Kamu Terpilih.. TAHNIAH !!

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

**********

“Assalamualaikum, semua..”

“Waalaikumussalam..”

“Apa khabar pemimpin-pemimpin pelajar yang di hadapan cikgu ini ?? Nampak ceria-ceria sahaja hari ini ?? Maaf atas kelewatan cikgu, tidak disengajakan..”

“Alhamdulillah, cikgu. Kami sihat sahaja, cuma sedikit terkejut dengan perjumpaan kita semua hari ini. Tidak pernah-pernah cikgu buat meeting tergempar macam ni, cikgu pun nampak tergesa-gesa, kenapa ya ?? penting ke cikgu ??”

“Ya la cikgu, selalunya dalam dua atau tiga hari awal, pasti cikgu akan inform kami terlebih dahulu, tetapi hari ini, baru dua atau tiga jam yang lepas, cikgu announced mengenai meeting ni..”

“Benar kata Mus’ab, cikgu.. tetapi cikgu janganlah bimbang, itu tidak bermaksud yang kami tidak selesa dengan meeting ni, bukankah kita semua sudah ibarat seperti keluarga, bukankah begitu sahabat-sahabat..??”

“Betul..betul.. jika ada apa-apa masalah, inform saja kami cikgu, kami sedia membantu..”

“SubhanAllah.. gembira hati cikgu mendengarnya.. kamu semua memang baik hati, selayaknya kamu menjadi pemimpin pelajar di sekolah ini..cikgu bangga dengan kamu semua..”

“Eh cikgu, tidak perlu puji-puji kami.. itu memang sudah menjadi tugas kami..”

“Alhamdulillah, gembira cikgu mendengarnya.. em, sebenarnya cikgu tidak mahu mengambil masa kamu, cikgu rasa eloklah jika cikgu straight to the point sahaja..”

“Betul..betul.. tetapi cikgu buat kami suspend lah.. hahaha..🙂 Apa perkara pentingnya, cikgu ??”

“Begini, cikgu sebagai Ketua Pelantikan Pelajar di sekolah ini, akhirnya telah membuat keputusan dalam pelantikan Ketua Umum untuk sesi tahun ini. Beliau akan menjadi ketua kepada kamu semua dan pelajar-pelajar yang lain.. Alhamdulillah, cikgu telah tekad untuk memilihnya..”

“Eh siapa pelajar bertuah itu cikgu ?? Pasti dalam kalangan kami juga kan ??”

“Mus’ab ke, cikgu ??

“Umair lah.. betul kan, cikgu ??”

“Pada pandangan saya, Anas lebih layak..”

“Umar bagaimana pula ?? Dia tidak kurang hebatnya..”

“Eh Tholhah rasanya, ya saya yakin, Tholhah !! tidak percaya, tanya cikgu..”

“Em saya menjangkakan Az-Zubair atau Abu Ubaidah Al-Jarrah..”

“SubhanAllah.. Pemimpin pelajar yang cikgu kasihi sekalian, cikgu sudah menjangkakan situasi ini, pasti kamu semua berharap,pasti kamu semua yakin, dalam kalangan kamulah yang bakal memegang tampuk kepimpinan di sekolah ini, bukan ??”

“Eh itu sudah pasti, cikgu.. tetapi kenapa ?? Adakah bukan kami yang bakal menjadi Ketua Umum, iaitu pangkat yang benar-benar kami idamkan itu ?? Bukan kami ke, cikgu ??”

“Maafkan cikgu, Abu Bakar.. Ya, benar.. bukan dalam kalangan kamu..”

“Ha !!!! Bukan kami ?? Tetapi siapa dia cikgu ??”

“Maafkan cikgu sekali lagi.. keputusan cikgu muktamad..”

“Siapakah dia ??? Adakah kami mengenalinya ??”

“Cikgu telah tekad, yang bakal menjadi Ketua Umum untuk tahun ini adalah sahabat sekelas kamu sendiri.. beliau adalah, Salman Al-Farisi..”

“Apa dia cikgu ?? Salman Al-Farisi ????”

“Adakah cikgu bergurau ??”

“Tidak, Muadz.. Cikgu serius..”

“Cikgu, sebelum cikgu umumkan Salman sebagai Ketua Umum di khalayak ramai.. saya ingin memberitahu cikgu sesuatu. Kami semua amat kenal siapa itu Salman Al-Farisi.. Saya juga amat yakin yang cikgu juga kenal siapa pilihan cikgu itu. Beliaulah pelajar yang paling banyak masalah. Suka merosakkan harta benda sekolah, habis semua kerusi, meja, papan kenyataan hancur dibuatnya.. Samseng !! Peraturan sekolah sukar dipatuhinya..”

“Benar kata Bilal itu, cikgu. Bukan itu sahaja, Salman mempunyai banyak rekod jenayah sekolah. Suka bergaduh, bergusti.. sampai berdarah pelajar dibelasahnya.. sampai pengsan pelajar dipukulnya..sungguh teruk dia cikgu.. Apakah orang sebegini yang cikgu mahu memimpin sekolah ?? Memimpin kami ?? Oh tidak, cikgu.. Tidak !!”

“Apakah kami ini tidak cukup layak untuk menjadi Ketua Umum, cikgu ?? Cikgu amat rapat dengan kami. Cikgu kenal siapa kami. Kami sentiasa patuh dengan arahan cikgu, arahan sekolah.. kami sentiasa menjaga keamanan dan kedamaian sekolah ini.. apakah ini masih lagi tidak cukup layak untuk kami dilantik untuk jawatan itu ?? Apakah sebabnya, cikgu ?? Nyatakan kepada kami..”

“Anak-anak murid cikgu sekalian, Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..”

“Apakah sebabnya, cikgu?? Saya berpendapat agar cikgu berfikir semula dengan keputusan cikgu itu..”

“Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu semua tidak ketahui..”

***********

SubhanAllah.. diri ini bukanlah seorang sasterawan terbaik untuk membuat analogy sebegini. Tetapi besar harapanku untuk membawa semua pembaca kepada satu persoalan. Jika kamu adalah Salman Al-Farisi, pelajar yang baru dilantik menjadi Ketua Umum, apakah perasaan kamu ?? Di tambah lagi, kamu mengetahui yang kamu dilantik dengan alasan gurumu, “Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..”

Kamu bukanlah pelajar terbaik, kamu pelajar bermasalah..pelajar yang dianggap penjenayah sekolah.. tetapi tiba-tiba terpilih menjadi pemimpin sekolah.. apa perasaan kamu ??

Sudah pasti perasaan terharu terbit jauh dari pelusuk hati, perasaan berterima kasih muncul jauh di sanubari.. apa tidaknya, seorang ‘banduan’ tiba-tiba diberi harapan..SubhanAllah.. kecil tapak tangan,nyiru ku tadahkan..

Diriku ingin bertanya kamu sekali lagi, apakah sanggup kamu, Salman Al-Farisi, melukai hati guru yang melantikmu dengan alasan, “Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..” ini ?? Apakah sanggup kamu mengecewakan seorang guru yang amat-amat mempercayaimu ini ?? Apakah sanggup kamu melanggar arahan seorang guru yang sanggup mengetepikan orang terdekatnya, semata-mata keranamu ini ?? Apakah kamu sanggup ??

Sudah tentu tidak, bukan ?? Tetapi jika kamu sanggup melakukannya juga, tidak ada perkataan lain yang layak bagimu melainkan kamu ini adalah KEJAM, TIDAK MENGENANG BUDI, SOMBONG.. apa lagi tohmahan yang layak bagimu ??

Kamu sendiri ada jawapannya..

**********

Kini, ku bawakan kamu sepotong ayat Al-Quran KHAS untuk tadabbur kita semua.. potongan ayat yang mampu mengetuk jiwa yang alpa, potongan ayat yang mampu membangkit kembali hati yang lupa..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, “Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi”. Malaikat berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Allah berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui..”

[Al-Baqarah, 2:30]

Ya Allah.. sahabatku sekalian.. kamu jelas apa yang ingin ku jelaskan ??

KAMU sedar ataupun tidak, KAMU adalah MAKHLUK yang TERPILIH.. Terpilih untuk menjadi KHALIFAH di bumi Allah ini.. TERPILIH dalam keadaan makhluk lain ingin memilikinya.. KAMU sedar ataupun tidak, KAMU ini MULIA.. KAMU dijadikan bukan SIA-SIA.. KAMU sedar ataupun tidak ??

Kamu terharu ataupun tidak, Allah memilihmu menjadi KHALIFAH, sedangkan kamu ini tidaklah setanding Malaikat ?? terharu bukan ?? berterima kasih, bukan ??

Jadi, apa yang patut kamu zahirkan atas bukti kesyukuranmu itu, atas terima kasih mu itu ?? Mematuhi perintah-NYA.. menjauhi larangan-NYA..berusaha mencari Redha-NYA.. bukankah itu sepatutnya kita lakukan..

Tetapi jika sebaliknya yang kita lakukan ??

Tidak ada perkataan lain yang layak bagimu melainkan kamu ini adalah KEJAM, TIDAK MENGENANG BUDI, SOMBONG.. apa lagi tohmahan yang layak bagimu ??

Kamu sendiri ada jawapannya..

Moga-moga sedikit peringatan ini menyedarkan kita betapa KASIHnya Allah kepada kita, betapa CINTAnya Allah kepada hambanya, betapa SAYANGnya Allah kepada umat Rasul-NYA..

Kami KASIH, kami SAYANG, kami CINTA,segala-galanya hanya untuk-Mu, Ya Allah..

Alhamdulillah..

19 thoughts on “Kamu Terpilih.. TAHNIAH !!

  1. kiena berkata:

    TAHNIAH!! CONGRATS!! MABRUK!!
    memg KAMU terpilih utk menulis cerita sehebat ni!!!
    subhanALLAH!!!! (“,)

    • firdaus muhammad berkata:

      SubhanAllah..
      TAHNIAH !! Congrats !! MABRUK !!
      mmg KAMU terpilih untuk membaca post ini.. =)

      syukran !!

  2. aireensamirah berkata:

    Subhanallah. Menarik analogi tu.🙂
    Tak pernah lagi terfikir sebelum ni.

    p/s: cuma satu je, jawatan Ketua Umum dan Penolongnya bukan lah jawatan idaman wahai Firdaus. Berat sekali memikulnya. huhu.

    • firdaus muhammad berkata:

      Em saya tidak pernah memegang apa2 jawatan semasa di PEDAS dulu..
      sbb itu saya tidak tahu jawatan itu bukan jawatan IDAMAN..🙂

      thanks sudi lawat + komen..🙂

  3. aminbaek berkata:

    subhanallah..

    betapa banyak diri ini mensia siakan amanah yang diberi…astagfirullah..

  4. akhi……
    nanti ada kesempatan, ana baca ea.. hehe

    • ok akh,
      dh baca.. hehe. afwan, ana gurau je sblm ni.

      jzkk akh.
      anologi yg mnarik!

      bnduan yg diangkat pmimpin….? kitakah itu? huhu

      “… sesungguhnya Aku mengetehui apa yang tidak kamu ketahui.” (2:30)🙂

      • firdaus muhammad berkata:

        huhu.. xpe la, gurau2 tu pemanis UKHUWWAH.. cehh🙂

        jazakAllah sudi bace & komen,,
        moga benar2 memberi manfaat kepada kita semua,,
        InsyaAllah..🙂

  5. sarah maimun aqsha berkata:

    great post!~

    Allah memilih manusia bertujuan memikul tanggungjawab yang besar~

    Sungguh Allah telah menjelaskan amaranNya bagi insan bergelar manusia menerusi firmannya:

    “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuwatir tidak akan melaksanakannya(berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh”
    (al-Ahzab:72)
    Wanauzubillah!~

    mungkin selepas baca ayat ini,kita mulai rasa bimbang,namun,kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaannya,baca ayat seterusnya,

    “sehingga Allah akan mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, orang-orang
    musyrik,laki-laki dan perempuan, dan Allah akan menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang”
    (al-Ahzab:73)

    Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diberikan petunjuk~amin ya rabb!

    • firdaus muhammad berkata:

      great respond!~

      SubhanAllah.. Jazakillah..
      betul ape yg dicakapkan tu..
      moge2 kitalah antara orang2 yg berIMAN & orang yg diterima TAUBATnya..
      syukran..🙂

  6. azami berkata:

    tahniah..
    anta seorang yang dianugerahkan satu pemikiran yang kreatif…
    harap..jgn di sia-siakn..

  7. Akmal Hakim berkata:

    Assalamualaikum daus,

    Heh, permulaan aku membaca cerita ni, terfikir tentang Mesir (Walaupun pengakhiran cerita bermaksud yang lain)

    Terfikir, kenapa di bumi Anbiya’ itu sepatutnya kepimpinan itu diterajui oleh orang yang tinggi akhlaknya, siqahnya, ilmu agamanya, tetapi kenapa Allah menjadikan Hosni Mobarak itu presidennya?

    Itu sebenarnya adalah hikmah yang besar bagi kita, khususnya umat Islam di Mesir sana. Adapun dengan berita-berita yang keluar adalah satu titik satu dunia mula mengenali siapa Ikhwanul Muslimin, siapa pemimpin yang tak baik, apa revolusi sebenar dsb.

    Daripada itu juga kita dapat tahu, bagaimana kuatnya ikhwan-ikhwan sana, disebabkan desakan dan tekanan bagi pihak penentang, dan mungkin itulah tarbiah dan taktik Allah sebenar yang mungkin membawa pengakhirannya iaitu, kepimpinan politik negara berdasarkan tarbawi, juga kita dapat jadikan Mesir satu hari sebagai negara islam yang memimpin negara-negara Islam yang lain.

    Hikmah itu terlalu besar bukan?

    Terima kasih kerana berikan aku catalyst ini!

    • firdaus muhammad berkata:

      Waalaikumussalam mal..

      Ya Allah, bagus jugak pendapat ko tu..
      Setuju sangat2..
      Allah xbagi Ikhwan pegang tampuk kepimpinan pada awalnya, bukanlah satu kekurangan bagi ISLAM,,
      tapi merupakan satu kejayaan bagi umat ini.. InsyaALLAH..

      Jika Ikhwan di sana telah & sedang menjalankan tanggungjawab mereka bersungguh-sungguh,
      mengapa kita tidak begitu ?? Inilah yg harus kita fikirkan bersama-sama..

      Moga kita lebih bersemangat dari mereka !!
      InsyaAllah..

      JazakAllah, mal🙂

  8. permata ibu ayah berkata:

    wah bagusnyer! ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: