Dunia baruku..

– Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang –

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah, akhirnye dapat juga aku menyelami sebuah dunia kehidupan yg mungkin terlalu baru bagiku,tetapi aku yakin tak bagi sebilangan besar dari sahabat-sahabatku.

Ape? Buat blog?? Haha😀

Em, pada mulanya,semua ni tidak pernah terlintas pun di kotak pemikiranku untuk memasuki dunia penulisan siber ni. Mungkin kerana tak ada kemudahan untuk menulis dan kekangan waktu yg ketara, membuatkan aku terasa dunia blog ni, terasa asing sangat. Bukan kerana aku tak minat, tetapi kefahaman aku yg kurang mengenainye, aku merasakan blog ni hanyalah sekadar salah satu aktiviti yg boleh kite buat melalui komputer, selain daripada Friendster, e-mail, dan entah ape lagi yg mungkin aku sendiri tak tahu mengenainye.

 
Semakin lame aku kenal ape internet ni sebenarnye,semakin banyak blog-blog yg aku dapat lihat terhasil dalam internet ni. Taklah menjadi satu persoalan, kalau penulis-penulis blog itu, bukanlah dari kenalan-kenalanku, tetapi aku menjadi hairan semakin ramai sahabatku menyeburi dalam dunia ni. Hati aku selalu gak tertanya-tanya,kenapa diorang suka sangat nak berblog ni?? Ape diorang dapat dengan blog?? Em ..ni lah antara sangkaan awalku terhadap penulis-penulis blog..maknanye terhadap sahabat-sahabatku la..🙂

 
Setelah aku berjaya melanjutkan pelajaranku, barulah kesedaran untuk berblog ni timbul. Alhamdulillah.. 12 Julai 2008, adalah tarikh mula aku bergelar seorang MAHASISWA. Mase ni,seingat aku, aku la antare yg paling lambat masuk universiti dalam kalangan kawan-kawan aku.Em bosan jugak la duduk kat rumah mase tu.:D

Sebelum aku masuk university lagi, sebenarnye aku telah memikirkan keadaan aku kat sini.” Entah macam mane la keadaan university ni agaknye”. Aku sering terfikir. Semasa di sekolah menengah dulu, aku telah banyak mendengar cerita dan pengalaman mengenai kehidupan di IPT. Perkara-perkara ni la yg sering aku fikirkan. Dapat ke tak aku istiqamahkan ape yg aku dah usahakan selama ni. Setiap hari aku berdoa,mudah-mudahan kehidupan aku masih ade sinar Islam disekelilingku. Roomateku, kawan karibku, dan kawan-kawanku,semuanye aku harap dapat bersama-sama dalam usaha mencorakkan kehidupan Islamiyyah di sini.

“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Allah…” Inilah antara tahmid yg sering aku lafazkan bilamana aku terfikir kehidupan aku di sebuah tempat, yg dahulunya aku sendiri takut nak jejak memasukinye. Kehidupan di sini bukanlah sepertimana aku dengar mase zaman sekolah dulu. Ya, aku tak menafikan, mustahil pada akhir zaman ni, di sebuah tempat yg bagi aku sangat bebas, tak de langsung maksiat yg dilakukan di sini. Masih banyak!! Kadang-kadang tu di luar jangkaan aku jugak.😦

Tapi, ape yg mengagumkan aku adalah, ciri-ciri Islamiyah yg diterapkan di sini memberi satu impak dan tempat di hati sebilangan besar penuntut dan staff yg bekhidmat di sini. Maksudnye, mereka masih mengambil Ad-din sebagai cara hidup mereka berbanding kehidupan jahiliyyah yg merosakkan bukan sahaja iman, tetapi tanpa kite sedari, ia juga boleh merosakkan akidah. Nauzubillahhi min zalik..

 
Boleh dikatakan setiap hari di sini hatiku terisi dengan pelbagai peringatan dan teguran untuk memperbaiki taraf diri di sisi Allah Maha Pengampun yg memiliki seluruh alam. Kuliah Subuh dan Maghrib, forum, ceramah, kelas Tajwid dan Tarannum; semua ni la pengisian-pengisian rohani yg aku dapat hampir setiap hari.

Melalui semua nilah hatiku mula terdetik untuk bersama-sama dengan mereka mendukung dakwah dan berkongsi ilmu yg tak seberapa ni. Akhirnye, aku terfikir untuk memulakannye melalui penulisanku sendiri. Lame jugak aku nak wat keputusan. Aku tahu, mungkin tak banyak yg dapat aku coretkan dalam bentuk ilmiah, tapi aku rase tak semestinye aku kene tulis 100% macam tu, pengalaman dan pendapat aku sendiri pun, kalau boleh diambilkan pengajaran, bukankah itu dakwah juge namanye??

 

Oleh kerana itu, aku bertekad nak mule dari sini. Sekurang-kurangnye, ape yg aku tulis kat blog aku ni, aku sendiri dapat bagi teguran dan semangat dalam diri aku sendiri.InsyaAllah.. Mudah-mudahan Allah memberkatiku..

Alhamdulillah Ya Allah..

12 thoughts on “Dunia baruku..

  1. pecinta_islam berkata:

    congratulation..
    alhamdulillah..ana doakan nta istiqamah dalam merealisasikan niat n azam nta tu..
    salam..

  2. al_milangi berkata:

    Time kaseh ya pecinta_islam..
    doakan kjyaan ana ek dlam ape jua ana wat..
    huhu..
    frienz 4eva🙂

  3. Roy Islamic berkata:

    salam….alhamdulillah….smoga turskan perjuangan djalan Allah….

  4. al_milangi berkata:

    Thanks a lot Roy Islamic..
    InsyaAllah..tuk kawe pun sme gak ek..

  5. Sara berkata:

    Tahniah! N semoga dpt meneruskan penulisan sebgai media dkwah buat generasi skarang mhupun akn dtg..
    Permulaan yg baik!

    ‘Sungguh,manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran’
    (Al-‘Asr:2-3)

  6. zaidsalman berkata:

    salaam
    -tahniah, teruskan usah da’wah…
    -cantik theme blog ni, nmpak ke”minang”an…
    p/s: nnti ketuk pintu ye..kejut subuh

  7. aireensamirah berkata:

    salam alaik..
    selamat datang ke dunia blog..
    blog ni bukan macam frenster dsb..utk berkenalan..
    tapi blog ni sbg wadah utk berkongsi pemikiran dan pendapat..
    biarpun sedikit, biarpun kecil, setiap ilmu pasti bermakana..
    yang dilihat Allah bukan hasil yang hebat tetapi sejauh mana usaha kita..
    wallahualam..
    salam ziarah..
    teruskan usaha..

  8. anis berkata:

    salam ziarah..
    slamat dtg ke dunia blog…
    berusahalah, mudah2an blog ini dpt memberi manfaat kpd orang yg membaca blog ini…..
    walau apa cr pown yg digunakan..
    amin~
    good luck…

  9. fitri berkata:

    salam…
    permulaan yang bagus.
    teruskan istiqamah dalam penulisan berbentuk dakwah.
    moga dapat memberi mafaat kpd yg membacanya,InsyaAllah..

  10. senikehidupan berkata:

    Welcome to the world of freelance writer..
    Engaging blogosphere. The thing speak by itself my friend. No matter how much you put effort on this, people outside there still waiting to be reactivated. For me, I merely believe they will follow as long people are DOING. Too reliable and dependent on external factors.

    Ahha, I remembered you quoted me in my blog,

    “eh mal,nak menulis ke?aku klo bab tulis menulis ni,aku klo nak menulis cam ko ni,kene tulis tulisan jawi bru aku minat.klo rumi ssh ckit r.xbese sgt…hahahaha..xde r…aku akn try tulis…tapi tulis nota la mal….aku nak sambg blajr ni,doakan aku ek…aku ni malas ckit menulis,tkut effect blajar aku r…..huhu..jumpa lagi!!!!”

    Somehow you are NOT what you said but you are what YOU DO.

    Feel free to visit my old-fashioned blog.

    Salam!

  11. al_milangi berkata:

    em time kasih ye, kwan2 g smgat..:)

    Akmal, geleng kepala ble aku bce blek ape yg aku tulis kat ko dlu..hu2
    em pape pun thanks sdi ziarah blog aku ni..

  12. aireensamirah berkata:

    salam…
    haha..
    akmal..aku ingat lg komen tu..
    masih segar dlm ingatan aku..
    haha..
    xpe2..people change..firdaus change..
    we accept it..huhu..

    menulis wont effect your studies as long as u not obsess with it..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: