Erti kehidupanku..

-Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku melihat seluruh aspek kehidupan ini. Indah, sungguh indah. Pelbagai bentuk kecantikan, kemewahan, kesenangan.. SubhanAllah, itulah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah, kami tidak mahu hanyut dengan semua ini, tidak mahu tenggelam dengan kealpaan yang memakan diri, kelalaian yang menghina taraf insani.

Sungguh kami bimbang tidak termasuk golongan yang mendapat kekagumanmu, Ya Allah. Kami mahu menjadi PEMUDA itu, PEMUDA yang tidak larut dengan zaman kePEMUDAannya, dan PEMUDA inilah yang sangat Kau kagumi. Kami mahu menjadi PEMUDA itu, Ya Allah..

"Pilihlah kami sebagai penyumbang kemenangan AGAMA ini.."

Segala perjalanan hidup kami ini telah Kau tetapkan. Dari permulaan kehidupan, hinggalah ke pengakhiran. Tinggal kami yang harus menentukan, samada kiri mahupun kanan.

Aku amat meyakini dan mengimani, bahawa segala kehidupan yang ditempuhi ini adalah TERBAIK untuk kami. Alhamdulillah.. aku berada dalam kehidupan TERBAIK ku.. begitu juga kalian.. itu aku PASTI !!

Dan kehidupan ini akan sentiasa menjadi perjalanan kehidupan TERBAIK, jika kita jadikan kehidupan ini penuh dengan pengERTIan..sebab itulah amat penting untuk kita memahami, apakah itu ERTI KEHIDUPAN.

Namun, apakah yang sebenarnya membuatkan diri dan kehidupanmu bererti ?? Meskipun diri ini dianugerahi pangkat MUSLIM dari Ilahi, diserikan lagi ibadah fardu dan sunat sepanjang hari, ia masih tidak lengkap untuk membuat kehidupanmu benar-benar bererti.

Mungkin ada yang mengatakan kekayaan harta itu segala-galanya dalam kehidupan. Mungkin juga yang mengatakan pangkat dan darjat itu yang menjadi erti kehidupan yang penuh di dalamnya kebahagiaan. Dan mungkin juga yang mengatakan hidup ini tiada erti tanpa anak-anak dan isteri yang menjadi penyeri syurga keduniaan.

Ya !! Semuanya benar belaka.

Kita mungkin boleh bahagia dengan harta, gembira dengan kedudukan kita dan bersuka ria dengan ahli keluarga. Namun, itu bukanlah erti kehidupan kita yang sebenarnya.

Ikhwah, percayalah..

Kehidupan kita tanpa ertinya jika ia tidak dilengkapi dengan AMAL DAKWAH. Inilah erti kehidupan yang sebenarnya.

Dakwah dan Cinta

Menyeru kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran, menjadi Qudwah dalam kehidupan seharian dan mengimpikan bi’ah ISLAMIAH di seluruh pelusuk alam.

Itulah antara tugas seorang insan yang menjadikan kehidupannya hanya untuk ALLAH, menjalankan kewajipan sebagai khalifatULLAH dan melaksanakan urusan DAKWAH fi sabilILLAH.

Alhamdulillah.. kami berada di landasan itu. Landasan yang pernah ditempuhi oleh para Nabi dan Rasul. Cuma kami bimbang Ya Allah, kami sangat bimbang. Kami bimbang erti kehidupan ini tidak dapat kami merasainya di sepanjang hayat kami. Kami bimbang amal Dakwah ini kami tinggalnya sepi, kami biarkannya bersendiri, kami lupakannya seolah-olah ia tiada erti..

Kami tidak sanggup sepanjang hayat kami ini hanya berulang balik dari tempat kerja, mengambil cuti untuk melancong sini sana, bersama anak dan isteri penuhi waktu bersuka ria.. Ya, itu memang bahagia!! Tetapi itu bukan matlamat hidup kita.. matlamat yang telah lama kita janji dangan Maha Pencipta..

Who am I ??

Ya Allah, tsbatkanlah kami di jalan ini. Di jalan yang tidak ramai manusia tempuhi, di jalan yang penuh onak dan duri, dan di jalan yang dicemuhi dan di keji..

Kami rela mengahadapi semua ini.. kerana kami yakin dan pasti, jalan ke Syurga memang begini..

10 thoughts on “Erti kehidupanku..

  1. aminbaek berkata:

    moga tsabat akh.,.moga dapat meneruskan usaha di UTP selepas balik nanti..ana pun da nak bersara(dari medan UTP)..doakan ana dan juga ikhwah2 lain terus tsabat di jalan ini..

    amin3x~

    • Huffatul Jannah berkata:

      Allah.. akhi, kami akan sentiasa merindui pemergian enta..
      seyes kami sukar nak lepaskan enta..😦

      moga kesan amal dakwah enta kat utp tu, akan Allah kira sebagai amal kebajikan yang mampu menjadi jawapan dihadapan Allah nt..
      doakan kami akhi..😦

      • aminbaek berkata:

        Insyaallah sesuatu yang besar akan menunggu nta dan ikhwah2 lain di UTP sem depan.Hehe..Jadi,harus bersedia mental dan fizikal..

        Insyaallah ana akan beri support dari jauh nant..

        Amin3x~..Moga moga Allah memelihara niat ana supaya tidak terpesong dari mencari keridhoanNya dan moga2 menjadi pemberat amal di sana kelak..

        tiba tiba sayu lak nak meninggalkan UTP..xsempat nak jumpa semua ikhwah2 semua..:(

        • Huffatul Jannah berkata:

          Allah.. speechless ana dengar enta suruh sedia fizikal dan mental.. huhu..
          xpe, ana yakin kita sama2 dapat meninggalkan sedikit bekas sebelum kita semua grad dari utp..😦

          insyaAllah akh, Allah akan pertemukan kita juga nanti.. insyaAllah..πŸ˜€

  2. zul berkata:

    SubhanAllah!…akh, penulisan yg memuhasabahkan diri, terkadang jalan yg perit ini kita lebih banyak mengeluh d bandingkan usaha kita untuk mengukuh. maka tidak boleh tidak kita kene HADAPI, HAYATI & NIKMATI!….moga Allah perkuatkan hati kecil kita ini untuk tsabat di jalan ini, ameen Ya Allah!

    • Huffatul Jannah berkata:

      Inilah jalan Nabi dan Rasul..
      Jalan yg bukan pilihan, tetapi inilah jalan yg Allah amanahkan..

      moga usaha kecil ini, menjadi penguat kita untuk bercucuk tanam di dunia ni..😦

  3. Hariz berkata:

    SubhanAllah akh, ini ke yg nta katakan msa di Utp dlu? nta nk cipta suatu bntuk pnulisn yg berintikn roh dakwah. SubhanAllah, mantap2. trasa sentuhan roh dakwah dlm bait2 katanya.

    InshaAllah akh, smoga ikhwah2 dikurnikan Allah, kkuatn utk terus tsabat dn mkin gncar dlm mlakukn kerja2 dakwah, mudah2an. Teringat kta2 seorg ikhwah,

    ” Kalau kita boleh kumpul ex2-ikhwah, utk buat satu kelab. Ana ykin, bilangan ex-ikhwah yg tkumpul tu jauh lg ramai dr ikhwah2 yg msih ada bersama kita..”

    Na’udzubillahimindzalik.. moga Allah memelihara jiwa2 kita dr kefuturan,aminn…………..

    • Huffatul Jannah berkata:

      SubhanAllah.. akhi..
      enta la orang pertama yg perasan perubahan bentuk penulisan ni..
      Alhamdulillah.. ana pun xtaw berapa bnyak yg mampu ana hasilkan lagi..
      Doakan..πŸ˜€

      Allah.. terkesima dengan kata2 enta..
      moga Allah terus memilih kita sehingga suatu masa terpisah roh dari jasad..
      Ammiinn..😦

  4. ieda berkata:

    biar perit dan sukar utk melakukan amar makruf nahi munkar..tp itu lah y terbaek utk kte semua..kdg2,tidak semua benda y kita suka sesuai utk kita…kdg2 y pahit itu adlh y terbaek buat kte…kte harus sedar sape kte di muka bumi ini…maaf..tlupe ttg dalilnye…

  5. ryan kurnia berkata:

    assalamualaikum

    tulisannya cukup bagus akhi, tetaplah menulis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: