan terus mem’promote’ Kuala Pilah kepade masyarakat umum, biar sume tahu kehebatan dan kecanggihan pokan kolo pilah ni.. :)

Sekarang aku di Senawang, Seremban. Mungkin inilah penempatan kekal kami sekeluarge. Masih berusaha untuk membiasekan diri dengan kehidupan kat sini. Taman Bandar Senawang, ini lah taman yg aku tinggal skang. Alhamdulillah, aku bersyukur segale rezki yg Allah kurniakan kepade kami sekeluarge. Kepade sahabat2, kalau senang, jemput datang umah. Kedatangan sahabat amat dialu-alukan. Sebelum aku lupe, kepade sahabat2 karib sume, maaf tak bagitaw awal2 yg aku nak pindah, bukan ape, cume tak nak korang nangis2 tahan aku tak bagi pindah.. hehe :) . kalau senang nanti jangan lupe datang taw !!

“Ya Allah Ya Rabbi, kami insane yg lemah ini bermohon Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, berkatilah umur kami, terimelah taubat kami, perkenankanlah doa kami , dan eratkanlah ukhwah kami Ya Allah.. moge2 kehidupan kami di dunie ini, mendapat keredhaanMu, kesejahteraanMu, dan kerahmatan dari Mu Ya Allah..” Amin Ya Rabbal ‘alamin..

Alhamdulillah Ya Allah…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.