Wanita Oh Wanita..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

20 Februari 2009

Em hari ni rase cam penat sikit.. Tadi ade kelas tutorial E-math, pastu Physics, kul 12 lak, lecture E-math… rase tak larat badan ni.. Tapi aku gagahkan jugak la, nak wat camne memang dah schedule camtu. Semester ni tak macam semester lepas, yg lepas credit hour lebih banyak, tapi aku still dapat relax ari jumaat camni.. semester ni, ari Jumaat agak sibuk. Aku dah plan nak kosongkan ari Jumaat, tapi nak buat camne, hari lain banyak yg clash dengan subjek lain. Jadi, terpaksalah aku penuhkan sedikit hari Jumaat aku ni. Bukan ape, aku nak tidur jap sebelum pergi Solat Jumaat, ni care aku tak nak tidur mase khutbah 🙂. Tapi dah lame-lame, aku dah biase la, habis kelas, siap2 dan terus pergi masjid.

Hari ni aku rase pelik, walaupun aku letih sikit, tapi aku tak mengantuk sangat. Terasa segar la jugak. Alhamdulillah.. jadi dapat la aku focus untuk khutbah nanti. Tak sabar rasenye..

Hari ni Ustaz Rahmat jadi Imam untuk membace khutbah, iaitu Imam 2 Masjid An-Nur. Em seorang Imam yg lantang dalam membace khutbahnye, membuatkan ma’mum yg hadir pun seronok untuk menghayati khutbah yg disampaikan. Hari ni, isi-isi khutbah lain sikit, iaitu khutbah yg belum pernah aku dengar dalam mane2 Solat Jumaat yg aku hadiri- khutbah berkenaan Sisters In Islam (SIS). Ya Allah.. tak tahu la perasaan aku sepanjang khutbah tu dibacekan. Marah, benci, sedih, entah la..Tak tahu nak cakap camne..:( aku hanye mampu menggeleng kepala dan beristighfar je.. banyak sangat perkare yg aku sendiri pun hairan mengapa sehingga tahap begini ia terjadi. Lepas balik je, aku bercadang nak kaji lebih dalam lagi pasal SIS ni. Mungkin sebahagian dari kite pernah mendengar mengenai SIS ni, mungkin ni pertame kali. Jadi, rasenye eloklah kalau aku menerangkan asal usul penubuhan organisasi NGO ni.

Pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah Syariah. Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokarsi, hak asasi manusia dan perlembagaan. Logo SIS berbentuk rahim sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim.

Objektif utama SIS adalah:

  • Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita
  • Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki
  • Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Inilah serba sedikit maklumat tentng SIS ni. Aku cari pun dalam internet. Dalam aku cari2, aku terbace satu ayat yg dinyatakan oleh salah seorang ahli aktif mereka, Zainah Anwar dalam temubual dengan wartawan The Star. Ape die cakap??

It’s as if in Islam women don’t have any rights at all. One woman asked, if the house were on fire, would she then have to seek her husband’s permission to flee! Women cannot even use their common sense to save their (own) lives. This cannot be Islam. God is just. Islam is just.

Sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas misi dan tujuan utama mereka dalam pertubuhan entah ape2 ni. Mereka ingin mendapat hak sama rate antare lelaki dan wanita. Mereka tak tahu yg Islam ni tidak mendefinisikan keadilan sepeti mane mereka definisikan. Bagi Islam, konsep keadilan itu bukanlah menyamaratakan semua perkare, tetapi keadilan itu adalah meletakkan sesuatu itu kepada tempatnye. Konsep ini harus jelas!! Jangan hanye ingin menurutkan hawa nafsu, sehinggakan sanggup mengetepikan yg Hak dan Batil. Islam tidak pernah mengetepikan wanita, bahkan antare risalah yg dibawa Rasulullah S.A.W adalah menaikkan taraf wanita daripada satu kaum yg dianggap terlalu hina, kepada satu kaum yg harus dipandang tinggi, dimuliakan dan dipelihara kehormatannye. Tapi ape yg mereka faham?? Entah la..Cube kite renungkan ape yg mereka katekan ni;

“Kami menyokong semangat revolusi Islam, satu agama yang telah mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1400 tahun dahulu. Kami percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan. Kami amat sedih kerana agama telah diperalatkan untuk membenarkan amalan dan nilai-nilai budaya yang menganggap wanita sebagai berkedudukan lebih rendah daripada lelaki. Kami percaya bahawa ini berlaku kerana kaum lelaki sahaja yang telah menguasai secara eksklusif hak mentafsir al-Qur’an.”

“Kami percaya bahawa setiap orang mesti diberi peluang sepenuhnya untuk menyertai segala bidang kehidupan demi pertumbuhan dan pengembangan ummah. Penyertaan wanita Islam sebagai rakan kongsi yang setaraf, dalam erti kata sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi ummah adalah menjadi keperluan masa kini. Kami merumuskan bahawa adalah penting pengalaman, fikiran dan suara wanita dimasukkan ke dalam tafsiran al-Qur’an dan pentadbiran agama dalam dunia Islam.”

Sebenarnye ini masih lagi sedikit untuk aku huraikan perkare2 yg mereka cube mengenengahkan. Masih banyak lagi perkare2 yg bagi aku tidak sepatutnye dilakukan oleh mereka. Mereka hanyelah mendatangkan kemusykilan dan perasaan ragu-ragu kepada masyarakat awam dan ini boleh merosakkan akidah umat Islam sendiri. Contohnye, mereka menyoalkan mengenai Sistem Faraid dalam Islam. Mereka mengatakan pembahagian harta kepada kaum Adam lebih banyak daripada kaum Hawa. Justeru, mereka beranggapan bahawa konsep ini harus diubah!!

KUALA LUMPUR: The rules of inheritance for women through the Faraid system must be reviewed and changed, says Cassandra Bal-chin, a freelance researcher, writer and human rights advocacy trainer.”Right now, the rules of inheritance are outdated because they are interpreted according to historical context,” Balchin, a Muslim convert, told the New Straits Times yesterday.
Under the Faraid system, Muslim women get a smaller share of property than Muslim men because of their gender.
“This does not reflect the reality of the situation.
“These laws were made at a different time for a different society. Things have changed since.”Syariah is a principle and not law and the law needs to be changed according to the circumstances because it’s discriminative of Muslim wo-men.”
She also said that it was high time for Muslim women and men to be seen as equals.
“There are many laws and practices that are negative towards Muslim women but we want to change that because we feel that there is plenty of space in Islam for them to get a better deal and, most importantly, for equality of men and women.”
(The New Straits Times; 13 februari 2009)
Siapa yg ajar mereka?? Siapa yg lebih mengetahui perkare2 yg manusia sendiri tidak mengetahui?? Bukan setakat ni je, mereka juge menentang pengharaman senaman Yoga, iaitu satu senaman yg telah difatwakan haram di Negara kite ni. Selain tu, aku ingat lagi dalam satu kuliah subuh, penceramah itu mengatakan tentang salah satu peristiwa berkenaan SIS ni. Salah seorang ahli SIS ini ‘kononnye’ telah menjadi wakil umat Islam dalam satu upacara menunjukkan perdamaian semua kaum dengan menyalakan api lilin di sebuah gereja. Apakah ini menunjukkan tanda2 Islam yg mereka ‘perjuangkan’?? Fikirkanlah.. Sebenarnye banyak lagi perkare2 yg telah mereka lakukan di luar sane. Cume antare kite sedar ataupun tidak je..Astaghfirullah al ‘azim..:(

Ya Allah, Kau bantulah kami, Kau selamatkanlah kami Ya Allah..kami insan keji lagi hina amat menyesali atas segale perbuatan kami Ya Allah..Kau satukanlah hati2 kami dalam satu Kalimah Tauhid-Mu Ya Allah..Sesungguhnye Kaulah tempat kami perhambakan diri dan meminta pertolongan..:(

Sahabat-sahabatku, ketahuilah Allah lebih mengetahui segala rahsia yg tersembunyi di sebalik ape yg telah di syariatkan kepada hamba-hambanye. Wanita, anda semua sebenarnye mempunyai tarafmu yg tersendiri yg diiktiraf oleh Islam. Mengapa anda sibuk untuk mencari kekurangan2 taraf wanita berbanding lelaki, sedangkan anda tak sibuk pun untuk memikir dan mencari kekurangan2 anda di sisi Allah. Cube kite semua hayati perkare2 ni, iaitu berkenaan keistimewaan yg telah Islam nyatakan khas untuk para Muslimah;

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.

(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

(Hadith Riwayat Muslim)

“Dari Jabir bin ‘Atik, Rasulullah saw. bersabda: “Mati syahid ada tujuh, selain mati terbunuh dalam perang fii sabilillah, yaitu: (1) mati karena penyakit tha’un , (2) mati karena tenggelam ,(3) mati karena penyakit lambung ,(4) mati karena sakit perut, (5) mati karena terbakar, (6) mati karena tertimpa reruntuhan, dan (7) perempuan yang mati karena hamil/melahirkan.”

(Hadis Riwayat : Ahmad, Abu Dawud, Nasa’i, dan Malik)

Dari Mu’awiyah bin Jahimah As-Salami, sesungguhnya Jahimah datang kepada Nabi saw. , lalu berkata: “Wahai Rasulullah. Aku ingin pergi perang dan aku sekarang datang minta nasihat kepada Tuan.” Beliau Bertanya: “Apakah kamu masih mempunyai ibu?” ia menjawab: “Masih.” Beliau bersabda:”Uruslah dia, karena surga di bawah kedua kakinya.”

(Hadis Riwayat: Nasa’i, Ahmad, dan Ibnu Majah)

Ya Allah..sungguh besar rahmat dan nikmat-Mu kepada kami.. Inilah bukti betapa besarnye kasih Allah kepada hambe2nye..tak pernah berlaku zalim kepada setiap hambanye. Cume makhluknye saje yg tidak mahu memikirkan dan merenung ayat2 Allah sebagai panduan hidup di dunia dan di akhirat.

‘Kitab (Al-Quran) ini tidak ade keraguan padanye; petunjuk bagi mereka yg bertakwa.’ (Surah Al-Baqarah : 2)

Jike selame ni kite hanye selalu mengeluh setiap kekurangan dalam diri kite, sekarang marilah kite lakukan sedikit reformasi kepada seorang hamba yg selalu menginsafi dan memperbaiki diri dalam setiap kekurangan dalam hidup ini. Moge-moge usaha kecil kite ini benar-benar dikire oleh Allah sebagai satu bentuk kebajikan, yg kite sediakan sebagai bekalan, dalam persediaan bertemu Allah di Hari Pembalasan.. 😦 Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Alhamdulillah Ya Allah..

7 thoughts on “Wanita Oh Wanita..

  1. aireensamirah berkata:

    salam alaik..
    sister in Islam..
    aku pelik r..nape kerajaan x banned je dorg ni..
    oh yela..
    persatuan ni kan terdiri drpd datin2 dan VVIP yang ‘memang paham agama’..sedangkan dorg pun tak faham Islam yang sebenar..
    perjuangkan perempuan konon, tak payah nak diperjuangkan, Islam memang mengangkat tinggi martabat wanita..

    em tapi kan, tajuk tu mcm x sesuai la pulak..
    bukan semua perempuan macam tu..
    masih ramai yang memperjuangkan Islam yang sebenar..
    tajuk tu sangat umum, macam keluhan pada semua wanita plak..
    harap dapat difikirkan..

  2. aireensamirah berkata:

    salam..
    em nak tambah sikit ye..
    sister in Islam ni memang terdiri drpd cerdik pandai akademik, tapi bukan cerdik pandai Islam..mereka metafsir Al-quran mengikut fahaman sendiri.,
    sebagai contoh ye, kata mereka tak perlu tutup aurat, sebab dalam al-Quran ada tulis iman dah cukup sebagai pakaian..jadi kata mereka ‘beriman’ sudah cukup..
    bukan setakat fatwa yoga tu je, isu pengkid tu pun mereka pertikaikan juga..(kalau nak boleh tgk dkt youtube)..tapi apa konklusi yang saya nampak ialah mereka ni sangat jahil tapi nak menegakkan kejahilan tu..
    wallahualam..nauzubillahiminzalik..

  3. 100%d!r!sNdri berkata:

    erm…sis erk…astaga..umat akhir zaman kan…ish3…hope allah bke la hati diorg utk taubat blek…sblm lmbt…amin…

  4. senikehidupan berkata:

    Thanks for the information. I observe that this is the cardinal function of blogging. We are GIVING instead of PLAYING (such as friendster)

    Considering the fact of SIS really makes me messed. We don’t have to think to ban this group as it is already a legal NGO. For me, spreading the information could rather give us apparent rebuttal towards this deviant group.

    Wallahu a’lam

  5. al_milangi berkata:

    aireensamirah,
    em btol kate ko 2,
    SIS ni di dokong kuat oleh org2 VVIP..
    mereka ni bukan org biase, mereka ade byk pengaruh..
    kadang2 tu mereka sokong pun kerana kepentingan diri, bukan KONONNYE nak tegakkan kebenaran..
    mereka sokong coz nak naikkan name die kat mata masyarakat..
    Astaghfirullah.. ni la jadi apebile seseorang itu melatakkan agama dibelakang dan terkemudian..

    em pasal tajuk tu, sori la aku x maksud pun cam2..
    InsyaAllah len kali aku letak yg lbih sesuai..
    ingat nak ubah tajuk ni,
    tapi dah publish, cam tak bez lak nak ubah..
    tapi btol, aku x maksud kat semua wanita..
    harap leh terima ye..

  6. al_milangi berkata:

    100%d!r!sNdri..

    em memang sis la..
    klo ko nak tw lebih lanjut lagi leh search kat internet..
    em tol tu, umat akhir zaman ni ade digambarkan oleh Rasulullah S.A.W
    dalam hadith yg umat Islam pade zaman ni ramai tapi macam buih kat lautan je..
    skang kite pun leh tgok..

    jd, jom la kite byk2 muhasabah diri dan berdoa agar kite tergolong dalam org2 yg mendapat nikmat IMAN drpd Allah..
    ameen..

  7. aireensamirah berkata:

    salam..
    owh..its ok..
    its ur post, so u have the right to decide the title..
    it just my opinion..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: