Bukan kerana nama

boring

Aku masih ingat lagi sewaktu mula-mula aku menulis di alam maya ni. Penuh semangat dan impian. Penuh dengan kesungguhan dan keyakinan.

Bermula dengan hanya ingin cuba-cuba, kemudian blog pula dicipta, dan akhirnya hingga kini ia masih lagi berbicara. Mungkin agak kurang bicara dan isinya, namun lebih baik dari tiada. 🙂

Hingga kini, ada la berpuluh post yang telah aku post kat blog ni. Macam-macam jenis post yang aku tulis. Dari bentuk peringatan dan pengalaman, hinggalah ke puisi dan cerita-cerita idaman.

Huffatul Jannah. Inilah nama blog aku dan nama inilah aku ambil untuk mencipta emailku sendiri. Aku masih ingat, di universiti dahulu, ada masa kawan-kawan tak panggil aku ‘Firdaus’ pun, Huffatul Jannah jugak yang dipanggilnya. 🙂

Aku selalu jugak baca semula post yang telah aku tulis tu. Ada masa aku tergelak baca post aku, termasuk la komen-komen aku sendiri. Terasa macam remaja yang tak matang pun ada. Hehe.. Tak apa la, kanak-kanak lagi waktu tu. Dengan cara penulisan yang agak ‘skema’, memang kadang-kadang aku terasa malu pula.

Tapi bagi aku, tak apa la. Memang manusia akan berubah. Berubah dari sudut kematangan berfikir, menulis, bertindak dan sebagainya. Itu normal.

Sebenarnya, lagi aku risau diri ini berubah dari sudut kematangan TAQWA & IMAN.  Betul, Iman manusia itu kadang-kadang naik, kadang kadang turun.

Waktu Iman itu naik, Alhamdulillah.. Tapi kalau turun.. Astaghfirullah.. 😦

Jadi, blog aku ni la sebenarnya tempat aku menenangkan hati yang gundah, memperbaharui semangat ibadah, dan memperbanyakkan muhasabah. Jika sebelum ni aku boleh buat, kenapa sekarang tidak?

Kadang-kadang post aku ni kelakar, tetapi hati aku tenang bila baca semula. Terasa tak percaya diri aku yang tulis semua tu.

Satu perkara yang sangat penting mesti aku niatkan sebelum, semasa dan selepas menulis. Semuanya kerana Allah. Aku tak tahu siapa yang baca, mungkin ada dan mungkin sebaliknya. Jika tiada, cukuplah peringatan dan pengajaran untuk aku. Jika ada yang singgah membaca, mana tahu asbab dari tulisan ini, dapat mengubah sesuatu. SubhanAllah.. cukuplah ia menjadi salah satu bekalan di alam roh nanti. Amiinnn.

Aku memetik satu peringatan, dan aku jadikannya sebagai pegangan. “Aku menulis untuk Ummah”.

Segalanya ku tujukan kepada Ummah, dan pasti ia untuk mencari Redha Allah.

4 thoughts on “Bukan kerana nama

  1. Ramai yg setia menanti untuk membaca kisah seterusnya. Teruskan mencari idea dan berkongsi sesuatu yg memberi manfaat… 🙂

Tinggalkan komen