Selamat Hari Pekerja, Students !!

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Selamat Hari Pekerja, wahai pelajar semua !!

Selamat menyambut Hari Pekerja.

Tanggal 1 Mei setiap tahun, Negara kita meraikan jasa-jasa dan pengorbanan semua rakyat Malaysia yang bekerja. Penat lelah mereka dirai, keluh kesah mereka dihargai, dan hempas pulas mereka diingati.

Itulah Hari Pekerja.

Tidak kira sejauh dan setinggi mana jawatan mereka, dari setinggi-tinggi pangkat, sehinggalah serendah-rendah darjat dalam semua bidang pekerjaan sekalipun, mereka tetap dirai pada hari ini.

Sungguh harmoni negaraku. Ya, sungguh harmoni. Alhamdulillah, dan pasti segala kesenangan dan kegembiraan ini, ku panjatkan kepada Si Pemberi, Allah hu Rabbi.

Satu persoalan yang ingin ku lontarkan pada kali ini. Buatmu, PEMUDA khususnya.

Adakah kita sedar akan satu hakikat, kita yang sebenarnya digelar sebagai pelajar ini, juga seorang pekerja ?? Kamu sedar akan hakikat ini ??

Ya !! Jurutera itu pekerja, guru itu pekerja, doktor itu pekerja, cleaner itu pekerja, dan pegawai keselamatan itu juga pekerja. Itu ibarat sudah terang lagi bersuluh. Kita sedar akan hakikat mereka sebagai pekerja.

Mengapa ?? kerana mereka mempunyai MAJIKAN. Mereka bekerja dibawah arahan MAJIKAN. Mereka mendapat upah atau gaji berdasarkan usaha dibawah pantauan MAJIKAN. Mereka memang layak di gelar pekerja.

Tetapi wahai PEMUDA, adakah kamu sedar yang kamu juga seorang pekerja?? Mengapa ?? kerana kamu juga mempunyai “MAJIKAN”. Kamu juga bekerja dibawah arahan “MAJIKAN”. Kamu juga mendapat ganjaran berdasarkan usaha dibawah pantauan “MAJIKAN”. Kamu sedar akan hakikat ini??

Siapa “MAJIKAN” kita ??

Tidak lain dan tidak bukan, ALLAH lah “MAJIKAN” kita.

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku..” [Surah Adz-zariyat, 51:56]

Kerdilnya aku di sisiMu, Ya Allah..

Tidak kira siapa pun kamu, jika kamu bergelar makhluk ALLAH, kamu sebenarnya bekerja hanya untuk ALLAH. Setiap gerak gerimu, hanya untuk ALLAH. Segala-galanya, hidup dan matimu, hanya untuk ALLAH.

Percayalah wahai PEMUDA, kamu adalah pekerja, pekerja untuk ALLAH.

Jika kamu bekerja dibawah majikan seorang manusia, PASTI kamu amat menjaga segala pantang dan larang yang digariskan oleh majikanmu itu. Kenapa ?? kerana dia sahaja yang layak memberi gajimu, dia yang layak memecatmu. Jika dia tidak menyukaimu, pasti gelap masa depanmu, bukan??

Tetapi mengapa semangat ini kita tidak lakukan apabila bekerja untuk ALLAH ??

Allah juga ada ketetapannya. Setiap arahan dan perintahnya, MESTI dituruti. Setiap undang-undang yang disyariatkan, MESTI dipatuhi. Setiap larangannya, MESTI dijauhi. Kenapa ?? kerana DIA sahaja yang layak memberi ganjaran REDHO-NYA kepadamu, DIA yang layak memberi HIDAYAH-NYA kepadamu. Jika DIA tidak menyukaimu, pasti gelap masa depanmu, bukan ??

Oleh itu, jadikanlah ALLAH “MAJIKAN” di hatimu. Jika itu yang kamu lakukan, PASTI gerak kerjamu lebih berkesan.

Jika kamu seorang polis, pasti kamu takut melakukan rasuah. Mengapa?? Kerana kamu tahu ALLAH sedang memperhatikanmu, ALLAH sedang menilai IMANmu, ALLAH sedang menguji TAQWAmu.

Jika kamu seorang pelajar, pasti kamu bimbang jika tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Mengapa ?? Kerana kamu tahu ALLAH mencintai orang yang gigih menimba tsaqafah, ALLAH mengasihi orang yang tidak mudah menyerah kalah, ALLAH menyayangi orang yang menjadikan medan ilmunya sebagai medan DAKWAH.

Itu semua akan berlaku, jika kamu menjadikan ALLAH sebagai “MAJIKAN” mu.. jika kamu menjadikan ALLAH sebagai PEMANTAU amalan-amalanmu..

ALLAH, kepadaMu tempat kami meminta..

Satu perkara lagi yang perlu kita tanamkan dalam hati. ALLAH itu sekali-kali tidak sama dengan majikan-majikan yang kita kenali. Belas kasihan-NYA jauh lebih tinggi, kasih sayang-NYA jauh lebih disegani, cinta-NYA jauh tidak terbahagi. Itulah ALLAH. Itulah RABB yang layak disembah.

Abu Hurairah berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbahagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya, dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya.. [HR Muslim]

Ayuh wahai PEMUDA !! Jangan kita terus leka dalam lena. Jangan kita terus alpa dalam lupa. ALLAH sentiasa mencintai hamba-hamba-NYA. ALLAH sentiasa menerima kepulangan kita di atas Jalan-NYA. ALLAH sebaik-baik pergantungan yang kita ada..

Cintailah DIA, kasihilah DIA, sayangilah DIA.. PASTI kejayaan dunia sedia tercipta, kejayaan akhirat sedia terpelihara..

8 thoughts on “Selamat Hari Pekerja, Students !!

  1. aminbaek berkata:

    salam akh..

    teringin untuk menjadi “pekerja” yang cemerlang…huhuh

    Selamat Hari Pekerja!!hehe

  2. VioletOrchid berkata:

    pendekatan yang menarik, firdaus
    dah lama bekerja rupanya
    bekerja di dunia untuk akhirat.

    p/s: VO’s yahoo akaun ade mslh
    tak boleh nak forward quotes lagi sementara ini:(

    • Huffatul Jannah berkata:

      salam..

      hehe.. memang dah lama bekerja pun..
      cuma kita tak sedar sangat..🙂

      p/s: oh ye ke.. patutla dah lama xbaca quotes..🙂

      syukran jazilan..

  3. Sarah Maimun Aqsha berkata:

    Thanks 4 da sharing,subhanallah!

    it makes me reviving back the contents in Surah Al-Mu’minun:)

    “Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Qur’an) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. Atau kamu MEMINTA UPAH kepada mereka? Maka UPAH DARI TUHANMU adalah lebih baik, dan Dia adalah Pemberi rezeki Yang Paling Baik. (Al-Mu’minun 71- 72)

    no wonder His words are all about “apa yang kamu KERJAKAN?(Al-Mu’minun: 51)” kerana setiap perbuatan kita akan dinilai~nastaghfirullah..
    *reminding myself above others*

    • Huffatul Jannah berkata:

      SubhanAllah..

      Syukran juga atas sharing..
      peringatan tuk sume..

      Agar diri ini menjadi insan yang benar2 ‘bekerja’ dan IKHLAS hanya untuk-NYA..
      moga Allah pilih kita menjadi hamba yang terpilih untuk mendapat Redho-NYA..

      Amiinn..🙂

  4. hani berkata:

    ALHAMDULILLAH..SY BRU HABIS MENATAP N MEMBACA ..
    terima kasih…
    mdh-mdhn kte semua mmpu bekerja di sisi Allah dgn hati yg ikhlas..

    =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: