Tersungkur di bumi..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

"La Tahzan, InnAllah ha ma'ana.."

Tension.

Bermasalah.

Keliru.

Kecewa.

Sedih.

SubhanAllah.. siapa sahaja yang tidak mengalami masalah sebegini. Itu perkara biasa, malah kadang-kadang ia berlaku hampir setiap hari, setiap ketika.

Aku juga begitu.

Entah lah. Mungkin itu adalah lumrah kehidupan bagi seorang pelajar, lumrah ujian bagi seorang lelaki, lumrah cabaran bagi seorang da’ie.

Setiap ujian, dugaan dan cabaran itu memang jika dilihat dari zahirnya, amat membebankan, amat meletihkan, amat memenatkan. Tiada siapa mahukannya, tiada siapa mengharapkannya.

Tetapi siapa kita untuk mengelak darinya ?? siapa kita untuk menidakkannya ?? Kita hanyalah insan biasa, insan yang lemah lagi tidak bermaya.

Walaubagaimanapun, ketahuilah.. setiap masalah itu adalah ujian, setiap kekecewaan itu adalah ujian, setiap kesedihan itu adalah ujian, dan setiap ujian itu adalah indicator taraf keimanan setiap insan.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak lagi diuji ??” [Al-Ankabut, 29:2]

Ya !! Hubungan antara ujian dan Iman itu tidak dapat dipisahkan. Anda percaya ataupun tidak, kamu menerima ujian kerana ALLAH mencintai kamu, kamu mengalami kesedihan dan kekecewaan kerana ALLAH mengasihi kamu.. kamu percaya ataupun tidak ??

Apabila kamu di uji, IMAN mu teruji. Apabila kamu berjaya harungi, pasti darjatmu disisi RABBI menaik tinggi. Tetapi jika dirimu gagal harungi, usah bimbang wahai makhluk yang bergelar insani, kerana ALLAH masih menerima taubatmu sehingga ajalmu tiba menanti.

Cinta Allah tiada tolok bandingnya

ALLAH menguji untuk memelihara IMAN dan TAQWA mu. Besar sungguh pengharapan kita kepada ALLAH apabila di uji, tinggi sungguh tawakal kita kepada ALLAH apabila di uji. Sungguh, kasihnya Allah kepadamu. Allah benar-benar ingin memeliharamu dari segala perkara yang menjauhkan diri mu dari Syurga-NYA.

Oleh kerana itu, jadikanlah Allah teman untuk kamu mengadu segala masalah. Jadikanlah Allah tempat mu bergantung menghadapi segala masalah. Jadikanlah Allah untuk kamu meminta pertolongan apabila kamu di uji dengan masalah.

Allah amat sayang kepada hambanya yang mengadu kepada-NYA, Allah amat cinta kepada hambanya yang berserah kepad-NYA, Allah amat kasih kepada hambanya yang meminta pertolongan kepada-NYA.

“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepadaNya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” [Hadis riwayat Tirmidzi]

Jadi, mengapa kamu begitu sombong untuk melupakan-NYA, mengapa kamu begitu angkuh untuk mengetepikan-NYA, mengapa kamu begitu takabbur untuk melepaskan segala cinta, kasih dan sayang dari-NYA ??

Didiklah dirimu supaya pertama sekali yang kamu ingat apabila diuji, adalah ALLAH..

Tarbiyahlah dirimu agar pertama sekali yang kamu ucapkan apabila diuji, adalah INALILLAH HI WAINNA ILAIHI RAJI’UN..

Biasakanlah dirimu agar apabila dirimu diuji, kamu menjadikan senjatamu adalah doa, perisaimu adalah tawakal, redha dengan ketentuan ALLAH itu adalah kekuatan dalam dirimu.

Mintalah kepada ALLAH, PASTI Allah kabulkan permintaanmu..

Kesimpulannya, yakinlah bahawa ALLAH itu amat sayang akan hambanya, Allah itu amat cinta akan makhluknya.. kembalikanlah segala masalahmu, dugaanmu, ujianmu, kepada Allah..

BERIMAN dan BERTAQWA lah kepada ALLAH, nescaya kamu menemui jalan keluar dari segala belenggu yang membelenggumu.. YAKINLAH !! PERCAYALAH !!

“..barangsiapa yang BERTAQWA kepada ALLAH, nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya, dan DIA memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka..” [At-Talaq, 65:2-3]

Alhamdulillah ya Allah…

13 thoughts on “Tersungkur di bumi..

  1. roomate berkata:

    ya, sesgguhnya dugaan itu merupakan tanda kasihnya allah buat kita tanpa kita sedri betul?

    p/s: akhirnya enta update jugak blog enta ni.. hehe.. nice post..

  2. roomate baru berkata:

    salam akhi..ana roomate baru anta..hehe..
    moga ujian yang hadir mematangkan dan meneguhkan kita di atas jalan Allah ini

    • Huffatul Jannah berkata:

      wsalam..

      huhu.. ye2.. roomate baru..
      insyaAllah.. moga enta juga begitu..🙂

      jazakAllah hu khair, akh..🙂

  3. housemate berkata:

    salam..

    housemate.. hehe.
    ujian, dn ujian. ia mngingatkan kita jga, ttg hidup dunia yg xakan pernah sempurna. syurga shjlah sbaik2 tmpt kmbali.

    teruskan menulis… semoga mmberi manfaat kepada yg mncari~

    -hariz

    • Huffatul Jannah berkata:

      wsalam..
      housemate.. hehe🙂

      insyaAllah akh, ana akan terus menulis selagi tangan ni mampu untuk menaip..
      harap juga enta terus menulis,
      sebab ana perlukan penulisan enta sebagai bahan ilmiah untuk diri ana.. hehe🙂

      Syukran ..🙂

  4. VioletOrchid berkata:

    ya Rabbi
    selimuti saudaraku ini dgn kemuliaanMu
    cabutkan sgl kedukaan dan keresahan dari hatinya
    gntikanlah dgn ketenangan
    bukakanlah pintu rahmatMu buatnya
    mudahkanlah langkah kakinya di jalanMu
    jgn biarkannya terus tersungkur
    bangkitkanlah dia kembali dalam kelembutan belaianMu
    peluklah dia dgn rahmat dan kasih sygMu
    serta sematkanlah benih2 ketabahan di hatinya

    moga Allah mudahkan sgl urusan dan menyayangimu
    setiap saat dan ketika!

    • Huffatul Jannah berkata:

      Amin Ya Allah..

      Jazakillah hu khairan kastira..
      SubhanAllah, syukran atas doa..
      moga atas dirimu juga begitu..

      moga dipermudahkan segala urusan,
      dianugerahkan ketenangan, diberikan keberkatan, dilimpahkan kerahmatan,
      diatas landasan redha Ar-Rahman,
      dalam setiap kehidupanmu..

      Amin Ya Rabbal Alamin..🙂

  5. piipy berkata:

    hatiku tenang lpas baca post ni…
    mintak izin share :)) tq

    • Huffatul Jannah berkata:

      Alhamdulillah..
      saya izinkan sesiapa jek nak share..
      xkesah pun apa2 post..
      terharu jika ada sesiapa nak share..🙂

      jazakAllah hu khair..

  6. hani berkata:

    assalamualaikum daus..
    smga Allah sntiasa memberikn ilham dan idea utk terus menulis..
    utk orang seperti sy..msh mencari2 cinta Allah…
    smga daus mndapat kejayaan dunia dan akhirat..
    syukran=)

    • Huffatul Jannah berkata:

      waalaikumussalam..

      insyaAllah, diri ini akan terus menulis selagi Allah pengurnia ilham mengizinkan idea mencurah ke fikiran..
      doa2 kan la ye..

      syukran🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: