Pabila ku lihat wajahmu ..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Hati.. Ya, hati ni.. kadang2 tiba-tiba je sebak.. kenapa ?? entah la.. sukar untuk digambarkan, susah untuk dizahirkan, payah untuk diceritakan .. aku lihat tu, aku sedih, aku lihat ni, aku menangis, aku tengok sana, aku resah, aku tengok sini.. em entah la, Ya Allah .. Ya, aku tidak sekuat Rasulullah, aku tidak setanding sahabat kesayangan Allah, aku tidak secekal mujahid fi sabilillah … tidak !! tidak layak untuk dibandingkan.. jauh !! sangat jauh..

Mulia sungguh orang-orang yg beriman.. mulia sungguh.. mati dalam ketenangan, syahid dalam keredhaan.. aku mengimpikan sume tu.. mengimpikan menjadi kesayangan Allah, menjadi pendamping Rasulullah.. Ya Allah, pasti aku tidak mahu ia menjadi hanya sekadar impian, sekadar angan-angan, tapi aku mahu ia menjadi kenyataan.. kenyataan yg bisa menjadi kegembiraan pabila ku berada dihadapanMu, Ya Rahman..

Sedih sungguh aku pabila melihat orang yg soleh.. aku sedih Ya Allah.. ku lihat wajahnya bercahaya, kelakuannya mulia, percakapannya menyentuh jiwa.. aku sedih, aku sedih jika aku tidak dapat menjadi sepertinya.. aku takut, aku bimbang.. setiap kali ku tenung wajah mereka, ku ingat Allah, setiap kali ku lihat perlakuannya, ku ingat Allah, setiap kali ku dengar percakapannya, ku ingat Allah.. semuanya ku ingat Mu, Ya Allah..

Sering kali menjadi pertanyaan dalam jiwaku, menjadi persoalan dalam sanubariku.. Pabila orang lain melihat ku, mereka ingat apa ?? menyaksikan tingkah laku ku, mereka ingat apa ?? mendengar bual bicara ku, mereka ingat apa ?? mereka ingat Mu ke, Ya Allah ?? mereka fikirkan kebesaranMu, ke, Ya Allah ?? mereka mahu menjadikanku sebagai qudwah di jalanMu ke, Ya Allah ?? mereka mahu berubah menujuMu ke, Ya Allah ?? ataupun… tidak Ya Allah, tidak !!

Aku mahu menjadi orang yg berIMAN, aku mahu menjadi orang yg berTAQWA, aku mahu menjadi orang yg paling hampir denganMu.. aku nak jadi semua tu Ya Allah.. semua sekali.. aku bukan nak jadi MUSLIM yg biasa-biasa, bukan MUKMIN semata-mata, tapi ku mahu menjadi RIJAL yg tsabat di jalanMu, Ya Allah.. ya!! tsabat.. tsabat..

Aku sedar, HUFFATUL JANNAH penuh dengan dugaan & cabaran, HUFFATUN NAR penuh dengan syahwah.. ku sedar itu ya Allah.. oleh kerana itulah ku mahu HIDAYAHMU, ku perlu BANTUANMU..

InsyaAllah, untuk menjadi RIJAL yg disegani RABBI, sudah ku janji dalam diri, sudah ku patri dalam sanubari, sudah ku katakana pada hati, akan ku usaha..pasti ku usaha..sudah tentu akan ku istiqamah dalam usaha.. Pasti, ya!! pasti..🙂

Alhamdulillah Ya Allah..

12 thoughts on “Pabila ku lihat wajahmu ..

  1. hariz berkata:

    Subhanallah..

    Aminn.. inshaAllah
    Sama2 kita menjadi rijal yang tsabat mudah2an.. sudah tentu ianya tidak mudah, kalau tidak, psti ramai sudah pemuda2 spt ini.. namun sbaliknya, golongan ini, teramat2lah kecil.

    yg psti, golongan inilah kelak akn beruntung, dn termasuk hamba2 yg dekat kpdNya..

    smoga kita trus ikhlas ya akh.. di situ, formula keistiqamahan..

    jzkk ats pkongsian..🙂

    • firdaus muhammad berkata:

      InsyaAllah.. ana setuju ngan enta,,
      keikhlasan adalah formulanya..

      moge2 kite antara yg termasuk dalam kelompok yg sedikit tu..
      amiinnn..

      syukran atas ziarah & kata2 yg penuh berhikmah🙂

  2. kiena berkata:

    insyaALLAH…. amin ya rabb…… (”.)

  3. Akmal Hakim berkata:

    Menunggu entri terbaru. =))

  4. Aina Amidin berkata:

    ~ salamun’alaik… Subhanallah walhwamdulillah..

    Antara banyak blog, blog inilah yg lain dari yg lain.. blog enta sangat sesuai di baca oleh ar-rijal zaman sekarang. Tidak banyak blog yg mcm enta.. yang isinya lebih kepada menjadikan diri sebagai rijal yang soleh.. Teruskan perjuangan.. smg Allah permudahkan enta..

    wassalam

    Kak Aina..

    • firdaus muhammad berkata:

      Wsalam,,

      Jazakillah ya ukhti..🙂
      segalanya datang dari Allah pengurnia ilham..
      saya masih belajar, masih berlatih dan bertatih lagi..

      syukran atas ziarah & komen..
      amat membina..
      Jazakillah🙂

  5. atikah berkata:

    salam,,

    sgt kagum ngn pe yg tertulis di ruangan ini..
    lately,, ati sy makin tbuke ntok mndekati islam..
    arap dpt mnjadikan blog ini sbgai slh stu smngt n inspirasi ntok sy..
    tankz~

    • firdaus muhammad berkata:

      wsalam..

      jazakillah hu khair.. blog ini bese2 sahaja..
      walaubagaimanapun terlalu bersyukur ana..
      Alhamdulillah..🙂

  6. mizaunic berkata:

    Assalamu’alaikum….nice blog…jmput ke blog sy jge…=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: