Ops Dakwah

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

‘Bile lagi cuti semester ek??’ Aku sentiase menanti cuti2 panjang macam cuti semester ni la. Sejak aku jadi mahasiswa ni, baru aku tahu nikmat cuti bagi seorang yg bergelar pelajar. Mase kat sekolah menengah dulu, setakat cuti mase weekend, tak de rase pape pun. Balik hari Jumaat, hari Ahad datang asrama balik. Tak de pape pun yg dapat buat kat rumah dalam mase yg singkat macam tu. Tapi, bile dah masuk university ni, cuti la yg aku tunggu2.

UTP agak jauh dari rumah aku. Kalau naik bas dari Ipoh, lebih kurang 3 jam lebih baru sampai. Itupun baru sampai Seremban, tambah 1 jam lagi nak sampai Kuala Pilah. Kalau naik KTM, lagi la pulak, 5 jam dari Ipoh ke Seremban. Jadi, aku memang akan balik, cume bile cuti panjang je. Ini la kehidupan aku sekarang, dalam satu semester, 2 kali je aku balik cuti yg kirenye agak lame la cutinye. Tapi bukan aku je camni, semua kawan2 aku yg lain pun lebih kurang same je.🙂

Oleh kerana itulah, aku akan sentiase manfaatkan cuti aku dengan perkare2 yg aku tahu, aku tak akan dapat kat UTP. Terutama mase cuti semester. Inilah masenye aku gunekan untuk melakukan segalanye tanpa ade rase bebanan assignment, tutorial, lab report dan banyak lagi la.. dan peluang ni tibe buat pertama kalinye mase aku cuti semester pade bulan Disember tahun lepas.

Sebelum cuti ni mule, sebenarnye aku dengan beberapa sahabat aku dah rancang banyak aktiviti untuk dilakukan. Kami bersyukur sangat sebab mase cuti kami same. Bukan senang nak dapat cuti same2. Jadi kami ambil kesempatan ni untuk merancang dan melaksanakan aktiviti2 yg bagi kami bukan je seronok, tapi hikmah tersirat yg lebih penting untuk kami hargai adalah, kesan ukhwah antare kami.

Alhamdulillah agak terisi jugak cuti aku mase tu dengan perancangan demi perancangan yg di lakukan. Sebenarnye, ni la antare perancangan pertame yg kami sendiri lakukan. Sebelum ni, kami hanye mengikuti dalam sesuatu program, tanpe terlibat dalam merancang program tersebut, tapi untuk aktiviti cuti semester kami ni, kami sendiri yg lakukan dari semua aspek. Kewangan, pengangkutan, tentatif program, dan beberape perkare lain, semuanye kami merancang sendiri. Ini adalah latihan bagi kami. Tak kan la nak harapkan orang je, kami sendiri harus melakukannye.
Dalam banyak2 aktiviti yg kami lakukan bersame, aktiviti Rehlah Silatul Ikhwah adalah aktiviti yg paling aku tak boleh nak lupekan. Dua hari aktiviti ni berlangsung. Lame jugak kami rancang program ni. Beberape kali jugak tangguhan yg kami terpaksa lakukan. Walaubagaimanapun, aktiviti ni la yg paling berjaye. Rehlah di Port Dickson, ni la lokasi kami. Bukan je kami diisi dengan kepentingan jasmani, tapi motif dan tujuan kami adalah kami ingin rohani kami juge terisi. Banyak jugak pengisian2 yg kami dapat, terutama dari Naqib kesayangan kami yg telah pun pergi melanjutkan pengajiannye ke Sydney baru2 ni, Akh Anas Yusuf dan pengisian dari Akh Adzim Shaari atau name panggilannye, Akh Mono. Walaupun kat dalam negeri je, tapi seronok sangat. Sahabatku, kenangan kite bersama ni tak akan aku lupekan. Dan kami merancang ke luar negeri (bukan ke luar Negara🙂 ) pade mase2 yg lain pule. InsyaAllah..

Pade hari terakhir program rehlah kami ni, kami menghadiri satu taklimat yg harus kami hadiri untuk menjadi sukarelawan pade malam tahun baru 2009. Sebenarnye, ni la yg aku nak highlight kan tuk post aku kali ni. Em sukarelawan ape ek?? Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) telah menganjurkan satu operasi pade malam ambang tahun baru, Dan JAINS telah mempelawa semua badan2 dakwah NGO di Negeri Sembilan ni, tuk bekerjasama menjayakan aktiviti ni. Operasi ni di panggil OPS Sayang Di Sayang. Em pertame kali aku dengar, aku nak tergelak gak.🙂 Aku ,Riduan, Afnan dan Fakhri adalah antare sukarelawan tersebut. Kami mewakili salah satu badan dakwah NGO di Negeri Sembilan ni, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Aku rase eloklah aku cite dulu ape operasi ni sebenarnye. Operasi ni dilakukan adalah untuk melakukan serbuan ke atas remaja2 yg boleh dikatekan berkelakuan tidak senonoh la antare lelaki dan perempuan yg bukan mahram. Kami ditugaskan membuat rondaan sekitar daerah Seremban. Sebenarnye, tujuan kami bukanlah untuk menahan orang sesuka hati, tapi kami ade tujuan lain yg lebih penting, iaitu sambil kami membuat rondaan, kami akan memberi risalah2, buku2, dan bahan2 ilmiah lain yg berunsur keagamaan. Bagi pasangan2 yg bagi kami telah melampau, kami ditugaskan untuk membawa mereka ke masjid, dan di sana mereka akan diberi pengisian untuk membimbing mereka. Begitulah tugas kami untuk malam tu. Kami sering diingatkan, tujuan utama kami adalah menyebarkan dakwah, bukan untuk mencari salah mereka2 ni. Bagi aku, inilah antare aktiviti dakwah yg paling besar aku lakukan. Keluar ke tempat awam macam ni untuk mengurangkan kadar maksiat, adalah aktiviti yg tak pernah aku lakukan. Kami bersyukur sangat Allah pilih kami untuk turut serta dalam operasi ni. Alhamdulillah..

31 Desember 2008

Berkobar-kobar hati kami sebelum program kami ni bermule. Aku, Riduan, Fakhri dan Afnan dah sampai kat Masjid Bandar Baru Senawang (tempat kami berkumpul), awal lagi. Orang lain ramai tak sampai lagi, tapi kami dah siap2. Operasi ni mule lepas Isyak, lepas Asar kami sampai. Agak semangat jugak la 🙂 . Sebelum kami membuat rondaan, kami dibahagikan ke beberapa kumpulan. Aku telah dimasukkan ke dalam kumpulan yg ke 12 (tak silap aku la..). Sahabat2 aku yg lain dimasukkan dalam kumpulan yg lain. Kumpulan aku pade mulenye ditugaskan pergi ke sebuah tempat, aku lupe name tempat tu, tapi kemudiannye kami tukar lokasi kami ke Dataran Senawang.

Ya Allah.. sukar untuk aku ceritekan keadaan di sana. Memang di luar jangkaan aku. Mungkin kerana aku tak pernah keluar tengah2 malam camtu, aku rase janggal sangat. Majoriti yg penuhkan kawasan kat situ, hampir semuanye remaja. Lebih kurang sebaye2 aku jugak. Dengan mereka yg lepak2 nye, mereka yg kaki motor nye, semuanye berkumpul malam tu. Malam tahun baru la katekan. Melihat suasana macam tu, kami rase sedih + terkejut sangat😦 Walaubagaimanapun, kami tetap mulekan tugas kami.

‘Assalamualaikum, bang, ni ade sikit risalah dan buku, abang amik la bace’ . Ni la ayat kami sepanjang malam tu. Kami sebar dan edarkan semua bahan2 tu. Kami diajar sentiase senyum, dan sentiase bersedie hadapi segale kemungkinan. Bagi aku, ni la pengalaman pertame aku pergi bersape dengan mereka2 ni. Sebenarnye, mereka bukan jahat, mereka cume tak tahu je. Mereka terima bahan2 kami tu, mereka tak de la buat2 tak layan ke, berlaku kasar ke, malah mereka senyum, dan berterime kasih. Tapi, ape jadi kat buku2 tadi lepas tu, aku tak tahu la. Terpulang la kat mereka, tapi sekurang-kurangnye, mereka terima. Dalam kami meronda2 tu, akhirnye satu kes yg bagi kami berat terjadi. Sepasang kekasih bersedudukan didalam sebuah kereta berhampiran je kat kawasan kami ronde tu. Aku rase terkejut sangat keadaan mereka mase tu. Astaghfirullah.. mungkin tak bagus untuk aku ceritekan keadaan mereka. Lelaki tadi cube nak berkasar.’Kami tak buat pape pun!!’ bengis lelaki tadi. Bohong!! Keadaan die dah menggambarkan segalenye. Perempuan tu plak, muke selambe je, dengan pakaian die yg entah pape, rilek je. Macam tak de pape jadi pun. Sebaliknye lelaki tadi yg rase takut2. Sepatutnye perempuan la yg rase gelisah, gelabah sebab maruah die tercemar, tapi sebaliknye yg berlaku. Tak tahu la aku nak cakap ape. Em kemudian, seperti yg dirancang, mereka di bawa ke masjid. Tapi kami masih lagi sambung tugas kami.

Tugas kami berakhir lebih kurang pukul 2.30 pagi. Sebenarnye, aku nak sambung lagi, tapi dah kene panggil balik. Mase perjalanan kami pulang tu, masih ramai lagi yg duduk lepak2 kat situ. Lelaki ke perempuan, same je. Aku hairan sangat, macam mane la parents mereka leh benarkan anak2 remaje ni keluar tengah2 malam camtu. Kalau lelaki, aku boleh pertimbangkan lagi, ni perempuan!! Ape yg mereka nak pun, aku tak tahu. Duduk dan naik motor lelaki dan perempuan same2, mereka anggap tu bukan satu dosa pun. Astaghfirullah.. aku bersyukur sangat Allah tak letakkan aku kat tempat mereka. Maknenye Allah masih pilih kami ni untuk berade di jalan-NYA. Alhamdulillah Ya Allah.. Tapi aku yakin, mereka yg bukan di tempat kami ni, pasti akan menerima Taufiq dan Hidayah dari Allah satu hari nanti. Amin..

Kami pulang dengan membawa satu pengalaman yg berharga sangat. Selama ni aku hanye mendengar je, tapi sekarang aku sendiri melihatnye. Bagi aku, ini la tugas aku. Aku tak nak jadi orang yg hanye memperbaiki diri sendiri je. Tak pedulikan langsung saudara2 aku yg lain. Bak kate salah seorang penceramah yg aku penah hadiri kuliahnye, “ kite jangan jadi orang2 MU’MIN yg hanye berdiam diri”..Em bagi aku ayat ni la sebagai pendorong semangat untuk aku berusaha menegakkan Agama Allah ni. InsyaAllah..

“Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada kami kekuatan dalam menghadapi rintangan dan ujian darimu Ya Allah.. Kau bantu kami, Kau satukan hati2 kami ini dalam landasan Agama-Mu yg sebenar Ya Allah.. Ya Rahman, kami telah menzalimi diri kami sendiri, , jika Engkau tidak mengampuni kami, niscaya kami termasuk dalam orang2 yg rugi..maka, Kau ampunkanlah kami Ya Allah..”
Amin Ya Rabbal ‘alamin..

Alhamdulillah Ya Allah..

6 thoughts on “Ops Dakwah

  1. Akmal Hakim berkata:

    It is more suited with Ops Amar Ma’ruf Nahi Munkar🙂

  2. al_milangi berkata:

    em akmal,,
    bagus gak idea tu ek,
    tapi aku dah publish la tajuk tu,,:)
    lain post nt ye akmal..InsyaAllah..

  3. anis syafiqah berkata:

    salam…
    bgos pe yg saudara lakukan…
    teruskan lakukannya..
    semoga setiap perkara yg dilakukan mendapat rahmat ilahi
    dan mendatangkan kebaikan kepada semua…
    amin….

  4. al_milangi berkata:

    terime kasih anis syafiqah,,
    moge2 saudari juge begitu 🙂

  5. sya'rani berkata:

    assalamualaikum…erm..2 la hkikat cbran kte sbgai pntntut ilmu…bkn stkt mncari ilmu..bkn stkt beramal kn…bah kn hndak lah d smpaikn..trlalu rmai shbt2 kte yg nsibnyer x setuah kte…keep 0n with y0ur amal…..

    • al_milangi berkata:

      walaikumussalam,,
      betul, kite xleh jadi org Mukmin yg hanye berdiam diri sahaje,,
      kite kene bergerak ,,
      InsyaAllah, mge2 Allah kuatkan jasmani n rohani kite,,
      Amin🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: