Taklif La Tashrif

5208797292_358a26f53c

Setelah dua tahun aku meninggalkan bumi Terengganu, tidak pernah terlintas di fikiran yang aku akan kembali semula ke bumi penyu ini. Allah telah merencanakan banyak perkara yang tidak pernah aku idam dan rancang, dari jabatan dan jawatan, hinggalah perkara yang mencorak dan melengkapi kehidupan.

Bulan April 2014, menjadi sejarah dalam hidup aku. Pada ketika inilah aku menetapkan azam bahawa di sinilah dunia kerjaya ku bermula, di kawasan inilah tarbiyah dan dakwah ku teruskan untuk umat tercinta dan di negeri inilah akan ku bangunkan keluarga dan masyrakat Qudwah untuk menjadi asset Agama dan Negara.

Tarbiyah yang telah Allah izinkan untuk aku perolehi sejak di bangku sekolah dulu, benar-benar mendidik aku untuk meyakini bahawa Dakwah dan Tarbiyah (D&T) adalah tanggungjawab utama yang perlu aku tunaikan. Ia akan tetap menjadi satu amanah, walau siapa pun aku dan di mana saja Allah menempatkanku. Itulah buah tarbiyah yang amat berharga dan akan ku pastikan ia terjaga dan terpelihara. Terima Kasih, Ya Allah..

Masih segar diingatanku sewaktu menuntut di university dahulu. Aku sering ditegur kerana jarang sekali berada di asrama, sangat kurang bersama rakan serumah. Sehinggakan, bila program Tarbiyah tiba, aku melangkah keluar dengan penuh senyap dan rahsia, semata-mata tidak mahu mereka sedar dan disapa.

Dahulu aku sangat bimbang jika keterlibatanku dalam D&T ini menjadi fitnah kepada Agamaku sendiri. Aku bimbang apabila aku aktif dalam dunia D&T ini, tapi pointer aku, pengurusan diriku, kekemasan dan penampilan ku semuanya hancur, semuanya mundur. Aku sangat bimbang semua ini berlaku. Dan sebab itulah dikala orang lain nyenyak tidur di subuh hari, aku bersengkang mata mengulangkaji. Di kala orang lain keluar bersuka ria tanpa kira masa, aku kemaskan jadual kendiri dan aku disiplin akannya. Alhamdulillah, aku keluar di university dengan segulung ijazah, bersama persiapan diri untuk penerusan membawa risalah.

Tahun ini sudah masuk tahun yang ke-9 Allah tsabat (kekal) kaki ku berdiri membawa panji ini. Dari mula aku menjadi seorang pelajar Tingkatan 4 yang tidak tahu apa itu usrah, sehinggalah aku menjadi seorang Jurutera yang bercita-cita menjadi Pemimpin untuk Ummah. Asbab dari D&T, ia telah banyak mengubah kehidupanku. Alhamdulillah Ya Allah..

header pembina

Masa terus berjalan. Dakwah terus berkembang. Hari ini aku memegang amanah sebagai Pengerusi PEMBINA Cawangan Kemaman. Aku yakin ini bukanlah perlantikan dari manusia, tetapi ia adalah amanah yang datang dari Allah Maha Perkasa. Jawatan ini bukanlah untuk aku bangga dan dimuliakan, tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah yang pasti akan dipersoalkan.

Ya, ia adalah sebuah tanggungjawaban (Taklif), bukan kemuliaan (Tashrif).

Bantulah kami Ya Allah.. Bantu kami dalam membawa amanah ini, kuatkan kami dan tsabatkan kami untuk kami berdiri kukuh di atas jalan ini sehingga kami memenangkan Agama ini, atau kami menemui syahid menghadap Ilahi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: