Jika benar ia berharga ..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

“Habis jek SPM maknanye MERDEKA la kita.. habislah penderitaan hidup.. yahoo !!”

Eh bukan begitu akhi, tidak semudah itu.. habisnya SPM bukan bermaksud tamatnya ujian dan rintangan, tapi itulah PERMULAAN sebuah kehidupan.. itulah PERMULAAN sebuah perjalanan..

Masihku ingat ketika tamatnya SPM aku dahulu.. penuh dengan kegembiraan, tak terkata gembiranya, tak terungkap riangnya.. SubhanAllah.. tak ingat result, tak ingat sekolah, apetah lagi masa depan.. Astaghfirullah.. pendek sungguh fikiran ketika tu.. tapi bagi aku, ia normal. Seorang pelajar sekolah yg baru di iktiraf menjadi alumni sekolah, ia normal bagiku..🙂

Kini, aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku bukan di sekolah lagi.. lama sungguh sudah kami tinggalkan.. lama benar sudah kami jauhkan.. kenangan & bayangan saja yg mampu kami kongsikan.. ya Allah, aku yakin, jika kami diberi peluang untuk ke sekolah kembali, pasti itulah peluang yg benar-benar kami hargai..

Tapi itu mustahil, itu bohong, dusta semata-mata.. mana mungkin masa yg sentiasa berjalan, tanpa toleh ke belakang sedetik pun ini, boleh diputar kembali.. jangan kata kembali sejam yg lalu, sedetik yg lalu pun pasti mustahil untuk dikembalikan.. ia hanya tinggal sejarah, hanya menjadi sebuah kisah..

Tapi itu bukanlah persoalan yg utama, malah ianya perbincangan yg biasa-biasa.. walaupun begitu, bukan juga bermakna ia harus dilupa, kerana kenangan yg berharga itu tidak mampu dibeli oleh sesiapa..

Sahabat seperjuangan..

Sejauh mana kenangan itu berharga ?? apakah ukurannya ?? Adakah Result ?? Pangkat ?? Populariti ?? Sumbangan?? Adakah semua ini ?? adakah dengan kecemerlangan kita dalam peperiksaan, tingginya pangkat dalam organisasi, menjadi Top List dalam populariti, menjadikan kenangan dahulu sebuah kenangan yg terlalu berharga dalam diri??

Oh TIDAK, saudaraku !! TIDAK !! Bukan itu ukurannya.. jika itu menjadi kayu ukurnya, sudah pasti pelajar sepertiku menganggap kenangan di zaman sekolah dahulu, adalah sebuah kenangan yg PERLU dilupakan.. pahit..hodoh..busuk..kenangan yg menyelubungi impian dan cita-cita..

Beruntung sungguh.. itu semua bukanlah ukurannya.. tidak sama sekali.. tetapi apakah ia ??

Bagi seorang pemuda harapan AGAMA & BANGSA, ukuran sebuah kenangan yg indah itu adalah sejauh mana ia mempertahankan perkara yg amat bernilai dalam diri sejak zaman persekolahannya.. itulah ISTIQAMAH.. Istiqamah mempertahankan IMAN & SAHSIAH.. itulah kenangan yg jika dikenang, pasti mampu mengalirkan air mata.. air mata kesyukuran.. air mata keinsafan..

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada rasa khawatir pada mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita..”

[Al-Ahqaf, 46:13]

Manis sungguh solat berjemaah bersama-sama, gembira betul dapat bertilawah Al-Quran bersama-sama, riang benar berUSRAH bersama-sama.. qiamullail, bacaan Al-Mulk, Ma’thurat.. study,bermain.. banyak lagi.. sume bersama-sama.. indah ukhuwah kami.. terlalu indah.. inilah kenangan yg tidak dapat kami lupakan..sungguh, tidak ku berdusta..

Aku yakin, kenangan manis ini tidak berharga jika ia tidak diteruskan sehingga kini.. di sekolah lah ia bermula, di sanalah ia penyuntik semangat agar terus membara, di situlah kita mengenal erti usaha mendekati-NYA..

Apakah sanggup untuk kita biarkan ia terkubur begitu sahaja ?? Lima tahun kita jaga, Lima tahun kita pelihara.. rugi sungguh jika ia pergi berlalu menjadi sisa.. Ya Allah, apakah hati ini telah menjadi tawar kepada amal soleh seperti itu ?? apakah jiwa ini sudah mampu tenang tanpa pengisian rohani seperti dulu ??

Dimanakah solat jemaahku ?? tilawah Quranku ?? qiamullailku ?? Ma’thuratku ?? hijab sempurnaku?? Dimana ?? Tanyalah diri kita semua dengan jujur dan ikhlas.. Dimana ?? Jika ia tidak ada dalam diri kita sekarang, ia sume dimana ?? Di mana ?? Disekolah dulu ?? Di Musolla ?? Di dalam dorm ??Mengapa sanggup kita tinggalkan semua itu di sana ?? apakah sudah cukup pahala yg kita kumpulkan selama lima tahun itu ?? cukup ke ?? cukup ?? ya Allah.. ampunkan dosa kami ya Allah..

“Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat(nya), dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang ??”

[Surah At-Taubah, 9:104]

Jika hari ini kita ‘terhantuk’, jangan tunggu esok untuk ‘terngadah’ .. jika hari ini kita terasa Hidayah Allah itu meresap dalam jiwa, jangan tunggu esok untuk perubahan itu bermula.. kita bimbang esok tiada lagi Hidayah itu sampai, kita takut esok tiada lagi semangat itu tiba..

Marilah kita jadikan kenangan bersama sahabat dulu itu, satu kenangan yg amat berharga, tiada tolok bandingnya, tiada ternilai harganya.. bayarannya untuk itu mudah, tapi mungkin agak sukar untuk diluah.. itulah ISTIQAMAH.. jika itu kita dapat lakukan, nescaya tiada apa lagi yg kita perlukan, di sebalik kenangan bersamamu, teman..

Coretan ini ku coretkan KHAS untuk sahabat-sahabat seperjuanganku, bukti ingatanku kepadamu..

Alhamdulillah ..

10 thoughts on “Jika benar ia berharga ..

  1. poksu berkata:

    btol jugak kan
    huuuu

    TQ (^_^)

  2. afeb berkata:

    trimas daus..
    kau mengingatkan aku kembali..

  3. Akmal Hakim berkata:

    Kerana selepas SPM itu aku cuba menyedari, aku menjadi apa aku sekarang. Bersama kesilapan dan kejayaan, aku redha apa yang berlaku.

    Heh, kenangan lama itu bukan sekadar memori. Ia adalah galeri, ketika mana memandangnya seketika ia sentiasa menjadi pengajaran.

    Dari bagaimana kita bersahabat,

    Bagaimana kita belajar,

    Bagaimana kita nasihat-menasihati,

    Mengejar perjuangan.

    Syukur, kerana Allah memberi rezeki bertemu kalian semua.

  4. afnan berkata:

    Subhanallah daus…best entri….

  5. fahmi diah berkata:

    rindu ko gk daus ensem

  6. Syafinaz Razak berkata:

    Salam…

    comment: Like🙂

    [lame tak blog walk kat cni..

    ape2 pun, thanks for this post…
    beri peringatan buat orang pelupa macamku…:D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: