Ya, aku sudah bertunang.

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku sedang usaha mengenalimu, wahai tunangku..

Sudah lama aku ingin luahkan. Sudah lama juga ingin ku coretkan. Mungkin memilih masa yang sesuai itu yang selama ini menjadi penghalang.

Ya !! aku mengaku yang aku sudah bertunang.

Sejak bila ?? itu tidak perlu ku beritakan, kerana itu bukanlah perkara utama yang ingin ku ketengahkan.

Perasaanku bercampur baur. Gembira, sedih, bimbang.. entah. Sukar sekali untuk ku kongsikan perasaan itu, apatah lagi untuk ku zahirkan. Amat payah sekali. Percayalah !!

Kenapa ??

Sebab aku belum pernah bertemu dengan tunangku lagi.

Ya !! belum pernah.

Waahh.. so sweet..😀

Oleh kerana itulah aku bimbang. Aku masih belum sedia untuk bertemu dengannya lagi. Tetapi aku tahu, lambat laun pun, pasti aku akan bertemu dengannya.

Aku sangat malu dengan diriku.

Ilmu dan amalanku masih tidak mencukupi, tahap iman dan taqwaku juga tidak ku ketahui. Bagaimana mungkin aku mahu bertemu dengannya, sedangkan keadaanku sendiri pun masih begini.

Ya, Allah.. malunya aku.

Ya !! Aku benar-benar mahu hidup bahagia setelah bernikah dengannya. Tetapi sejauh mana persiapanku ?? Aku bukan sahaja mahu bahagia dan gembira semasa hari pernikahan, tetapi aku juga mahu berjaya dan bahagia selepas daripada itu. Tetapi bagaimana persiapanku ?? bagaimana ??

Eh Firdaus, sedarlah sikit !! Kau tu dah bertunang, dah nak nikah pun. Serius sikit, boleh tak ??

Aku tahu, jika tiada persiapan yang sebaiknya, aku pasti merana, aku pasti derita. Aku tahu itu. Aku tahu.

Aku tahu, Tunangku amat mementingkan AGAMAku..

Ya Allah.. perasaan bimbangku bertambah. Tunangku akan bertemu denganku bila-bila masa sahaja. Mahu membuat kejutan katanya.

Jika sewaktu bertemunya, aku dalam keadaan yang mampu membuatnya tersenyum, Alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya ?? Itu yang aku takut, Ya Allah.. takut sangat.

Aku mengaku. Setiap hari aku merinduinya, teringat akannya. Susah sekali untuk ku melupakannya. Semasa memandu, berjalan, belajar, makan, tidur.. setiap ketika aku memikirkannya. Dan aku sangat-sangat pasti, dia juga memikirkan perihal diriku.

Waahh, so sweet.. !!😀

Banyak juga aku mendengar cerita tentangnya melalui ustaz-ustaz dan kawan-kawanku yang mengenalinya.

Kadang-kadang cerita itu membuatku bahagia, sehingga ku terasa sentiasa merinduinya untuk bersama-sama bahagia selepas pernikahan kami.

Tetapi ada juga ku mendengar cerita yang sebaliknya. Dia agak manja. Dia cepat merajuk, cepat terasa hati jika ku tidak memperdulikannya. Aku bimbang perkara itu berlaku. Lagi aku bimbang jika perkara itu berlarutan sehingga kami dipertemukan. Pasti dia membenciku ketika itu. Naudzubillah.

Namun, aku telah berjanji kepada diriku, aku tidak akan melupakanmu, wahai tunangku.. Percayalah !!

Aku akan cuba membuatmu gembira pabila kita bertemu buat pertama kalinya nanti. Aku tidak mahu membuatmu berduka, bersedih.. Akan ku pastikan juga, selepas pernikahan kita itu nanti, Redha Allah yang akan menyelubungi, Kasih Allah yang akan menyelimuti, Cinta Allah yang akan memagari kehidupan kita selepas itu.

Akan ku cuba, wahai ‘tunang’ku..

Akan ku usaha, wahai ‘kematian’ku..

Ku sentiasa memikirkanmu..

24 thoughts on “Ya, aku sudah bertunang.

  1. siti berkata:

    ku juga sentiasa memikirkanmu…
    wahai ‘kematianku’..

  2. afeb_pilah berkata:

    ku juga sentiasa mengingatimu wahai ‘firdaus’ku eh?! ‘kematian’ku silap2 ..hehehe…

    • Huffatul Jannah berkata:

      siti & afeb :

      thanks sudi singgah kat blog ni..
      tiada la harapan yang lebih tinggi,
      melainkan manfaat melalui coretan di sini..😀

      jazakumullah hu khair

  3. VioletOrchid berkata:

    terekejut akak!
    haih~

  4. Sarah Maimun Aqsha berkata:

    Kadang-kadang kita lebih memikirkan tentang benda yang tidak pasti dari benda yang pasti, thanks for the reminder~

    Betul, hakikatnya kita semua telah bertunang, tetapi bagaimana persediaan kita menanti ‘hari pernikahan’ yang pasti tiba?

    “Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
    (Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)

    Reminding myself above others.

    • Huffatul Jannah berkata:

      Em syukran..

      Yup, betul..
      Manusia kalau bertunang, xconfirm lagi kahwin,
      tapi kali ni, tunang CONFIRM akan ‘kahwin’..
      MasyaAllah..
      memikirkan perkara yang PASTI..

      “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..”

      [Al-Imran, 3:185]

      Jazakillah hu khair..
      Syukran atas lawatan dan komen..😀

  5. PineAplle berkata:

    wah!!
    mantop,mantop!!
    menarik sungguh artikel akhi,
    memberi impak ke atas diri ana agar x melupakan ‘tunang’ ana yang satu ini…
    mabruk,mabruk!!

    • Huffatul Jannah berkata:

      JazakAllah hu khair..

      idea asal artikel ni adalah dari ALLAH,
      ana juz sebagai editor jek..
      segala puji layak hanya untuk ALLAH hu RABBI..

      actually, suma artikel kat dalam ni,
      khas untuk peringatan diri ana,
      tapi kalau enta boleh amik manfaat bersama,
      Alhamdulillah..😀

      Syukran atas lawatan ye😀

  6. salam…..artikel di atas macam pernah baca kat penulisan.2.u..ap-apa pon cter ni memberi kesedaran supaya dapat bermuhasabah diri..

    • Huffatul Jannah berkata:

      Wsalam..

      oh ye ke..
      actually, saya menulis ni, berdasarkan satu ayat yg pernah saya baca,
      then saya jadikannya dalam bentuk penulisan begini..😀

      Syukran atas lawatan..

  7. akmar berkata:

    salam…

    takutnyer pernikahan itu sbb byk persediaan blom buat…:(

  8. Kegembiraan berkata:

    ‘Dalam ajaran Islam, masa untuk kita berkenal2an dgn bakal pasangan kita adalah ketika tempoh bertunang’…jd ‘kawan’ yg dh kita berkenalan tu, x leh jd tunang kita la kan…sbb kita dh berkenal2an sblom tmpoh bertunang…

    • Huffatul Jannah berkata:

      SubhanAllah.. tinggi betul kamu fikir ye.. hehe😀
      bagus2..

      tapi ayat yang tu mmg khusus untuk manusia..
      saya cuma membawa cerita tentang kematian dalam bentuk begini,
      mungkin kata2 dalam gambar tu, sesuai untuk relate dengan tujuan cerita,
      mungkin juga tidak..

      tapi point utamanya harap sampai😀

      • Kegembiraan berkata:

        Dengan nama Allah saya mulakan…

        Ya, saya faham apa yg kamu ingin sampaikan…Setiap kali ke pusara ayah, setiap kali itu juga hati berkata, ‘aku akan ke sini juga suatu hari nnti’…hanya Allah yg tahu perasaan itu…(Jika sewaktu bertemunya, aku dalam keadaan yang mampu membuatnya tersenyum, Alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya ?? Itu yang aku takut, Ya Allah.. takut sangat.)…kdg2 dgn kelekakan, kelalaian, kealpaan terhadap urusan dunia, mbuat saya takut, takut dgn amalan2 dan bekalan2 yg belum cukup, sgt2 tidak cukup untuk berjumpa Yg MAHA AGUNG…

        LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN (“TIDAK ADA TUHAN SELAIN ENGKAU. MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORANG-ORANG YANG ZALIM.”

        Salam lebaran….maaf zahir dan batin.

        • Huffatul Jannah berkata:

          SubhanAllah.. kata2 kamu juga sudah cukup memberi peringatan untuk saya..
          Jazakillah hu khair..
          Sama-sama la kita bersedia.. meskipun xtaw bila boleh kata “Saya dah bersedia..”😦

          syukran atas lawatan dan komen di sini..

          Selamat Hari Raya juga..
          Maaf zahir & batin..😀

  9. Kegembiraan.. berkata:

    mohon share…

  10. kelembutan cahaya~ berkata:

    assalamualaikum..t’baik lah.. nk copy blh?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: