Video

‘Surat Cinta’ dari Allah

– Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim –

“Kitab (Al-Quran)┬áini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa..” [Al-Baqarah, 2:2]

Memastikan setiap hari yang di lalui tidak terlepas dari membaca ayat-ayat cinta dari Allah adalah amalan yang sangat baik. Inilah antara yang sangat dititik beratkan oleh Murobbi di setiap ‘bulatan gembira’ kami. Alhamdulillah..

Tidak mudah pada permulaan tarbiah, tetapi apabila berjaya istiqamah, percayalah ia sangat indah..

Kita resah bila sehari tak dapat log in facebook dan twitter. Kita mengeluh bila sehari tak ada masa tonton movie atau cerita.

Tetapi berapa ramai dalam kalangan kita resah bila sehari mata kita tak dapat melihat Al-Quran?

Berapa ramai dalam kalangan kita resah bila sehari telinga kita tak dapat mendengar bacaan Al-Quran?

Berapa ramai dalam kalangan kita resah bila sehari lidah kita tidak membaca Al-Quran?

Tepuk dada, tanya Iman. Tutup mata, fikir-fikirkan.

Ingat lagi seorang ustaz bagi kuliah tentang Al-Quran ni. Antara isinya, antara amalan soleh yang paling mudah mendapat pahala adalah dengan Al-Quran. Mendengar bacaannya, dapat pahala. Melihatnya sahaja, dapat pahala. Apabila membacanya juga lagi la banyak pahala. Bukan satu perkataan tu, satu pahala. Tetapi setiap huruf itu 10 pahala baginya. SubhanAllah..

Bahkan barangsiapa yang lancar bacaannya, perolehnya satu pahala. Barangsiapa pula yang merangkak bacaanya, di perolehinya dua pahala. Satu pahala untuk bacaannya, satu lagi pahala untuk usaha kerasnya. SubhanAllah..

Itu tak cerita lagi syafaat Al-Quran di alam barzakh dan akhirat. Allah..

Jadi sangat rugi sesiapa yang mengabaikan Al-Quran.. Rugi.. Rugi.. Rugi dunia dan akhirat..

Advertisements