Orang hijrah ‘chemically’, aku hijrah ‘physically’

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Awal Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari kota Mekah ke kota Madinah…

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah. Mungkin masih sempat untuk aku ucapkan kat sume. Lagu atas tadi tu adalah lagu tema sambutan tahun baru Islam setiap tahun. Bersemangat rentak lagu tu, membuatkan bersemangat jugak aku nak tulis post tuk kali ni. hehe🙂

Penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah telah membawa satu sinar baru dalam Islam. Melalui detik itulah Islam telah mengorak langkah dan strategi baru untuk meluaskan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. SubhanAllah !! hebat sungguh percaturan Allah.
Sebagai umat Rasulullah S.A.W, sebenarnye terlalu banyak ‘ibrah yg boleh kite ambik melalui kisah penuh bersejarah ni. Mungkin kite tidak berhijrah ke satu kawasan ke kawasan lain seperti Baginda, tapi perkare yg paling penting untuk kite lakukan adalah penghijrahan diri kite kepade Allah. Dari satu daerah ‘kegelapan’ ke satu daerah penuh dengan cahaya yg lurus kepade Allah. Dalam kate erti yg lebih mudah adalah, penghijrahan diri kite ke arah yg lebih baik dalam usaha mendekatkan diri kite kepade redha dan keampunan Allah. Em InsyaAllah.. kite harus berazam bersungguh-sungguh untuk ni, kite boleh !! Percayelah !! sape kate kite tak boleh ?? Umat Islam pasti boleh !!🙂

Em untuk memudahkan tujuan sebenar aku tulis post kali ni, eloklah kalau aku straight to the point je. Sempena menyambut Maal Hijrah kali ni, aku dan keluarge benar2 berhijrah. Sebab tu la aku kate aku berhijarah ‘physically’. Berhijrah dari satu daerah ke daerah yg lain. Pade tanggal 2 Muharram 1431H, bersamaan 19 Disember 2009, kami sekeluarge telah berpindah dari satu daerah yg terbaik di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, ke satu daerah lain yg tak kurang juge hebatnye, iaitu Seremban. Berat hati aku nak berpindah sebenarnye, tapi apekan daye, atas persetujuan sume, aku akur.

Selamat tinggal Kuala Pilah !! Ini je la yg mampu aku ucapkan. Bandar yg terlalu banyak berjase pade aku. Bandar yg penuh dengan kedamaian, kemajuan, keamanan, keharmonian, ketenangan, keseronokan dan kegembiraan terpakse aku tinggalkan. Tapi jangan khuatir, aku akan terus mem’promote’ Kuala Pilah kepade masyarakat umum, biar sume tahu kehebatan dan kecanggihan pokan kolo pilah ni..🙂

Sekarang aku di Senawang, Seremban. Mungkin inilah penempatan kekal kami sekeluarge. Masih berusaha untuk membiasekan diri dengan kehidupan kat sini. Taman Bandar Senawang, ini lah taman yg aku tinggal skang. Alhamdulillah, aku bersyukur segale rezki yg Allah kurniakan kepade kami sekeluarge. Kepade sahabat2, kalau senang, jemput datang umah. Kedatangan sahabat amat dialu-alukan. Sebelum aku lupe, kepade sahabat2 karib sume, maaf tak bagitaw awal2 yg aku nak pindah, bukan ape, cume tak nak korang nangis2 tahan aku tak bagi pindah.. hehe🙂. kalau senang nanti jangan lupe datang taw !!

“Ya Allah Ya Rabbi, kami insane yg lemah ini bermohon Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, berkatilah umur kami, terimelah taubat kami, perkenankanlah doa kami , dan eratkanlah ukhwah kami Ya Allah.. moge2 kehidupan kami di dunie ini, mendapat keredhaanMu, kesejahteraanMu, dan kerahmatan dari Mu Ya Allah..” Amin Ya Rabbal ‘alamin..

Alhamdulillah Ya Allah…

8 thoughts on “Orang hijrah ‘chemically’, aku hijrah ‘physically’

  1. aireensamirah berkata:

    salam…
    selamat berhijrah..
    tak pe2, pilah totap no 1 kan??

    selamat menjadi orang seremban..
    seremban pun tak kurang hebatnya dengan giant dan terminal 1..
    huhu..🙂

  2. Nur Farhanis Assila berkata:

    salam maal hijrah,

    siap ade lagu lg..semangat..
    ana rse ade je hijrah chemically..
    mse tulis blog ne komfem nyanyi kan lg maal hjrah 2..satu g adaptation ngan tmpt br..hijrah chemically la 2 kan??

    sorry trperasan lirik lagu slh..
    1 muharram detik permulaan,perkiraan thn islam hijrah
    sorry2..

  3. Akmal Hakim berkata:

    Em…..

    Jap..

    EHMMM….

    Daus~! Awat tak bagi tau dah pindah Seremban??

    Dekat pulak tu!

    Haish.. ni yang nak kena ni..

    hehe..

    Ko hijrah physically ke?

    Aku hijrah biologically😀

    • firdaus muhammad berkata:

      salam,,
      em sori lambat respond !!🙂

      em aireensamirah,,
      pilah mmg still no1,,
      tpi btl jgak ckap ko 2,,
      soromban apo kurang nye,,
      hebat jgak !!🙂

      em farhanis,,
      btol 2,,
      nak besekan diri kat tempat ni satu hijrah chemically gak,,
      mmg hebat pharmacist dari bandung ni !!🙂
      em thanks btolkan lirik lagu tu,,
      dah btolkan dah !!

      em akmal,,
      sori xbgtaw ko awal2,,
      pasni xde la alasan nak datg umah aku taw !!🙂
      jemput datag umah !!

      em papehal n gud lux sume !!

  4. jiran sebelah kanan anta berkata:

    ana pun berhijrah physically gak…sedih nak meninggalkan kawan2 yang mostly dari negara afrika…maafkan anta eh…mesti seronok kan dapat pindah rumah baru…kalau ade kesempatan leh ana datang melawat rumah baru anta…anta jangan tutup pintu lak…akhir kate selamat berjaya bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat…amin….

    • firdaus muhammad berkata:

      hehe,,
      apis, klo enta nak taw, kat blog ana ni, org yg paling banyak nickname, enta la,, macam2,,🙂
      papehal pun jangan sedey tinggalkan kawan afrika enta tu,, kitorang ade kat sebelah kiri enta ni,, hehe
      jemput la dtg umah,, xde nak tutup pintu de,, just kunci mangge (SOLEX) kat pagar luar tu je,, hehe,,
      gurau jek🙂

  5. nuar berkata:

    adui…nk jugak letak kuala pilah die 2…😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: