Perutusan Raja Sehari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

photo_2015-09-28_21-53-37

Kehidupan menuju redha Allah memerlukan teman karib yang saling membantu meningkatkan keimanan dan Ketaqwaan.

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan, kecuali orang-orang bertaqwa” [Az-Zukhruf: 67]

“Dan orang-orang mu’min lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasul. Mereka itu dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana” [At-Taubah: 71]

Demi menyahut seruan Allah s.w.t. dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w., dengan rendah diri dan penuh kesyukuran, kami,

Mohammad Firdaus bin Muhammad
dan
Nura Ruhaya binti Abdul Halim

mewakili orang tua kami mengumumkan pernikahan kami pada;

10 Oktober 2015 bersamaan 26 Zulhijjah 1436H dan menjemput semua kenalan ke majlis walimatul ‘urus seperti butiran berikut:

Tempat:
Lot 1060, Bt. 8, Kg. Kundur Hilir, Jln. Pedas/Linggi, 71400 Pedas, N.Sembilan.

Masa:
Akad nikah: 9.00 pg – 10.00 pg
Walimatul ‘urus: 11.00 pg – 4.00 ptg

Semoga ikatan perkahwinan ini menjadi salah satu jalan kami untuk meraih redha dan syurga-Nya. Kami mengharapkan doa kalian agar bait muslim yang bakal dibina ini dilimpahi ketenangan, kasih sayang dan rahmat yang Maha Esa.

Taklif La Tashrif

5208797292_358a26f53c

Setelah dua tahun aku meninggalkan bumi Terengganu, tidak pernah terlintas di fikiran yang aku akan kembali semula ke bumi penyu ini. Allah telah merencanakan banyak perkara yang tidak pernah aku idam dan rancang, dari jabatan dan jawatan, hinggalah perkara yang mencorak dan melengkapi kehidupan.

Bulan April 2014, menjadi sejarah dalam hidup aku. Pada ketika inilah aku menetapkan azam bahawa di sinilah dunia kerjaya ku bermula, di kawasan inilah tarbiyah dan dakwah ku teruskan untuk umat tercinta dan di negeri inilah akan ku bangunkan keluarga dan masyrakat Qudwah untuk menjadi asset Agama dan Negara.

Tarbiyah yang telah Allah izinkan untuk aku perolehi sejak di bangku sekolah dulu, benar-benar mendidik aku untuk meyakini bahawa Dakwah dan Tarbiyah (D&T) adalah tanggungjawab utama yang perlu aku tunaikan. Ia akan tetap menjadi satu amanah, walau siapa pun aku dan di mana saja Allah menempatkanku. Itulah buah tarbiyah yang amat berharga dan akan ku pastikan ia terjaga dan terpelihara. Terima Kasih, Ya Allah..

Masih segar diingatanku sewaktu menuntut di university dahulu. Aku sering ditegur kerana jarang sekali berada di asrama, sangat kurang bersama rakan serumah. Sehinggakan, bila program Tarbiyah tiba, aku melangkah keluar dengan penuh senyap dan rahsia, semata-mata tidak mahu mereka sedar dan disapa.

Dahulu aku sangat bimbang jika keterlibatanku dalam D&T ini menjadi fitnah kepada Agamaku sendiri. Aku bimbang apabila aku aktif dalam dunia D&T ini, tapi pointer aku, pengurusan diriku, kekemasan dan penampilan ku semuanya hancur, semuanya mundur. Aku sangat bimbang semua ini berlaku. Dan sebab itulah dikala orang lain nyenyak tidur di subuh hari, aku bersengkang mata mengulangkaji. Di kala orang lain keluar bersuka ria tanpa kira masa, aku kemaskan jadual kendiri dan aku disiplin akannya. Alhamdulillah, aku keluar di university dengan segulung ijazah, bersama persiapan diri untuk penerusan membawa risalah.

Tahun ini sudah masuk tahun yang ke-9 Allah tsabat (kekal) kaki ku berdiri membawa panji ini. Dari mula aku menjadi seorang pelajar Tingkatan 4 yang tidak tahu apa itu usrah, sehinggalah aku menjadi seorang Jurutera yang bercita-cita menjadi Pemimpin untuk Ummah. Asbab dari D&T, ia telah banyak mengubah kehidupanku. Alhamdulillah Ya Allah..

header pembina

Masa terus berjalan. Dakwah terus berkembang. Hari ini aku memegang amanah sebagai Pengerusi PEMBINA Cawangan Kemaman. Aku yakin ini bukanlah perlantikan dari manusia, tetapi ia adalah amanah yang datang dari Allah Maha Perkasa. Jawatan ini bukanlah untuk aku bangga dan dimuliakan, tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah yang pasti akan dipersoalkan.

Ya, ia adalah sebuah tanggungjawaban (Taklif), bukan kemuliaan (Tashrif).

Bantulah kami Ya Allah.. Bantu kami dalam membawa amanah ini, kuatkan kami dan tsabatkan kami untuk kami berdiri kukuh di atas jalan ini sehingga kami memenangkan Agama ini, atau kami menemui syahid menghadap Ilahi.

Bukan kerana nama

boring

Aku masih ingat lagi sewaktu mula-mula aku menulis di alam maya ni. Penuh semangat dan impian. Penuh dengan kesungguhan dan keyakinan.

Bermula dengan hanya ingin cuba-cuba, kemudian blog pula dicipta, dan akhirnya hingga kini ia masih lagi berbicara. Mungkin agak kurang bicara dan isinya, namun lebih baik dari tiada.🙂

Hingga kini, ada la berpuluh post yang telah aku post kat blog ni. Macam-macam jenis post yang aku tulis. Dari bentuk peringatan dan pengalaman, hinggalah ke puisi dan cerita-cerita idaman.

Huffatul Jannah. Inilah nama blog aku dan nama inilah aku ambil untuk mencipta emailku sendiri. Aku masih ingat, di universiti dahulu, ada masa kawan-kawan tak panggil aku ‘Firdaus’ pun, Huffatul Jannah jugak yang dipanggilnya.🙂

Aku selalu jugak baca semula post yang telah aku tulis tu. Ada masa aku tergelak baca post aku, termasuk la komen-komen aku sendiri. Terasa macam remaja yang tak matang pun ada. Hehe.. Tak apa la, kanak-kanak lagi waktu tu. Dengan cara penulisan yang agak ‘skema’, memang kadang-kadang aku terasa malu pula.

Tapi bagi aku, tak apa la. Memang manusia akan berubah. Berubah dari sudut kematangan berfikir, menulis, bertindak dan sebagainya. Itu normal.

Sebenarnya, lagi aku risau diri ini berubah dari sudut kematangan TAQWA & IMAN.  Betul, Iman manusia itu kadang-kadang naik, kadang kadang turun.

Waktu Iman itu naik, Alhamdulillah.. Tapi kalau turun.. Astaghfirullah..😦

Jadi, blog aku ni la sebenarnya tempat aku menenangkan hati yang gundah, memperbaharui semangat ibadah, dan memperbanyakkan muhasabah. Jika sebelum ni aku boleh buat, kenapa sekarang tidak?

Kadang-kadang post aku ni kelakar, tetapi hati aku tenang bila baca semula. Terasa tak percaya diri aku yang tulis semua tu.

Satu perkara yang sangat penting mesti aku niatkan sebelum, semasa dan selepas menulis. Semuanya kerana Allah. Aku tak tahu siapa yang baca, mungkin ada dan mungkin sebaliknya. Jika tiada, cukuplah peringatan dan pengajaran untuk aku. Jika ada yang singgah membaca, mana tahu asbab dari tulisan ini, dapat mengubah sesuatu. SubhanAllah.. cukuplah ia menjadi salah satu bekalan di alam roh nanti. Amiinnn.

Aku memetik satu peringatan, dan aku jadikannya sebagai pegangan. “Aku menulis untuk Ummah”.

Segalanya ku tujukan kepada Ummah, dan pasti ia untuk mencari Redha Allah.

He knows best!

Aku ingat lagi, dan pasti perkara ni tak akan luput dalam ingatan aku. Sejak dari bangku sekolah, aku nak sangat naik kapal terbang. Habis je prep waktu malam, mesti aku tengok langit, mesti aku cari cahaya lampu kapal terbang yang berkelipan. Cantik sangat. Allah je tahu aku sentiasa bermonolog sendiri, cakap kat diri sendiri yang aku pasti akan naik kapal terbang satu hari nanti.

Bertahun aku tunggu peluang, sampai sekarang Allah tak izinkan. Sehinggalah satu hari aku sedar tentang sesuatu. Sebenarnya Allah tak bagi aku capai impian, sebab Allah nak bagi satu perkara yang tak pernah aku gambarkan.

P1020274

Ya, aku selalu berangan seorang untuk naik kapal terbang, tetapi aku tak pernah bermimpi untuk naik sebuah helikopter. SubhanAllah.. rupa-rupanya Allah telah rancang sesuatu yang jauh lebih hebat, yang jauh lebih mencabar dan mengujakan. Maybe aeroplane  is too mainstream.. Mungkin bagi orang lain tu perkara biasa, aku pun tak tahu macam mana Allah campak kan satu perasaan syukur yang sangat tinggi kat aku.

Allah hadiahkan aku sebuah pekerjaan yang terbaik untuk aku. Sebuah pekerjaan yang mampu melunaskan segala impian yang lama terpendam kaku.. Terima kasih Ya Allah. Hanya Engkau tahu hati aku. Ya, hanya Engkau.

Kerjayaku, Dakwahku.

Kerjayaku, Dakwahku.

Semoga Kau terus pimpin hati ini dalam mencari Redha-Mu. Jadikan segala apa yang ada pada kami, termasuklah harta, pangkat, kedudukan dan segalanya, mampu menyumbang kepada Dakwah dan Ummah untuk meninggikan Kalimah-Mu. Aminn Ya Allah.

Hikmah Pertemuan

Terima Kasih, kawan.

Terima Kasih, kawan.

Setiap yang direncanakan Allah bukan lah sia-sia. Semuanya penuh dengan hikmah yang tidak terhingga. Semuanya penuh corak dan seni yang sukar diterjemah oleh mata manusia. Terima kasih Ya Allah atas setiap jalan yang telah Engkau ciptakan kepada kami.

Sedekat mana pun kita dengan manusia, rapat lagi Allah di sisi kita. Dia lebih mengetahui hati dan jiwa kita lebih dari diri kita sendiri. Sebab itu, apa sahaja yang Allah tetapkan kepada kita, itulah yang terbaik. Sama ada kita sangka ia baik atau tidak, ia tetap baik. Dan itulah kepercayaan seorang Mukmin yang mengimpikan Syurga-Nya.

Begitu juga dengan setiap manusia yang singgah dalam hidup kita. Barangkali hanya seketika, dan mungkin juga mereka hidup sepanjang usia kita. Mereka semua bukan lah kebetulan hadir dalam dalam hidup kita, tetapi semuanya dalam aturan-Nya.

Semuanya telah ditetapkan. Dan ketahuilah, setiap manusia yang kita jumpa, semuanya adalah perjumpaan terbaik yang telah Allah aturkan.

Terima Kasih Ya Allah kerana mentaqdirkan ku untuk berjumpa dengan makhluk Mu yang hebat. Ya dia sangat hebat. Dia banyak mengajarku erti kesabaran dan kecekalan. Dia banyak mengajarku apa itu erti persahabatan dan hubungan. Aku hanya seorang manusia yang menagih nasihat dan perubahan. Siapa sahaja menjadi kawannya pasti bahagia bersamanya. Alhamdulillah, kerana aku salah seorang darinya.

Tiada kata-kata lain dapat ku lafazkan dan tiada ungkapan lain dapat ku coretkan, selain Terima Kasih Ya Allah atas segalanya. Terima kasih atas pertemuan ini. Berilah keberkatan dalam hidupnya, ceriakan masa depannya, dan bahagiakan lah dia di dunia dan akhirat.

Pertemukan lah kami di Syurga Mu, ya Allah..

Hazihi Sabili…

 

Image

 

Hazihi sabili.. Inilah jalanku..

Jalan menyeru manusia ke jalan Allah, menyambung rantai dakwah yang dibawa Rasulullah..

Sekali ku melangkah, Ku mohon Ya Allah, aku tidak mahu berpatah..

 

Sungguh aku yakin, Sungguh aku percaya,

Kalimah syahadah yang ku yakini dihati,

Yang ku lafazkan setiap hari,

Ia terkandung tuntutan-tuntutan yang wajib dipenuhi..

 

Hazihi Sabili..

Sekali jalan ini dipilih,

bermakna diri ini telah bersetuju untuk bersusah payah,

keringat diri ini telah bersedia untuk dikerah,

jiwa ini telah akur untuk berjalan di luar karpet merah…

 

Ya Allah..

Tsabatkanlah hati ini,

Untuk terus kukuh berdiri,

membina generasi yang diredhai Ilahi.

 

‘Surat Cinta’ dari Allah

– Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim –

“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa..” [Al-Baqarah, 2:2]

Memastikan setiap hari yang di lalui tidak terlepas dari membaca ayat-ayat cinta dari Allah adalah amalan yang sangat baik. Inilah antara yang sangat dititik beratkan oleh Murobbi di setiap ‘bulatan gembira’ kami. Alhamdulillah..

Tidak mudah pada permulaan tarbiah, tetapi apabila berjaya istiqamah, percayalah ia sangat indah..

Kita resah bila sehari tak dapat log in facebook dan twitter. Kita mengeluh bila sehari tak ada masa tonton movie atau cerita.

Tetapi berapa ramai dalam kalangan kita resah bila sehari mata kita tak dapat melihat Al-Quran?

Berapa ramai dalam kalangan kita resah bila sehari telinga kita tak dapat mendengar bacaan Al-Quran?

Berapa ramai dalam kalangan kita resah bila sehari lidah kita tidak membaca Al-Quran?

Tepuk dada, tanya Iman. Tutup mata, fikir-fikirkan.

Ingat lagi seorang ustaz bagi kuliah tentang Al-Quran ni. Antara isinya, antara amalan soleh yang paling mudah mendapat pahala adalah dengan Al-Quran. Mendengar bacaannya, dapat pahala. Melihatnya sahaja, dapat pahala. Apabila membacanya juga lagi la banyak pahala. Bukan satu perkataan tu, satu pahala. Tetapi setiap huruf itu 10 pahala baginya. SubhanAllah..

Bahkan barangsiapa yang lancar bacaannya, perolehnya satu pahala. Barangsiapa pula yang merangkak bacaanya, di perolehinya dua pahala. Satu pahala untuk bacaannya, satu lagi pahala untuk usaha kerasnya. SubhanAllah..

Itu tak cerita lagi syafaat Al-Quran di alam barzakh dan akhirat. Allah..

Jadi sangat rugi sesiapa yang mengabaikan Al-Quran.. Rugi.. Rugi.. Rugi dunia dan akhirat..

Diari Pelajar Tahun Akhir (Part 1)

Alhamdulillah..

Tahun ini adalah tahun terakhir aku berada di UTP. Tahun terakhir untuk aku habiskan study aku. Rasa sekejap je nak habis dah.

Mengimbau tahun 2008 lalu, rasa macam sebulan lepas je. Ingat lagi masa mula-mula interview, then register.. then foundation, first year, second year, third year, internship and now in 2013, I’m Final Year Student..  Alhamdulillah..

This year is one of the most challenging years for me. Banyak perkara yang harus diaturkan. Banyak perkara yang harus difikirkan. It’s not like the previous semester, just attended the lectures, lab… did bulk of assignments, reports and so on. But in this year, I have to focus to the Final year project (FYP) and Final year design project (FYDP).. not sure how to face it, but I’m sure I can do it. InsyaAllah..

Tahun ini juga sebenarnya menjadi tahun yang amat bermakna bagi aku. Bercita-cita sebagai seorang Chemical Engineer bukanlah sehari dua, tetapi ia sudah sekian lama. Sejak aku sekolah menengah lagi. And Alhamdulillah, I know my dream won’t be just a dream.

Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi DIA beri apa yang kita perlu.

I hold it as my principle.

Di blog aku ni banyak dah aku ceritakan impian aku di sekolah menengah. Antaranya di post ini. Ingin mendapat straight A1, naik kapal terbang, study abroad… macam-macam. Semua tu Allah tak bagi. Tapi aku sangat-sangat bersyukur, sebab cita-cita aku itu yang Allah bagi.. Alhamdulillah. I’m sure, Allah knows best.

Seperkara lagi yang memberi cabaran di tahun ini adalah untuk memastikan legasi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di UTP sentiasa berterusan. Inilah medan ‘Dakwah dan Tarbiyah’ kami. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada kami untuk berdiri teguh di jalan ini.. Terima kasih Ya Allah..

Kami yakin, untuk menjadi orang LUAR BIASA, harus bertindak dan berfikir seperti orang LUAR BIASA. Itulah kunci orang yang berjaya. Berjaya dalam urusan kerjaya di dunia, Berjaya juga urusan timbangan amal di akhirat sana.

 

Both are my priority

Both are my priorities

 

Inilah cabaran yang harus kami tempuhi. Kedua-duanya menuntut masa dan perhatian. Kedua-duanya menuntut usaha dan kesungguhan.

 

Ya Allah, aku yakin aku tidak berseorangan. Kau sentiasa di  hati, Kau sentiasa di sanubari.

Moga Kau pimpin kami di jalan-Mu, Ya Allah..