Segalanya adalah TERBAIK !!

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku yakin, inilah yang TERBAIK !!

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Yakinlah !! Apa yang ada pada diri kita sekarang, kita sendiri pun tidak mampu untuk merancang. Segala-gala yang telah Allah takdirkan kepada kita, itulah yang TERBAIK.

Ya !! itulah pegangan ku selama ini.

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui selama lebih 20 tahun aku berpijak di atas muka bumi Allah ini. Terlalu banyak. Tetapi aku yakin, segalanya bukanlah untuk menjatuhkanku, bukan juga untuk menjauhkanku, tetapi itulah wasilah untuk ku berada lebih dekat dengan Penciptaku, berada lebih hampir kepada Cinta Hakiki ku..

Alhamdulillah.. Aku sayangmu, Ya Allah.. Aku cintamu, Ya Allah.. tidak mampu ku ungkapkan.. apatah lagi untuk ku zahirkan..

Segala-galanya baik bagi ku.. apa sahaja yang berlaku kepadaku, aku yakin, itulah yang TERBAIK, itulah yang PALING BAIK !! Aku yakin, Ya Allah. Aku yakin !!

Ya Allah, ikhlas dan tsabatkan lah hati-hati kami..

Sewaktu aku baru tamat UPSR, masih segar di ingatanku lagi. Di waktu anak-anak lain dipaksa ke sekolah berasrama, tetapi aku memaksa ibubapaku menyekolahkan ku di sekolah berasrama. Tetapi aku akur. Aku bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. Ketika itu, mungkin krisis kewangan melanda keluargaku, aku tidak berkesempatan berada di sekolah idaman. Kos asrama dan tambahan-tambahan lain antara faktor impianku ditolak. Luluh hatiku ketika itu. Hari pertama Tingakatan 1 ku di sekolah harian biasa, di sekolah yang siapa-siapa sahaja boleh memasukinya. Apakan daya, itu nasibku.

Percaturan Allah itu lebih hebat.

Asbab ibubapaku simpati kepadaku, akhirnya seminggu selepas itu, Allah mentakdirkan ku bersekolah di sebuah sekolah asrama di pedalaman. Gembira sungguh hatiku, riang sungguh jiwaku. Meskipun mendaftar dengan hanya berhutang, tetapi itulah titik permulaan untuk ku berjuang di jalan ILMU ini. Alhamdulillah, Ya Allah.

Aku bukan dari kalangan orang berada. Masihku ingat, di saat rakan-rakan lain pulang ke asrama dengan menaiki kereta, tetapi aku pulang menaiki lori. Itulah yang kami ada. Alhamdulillah. Ayahku dahulunya pemandu lori. Itulah transport kami sekeluarga. Asset yang berharga tidak akan aku lupa jasanya.

Segalanya adalah TERBAIK.

Kesusahan keluarga ku menjadikan aku lebih gigih berusaha, lebih rajin menimba. Aku ingin merubah keadaan keluargaku. Itulah impian ku dahulu. Sehingga kini, impian itu masih terpatri di hati.

Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan menembusi hati yang dipenuhi maksiat..

Selepas keputusan PMR diumumkan, aku merancang ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah. Allah izinkan. Aku ditawarkan ke sebuah sekolah yang agak terkenal di Negara ini. Gembira sungguh ibubapaku. Harta tidak mampu ku berikan, hanya itu yang mampu ku hadiahkan.

Bukankah perancangan Allah itu lebih baik.

Aku tidak diizinkan Allah ke sana. Tetapi Allah memilihku untuk ke sebuah sekolah agama. Dahulu ku tidak mengerti sebabnya, tetapi hari ini baru ku tahu hikmahnya.

Sekolah agama inilah yang mengenalkan ku apa itu Ma’thurat, apa itu Usrah, apa itu Kuliah. Sekolah ini jugalah yang mengenalkanku sahabat-sahabat baik yang tidak pernah ku sangka kehadirannya.

Jika Allah izinkan ku ke sekolah asrama penuh itu, apakah aku bisa mendapat apa yang aku telah dapat ini ??

Aku tiada jawapannya.

Yang pasti, aku yakin, inilah yang TERBAIK.

Kerana Kau cinta, Kau duga..

Sewaktu aku di tingkatan 5, pengetuaku berjanji. Barangsiapa yang memperolehi 12A1 dalam SPM, Pakej mengerjakan Umrah akan dihadiahkan kepadanya.

Ya Allah.. Kau sahaja tahu betapa aku inginkan hadiah itu. Aku tahu, susah sungguh untuk ku pergi menunaikan umrah dengan kewangan ku sendiri. Aku sedar status diriku, aku bukan orang senang. Jadi, tidak pernah putus doaku untuk mendapat keputusan semaksimum itu dalam SPM ku.

Setiap kali aku nampak kapal terbang, pasti aku kata dalam hati, β€œAku akan naik kapal terbang suatu hari nanti”.. aku ingin kerjakan Umrah, jadi sudah pasti aku dapat naik kapal terbang. Waahh !! tinggi betul impianku dahulu, setinggi kapal terbang itu.

Perancangan Allah itu lebih hebat !!

Aku tidak berjaya mendapat 12A1. Aku tidak diiznkan Allah untuk ke Baitullah. Aku tidak diizinkan Allah untuk menaiki kapal terbang. Semuanya Allah tidak izinkan. Semuanya aku tidak dapat. Apa yang aku dapat ??

Menggembirakan hati kedua ibubapaku. Ya !! hanya ini. Tetapi ia sudah cukup bermakna bagiku. Alhamdulillah..

Aku tahu, jika aku diizinkan menunaikan umrah, pasti ketika itu aku tidak bersedia. Takut sia-sia sahaja umrah ku itu. Jika ku berjaya menaiki kapal terbang itu, pasti aku berbangga. sudah pasti, kotor sungguh hatiku..😦

Oleh kerana itu Allah tidak izinkan. Aku yakin, Ya Allah.

Aku yakin inilah yang TERBAIK !!

as long as there is desire, as long as there is time, i'll do my BEST !!

Sewaktu aku memilih tempat untuk ku sambung pelajaranku, tempat pertama dalam impianku adalah untuk ke luar Negara. Aku ingin benar ke luar Negara. Selain dapat menaiki kapal terbang, aku juga dapat belajar di tempat orang. Aku ingin sangat. Sangat-sangat ingin.

Bukankah telah ku katakan, perancangan Allah itu lebih hebat !!

Allah tidak izinkan ku ke luar Negara. Keputusan interview aku mengecewakan. Aku tidak layak ke sana. Allah sahaja tahu hatiku ketika itu. Hanya Allah. Allah sahaja.

Allah menurunkan hujan, untuk menghadiahkan kita pelangi.

Hampir sama keadaanku sebegitu. Allah menggagalkan ku ke oversea, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan ku sebuah tempat belajar yang tidak pernah ku sangka. Alhamdulillah.. meskipun ia tidaklah sehebat di oversea mahupun mana-mana kolej di negara ini, tetapi ia sudah cukup untuk mengekalkan ku istiqamah di jalanMu.. Alhamdulillah..

Allah, Allah, Allah..

Sehingga kini, Allah sentiasa mengujiku. Kesan Tarbiyah dari Allah ini sebenarnya meneguhkan lagi sayangku kepadaMu, menebalkan lagi cintaku kepadaMu, Ya Allah..

Aku yakin !! Aku percaya !! Segala-gala ketentuanMu ini adalah yang TERBAIK untuk ku !! Sangat TERBAIK !! Aku sendiri pun tidak mampu merancangnya.

Saat hajatku dimakbulkan itu, ia adalah TERBAIK untuk ku, dan ketika impianku tidak dipenuhi oleh Mu itu, itu juga adalah TERBAIK untuk ku.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala-galanya.. Terima kasih.. Terima kasih..😦

30 thoughts on “Segalanya adalah TERBAIK !!

  1. aminbaek berkata:

    huhuhu..salam

    sebak ana baca entry ini..

    benar..semuanya berhikmah..
    teringat juga di saat menolat tawaran ke oversea satu ketika dahulu…
    rsa mcm,down je..pulak tu kos yang menjadi idaman dari sekolah..

    tp perancangan Allah lebih hebat.Alhamdulillah.Bersyukur dengan perancangan Allah untuk membiarkan ana study di sini.dapat kenal ramai kawan2 yg soleh dan dll.Jika ke oversea,apa yang akan jadi?Allahuallam…

    • Huffatul Jannah berkata:

      wsalam..

      Ana suka pandangan enta, akh..
      Alhamdulillah, inilah yang TERBAIK !!

      jazakAllah hu khair.. πŸ™‚

      • HIDAYAH HILAL berkata:

        tahniah..ingin menjadi fisibilillah akan mengharungi dugaan istimewa dari Allah SWT..kurang dan terlebih dari Allah SWT…terpulang bagaimana perhubungan kita dengan Allah SWT..

        NGO ISLAM SELANGOR
        PERSATUAN ANAK-ANAK KAPAL KABIN MUSLIM HIDAYAH HILAL

        • Huffatul Jannah berkata:

          subahnAllah..
          syukran atas peringatan dan nasihat..
          saya amat hargai..

          salam perkenalan juga,
          pertama kali saya dengar NGO Islam ini..
          terima kasih sangat2 sudi ziarah..πŸ˜€

  2. peace suleiman berkata:

    daus…sedih lah bace cte ko nie….

    • Huffatul Jannah berkata:

      peace,
      main point aku berdasarkan tajuk tu..

      juz example aku amik citer aku..
      tak taw camne nak explain..

      harap dapat lah manfaatnya..
      insyaAllah..

      thanks sudi baca..πŸ™‚

  3. VioletOrchid berkata:

    VO pun sayu je baca entry ni
    jarang2 org dapat ni
    pentarbiahan direct drpd Allah
    uhm..or maybe kita je yg tak sedar
    Allah tgh tarbiah kita.

    i always thot tat i had the worst life
    but eventually it’s just my feeling.

    • Huffatul Jannah berkata:

      it’s juz our feeling..
      suka ayat tu..πŸ™‚

      Sebenarnya setiap dari kita mendapat ujian dari Allah..
      cuma takut2 kita jek yg xsedar,
      kita fikir Allah sedang membebani, tetapi sebenarnya Allah sedang menguji..

      syukran..πŸ™‚

  4. asiah berkata:

    alhamdulillah, ujian itu nikmat buat kita sebagai HAMBA..

    sebagai renungan yang memberi ruang untuk berfikir,
    redha atau mengeluh,
    terima atau putus asa,
    inilah sikap seorang HAMBA~…

    semoga kita menjadi hamba-hamba yang bertaqwa~..insyaALLAH

  5. Roy Islamic berkata:

    alhamdulillah..=)

  6. Nur Farhanis Assila berkata:

    salam,
    terase lame x singgah kat blog ne…sdeyh jgak mse bace tulisan daus ne..
    ade beberape kisah di atas same dgn kisah sdr..terutama part nk masuk skolah berasrama penuh n akhirnya ditawarkan ke skolah agama..cuma,alhamdulillah..rezeki naek kapal terbang tu dh diberi-Nya.
    teringat pesan seorang sahabat,”belajarlah mencari hikmah”(rse taw kot sape)..daripada pesanan ne,barulah “nampak’ asbab Dia x tunaikan kehendak/permintaan/idaman suatu ketika dahulu..dalam kita merungut kenapa tidak diberikan anugerah seperti orang lain,sebenarnya Dia punya rencana yg lain..betol,sbb segalanya adalah TERBAIK..[2:216]. Bilamana Dia menolak hajat,permintaan dan kadangkala mengecewakan kita,Dia lebih tahu..dan dari situ juga lebih belajar untuk lebih bersangka BAIK pada-Nya..salah satu kebaikan jika DIA x kabulkan permintaan kita,itu tandanya DIA ajar kita supaya lebih kuat dan lebih berusaha,betol x??πŸ™‚ [2:286]..
    Moga terus istiqomah sahabat berada dalam saff perjuangan ini..[47:7], moga suatu hari nanti Allah kabulkan hajat naek kapal terbang yg dh lame diidam-idamkan =)

    • Huffatul Jannah berkata:

      wsalam..

      SubhanAllah.. syukran atas peringatan berguna tuk sume..
      Terima Kasih atas “ayat2 cinta” Allah yg mengingatkan diri ni..

      Amiin.. kdg2 terfikir jugak, terasa cam budak kecik jek nak naik kapal terbang.. huhu..
      tapi impian yg dah lama terpendam, ssh tuk diketepikan..πŸ™‚

      p/s : “belajarlah mencari hikmah”.. em xtaw la sapa yg cakap.. xingat.. asif..πŸ™‚

  7. abc123 berkata:

    bismillah..
    we never know what will happen in our life. as time pass by, we plan and plan, but when it comes to results, Allah never failed to plan something good for us, i.e. what we really need.

    it doesnt really matter where we are now, but its best when we look back and ponder upon the things that Allah have gave us, its sure the best. insyaAllah.. with all trials, and frustration on the planned things that never come true, Allah give us something underlining it, maybe as a lesson of life, maybe as a strength to move on.

    thanks for stopping by my blog. not many people wanna stop by anymore. heh. i wish u all the best, firdaus.
    may Allah bless u.
    πŸ™‚

    • Huffatul Jannah berkata:

      abc123,
      syukran for ur GREAT comment..
      very motivated.. im appreciate it very much !!

      Verily, With Hardship Comes Ease

      absolutely !!
      i know, Allah always with me..
      from time to time, i have learnt a lot of things..
      doesn’t matter, it’s good or bad,
      dat’s THE BEST for me..

      syukran for ur respond !!
      may Allah bless u tooπŸ™‚

  8. muallaf berkata:

    kata2 semangat :

    aku mnta kpd Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri..Aku mnta kupu2, diberi ulat berbulu..
    aku sedih dan kecewa..namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali.. dan ulat itupn m’jd kupu2 yg cantik..Itulah jalan Allah, indah pada mase yg ditetapkanNya.
    Allah tidak memberi apa yang kta harapkan, tp dia memberi apa yg kta perlukan..kadang kala kta rsa sedih dan kecewa, terluka, tapi jauh di atas sana Dia sdg mngatur yang terbaik dlm kehidupan kita

    • Huffatul Jannah berkata:

      Syukran jiddan..πŸ™‚

      ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui… |Surah Al-Baqarah, 2 :216|

      Sesungguhnya semuanya BERHIKMAH..πŸ™‚

      syukran atas lawatan ke siniπŸ™‚

  9. Adzim Shaari berkata:

    Mantap! Ramai yg menghayati cite enta nie akhi. Ana pon xreti bg org menghayati cite ana..hehehe

    • Huffatul Jannah berkata:

      eh akh,
      ana pun xreti sebenarnye..
      ana tulis jek..
      then ana serahkan kepada pembaca tuk menghayati..πŸ˜€

      em jazakAllah hu khair, akh,
      atas lawatan dan komen..πŸ™‚

  10. Amirah Jaafar berkata:

    assalammualaikum, akhi..mcm mana nk share post2 ke fb? mksud ana post dr blog akhi…

    • Huffatul Jannah berkata:

      waalaikumussalam..

      firstly, syukran atas ziarah dan komen..
      lagi2 terima kasih atas sudi nak share kat fb..
      im appreciate it very much..πŸ˜€

      em memandangkan ni wordpress, bukan blogspot,
      so, ssh skit la ye..
      tapi xssh sgt pun..

      mula2 kene copy URL page post tu,
      then paste la kat fb..kat bahagian link..
      em cam2 la klo nak share mana2 post dari wordpress..πŸ˜€

      syukran jazilan

      • Amirah Jaafar berkata:

        syukranπŸ™‚ ana rasa tersentuh baca kisah akhi ni..smoga dgn share kt fb dpt memberi sedikit ilmu pd org lain..sepatutnya kita bersyukur sgt2 dgn apa yg telah ditetapkan oleh Allah untu kita..:)

        • Huffatul Jannah berkata:

          Syukran..
          dah tgok kat fb..
          1st tyme ade org lain tolong share kat fb..πŸ˜€

          jazakumUllah hu khairan katsira ..

  11. Ukti Aya berkata:

    mumtaz……sentuhan tarbiyah sentiasa ada untuk hamba- hamba yang mencariNya….. Ana ingin bertanya…ada sesiapa ker yang kenal ikwah atau akhwat ISMA yang berada di sandakan? ….. Ana sangat menrindukan jalan tarbiyah ini seperti dulu…. Setelah balik Sabah…masih lagi mencari2…. Tolong link sesiapa yang berkenaan ke email ana … (aya_puteri2@yahoo.com.my).. Syukran jazilan atas perkongsian ilmunya….

    • Huffatul Jannah berkata:

      MasyaAllah..

      syukran atas ziarah dan komen..
      cuma hari ni traffic blog saya busy sungguh..
      boleh saya tahu, dari mana ye taw blog ni ??
      ade someone share dari blog saya ye??

      pasal akhwat ISMA di sandakan tu,
      saya cuba usahakan bagaimana,
      jika ada apa2 perkembangan,
      akan ada yang menghubungi kamuπŸ˜€

      syukran jazilan..

  12. Nabilbiela berkata:

    Takdir menentukan utk sye membce tulisn saudara ble jari tersalah click,,mgkin ini adalah peringatan dri ALLAH untukku…truskan dakwahmu!semoga sentiasa di dlm rahmat ALLAH.S.W.T..

  13. azlina ishak berkata:

    teruskan usaha mu wahai pemuda

    • Huffatul Jannah berkata:

      Syukran..

      Segalanya dari Allah..
      Moga Hidayah Allah yang mengalir di tubuh kita ni,
      akan kekal buat selamanya..

      Jazakillah hu khairπŸ˜€

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: