Category Archives: Pengalaman Seorang Pemuda

Perutusan Raja Sehari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

photo_2015-09-28_21-53-37

Kehidupan menuju redha Allah memerlukan teman karib yang saling membantu meningkatkan keimanan dan Ketaqwaan.

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan, kecuali orang-orang bertaqwa” [Az-Zukhruf: 67]

“Dan orang-orang mu’min lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasul. Mereka itu dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana” [At-Taubah: 71]

Demi menyahut seruan Allah s.w.t. dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w., dengan rendah diri dan penuh kesyukuran, kami,

Mohammad Firdaus bin Muhammad
dan
Nura Ruhaya binti Abdul Halim

mewakili orang tua kami mengumumkan pernikahan kami pada;

10 Oktober 2015 bersamaan 26 Zulhijjah 1436H dan menjemput semua kenalan ke majlis walimatul ‘urus seperti butiran berikut:

Tempat:
Lot 1060, Bt. 8, Kg. Kundur Hilir, Jln. Pedas/Linggi, 71400 Pedas, N.Sembilan.

Masa:
Akad nikah: 9.00 pg – 10.00 pg
Walimatul ‘urus: 11.00 pg – 4.00 ptg

Semoga ikatan perkahwinan ini menjadi salah satu jalan kami untuk meraih redha dan syurga-Nya. Kami mengharapkan doa kalian agar bait muslim yang bakal dibina ini dilimpahi ketenangan, kasih sayang dan rahmat yang Maha Esa.

Advertisements

Taklif La Tashrif

5208797292_358a26f53c

Setelah dua tahun aku meninggalkan bumi Terengganu, tidak pernah terlintas di fikiran yang aku akan kembali semula ke bumi penyu ini. Allah telah merencanakan banyak perkara yang tidak pernah aku idam dan rancang, dari jabatan dan jawatan, hinggalah perkara yang mencorak dan melengkapi kehidupan.

Bulan April 2014, menjadi sejarah dalam hidup aku. Pada ketika inilah aku menetapkan azam bahawa di sinilah dunia kerjaya ku bermula, di kawasan inilah tarbiyah dan dakwah ku teruskan untuk umat tercinta dan di negeri inilah akan ku bangunkan keluarga dan masyrakat Qudwah untuk menjadi asset Agama dan Negara.

Tarbiyah yang telah Allah izinkan untuk aku perolehi sejak di bangku sekolah dulu, benar-benar mendidik aku untuk meyakini bahawa Dakwah dan Tarbiyah (D&T) adalah tanggungjawab utama yang perlu aku tunaikan. Ia akan tetap menjadi satu amanah, walau siapa pun aku dan di mana saja Allah menempatkanku. Itulah buah tarbiyah yang amat berharga dan akan ku pastikan ia terjaga dan terpelihara. Terima Kasih, Ya Allah..

Masih segar diingatanku sewaktu menuntut di university dahulu. Aku sering ditegur kerana jarang sekali berada di asrama, sangat kurang bersama rakan serumah. Sehinggakan, bila program Tarbiyah tiba, aku melangkah keluar dengan penuh senyap dan rahsia, semata-mata tidak mahu mereka sedar dan disapa.

Dahulu aku sangat bimbang jika keterlibatanku dalam D&T ini menjadi fitnah kepada Agamaku sendiri. Aku bimbang apabila aku aktif dalam dunia D&T ini, tapi pointer aku, pengurusan diriku, kekemasan dan penampilan ku semuanya hancur, semuanya mundur. Aku sangat bimbang semua ini berlaku. Dan sebab itulah dikala orang lain nyenyak tidur di subuh hari, aku bersengkang mata mengulangkaji. Di kala orang lain keluar bersuka ria tanpa kira masa, aku kemaskan jadual kendiri dan aku disiplin akannya. Alhamdulillah, aku keluar di university dengan segulung ijazah, bersama persiapan diri untuk penerusan membawa risalah.

Tahun ini sudah masuk tahun yang ke-9 Allah tsabat (kekal) kaki ku berdiri membawa panji ini. Dari mula aku menjadi seorang pelajar Tingkatan 4 yang tidak tahu apa itu usrah, sehinggalah aku menjadi seorang Jurutera yang bercita-cita menjadi Pemimpin untuk Ummah. Asbab dari D&T, ia telah banyak mengubah kehidupanku. Alhamdulillah Ya Allah..

header pembina

Masa terus berjalan. Dakwah terus berkembang. Hari ini aku memegang amanah sebagai Pengerusi PEMBINA Cawangan Kemaman. Aku yakin ini bukanlah perlantikan dari manusia, tetapi ia adalah amanah yang datang dari Allah Maha Perkasa. Jawatan ini bukanlah untuk aku bangga dan dimuliakan, tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah yang pasti akan dipersoalkan.

Ya, ia adalah sebuah tanggungjawaban (Taklif), bukan kemuliaan (Tashrif).

Bantulah kami Ya Allah.. Bantu kami dalam membawa amanah ini, kuatkan kami dan tsabatkan kami untuk kami berdiri kukuh di atas jalan ini sehingga kami memenangkan Agama ini, atau kami menemui syahid menghadap Ilahi.

He knows best!

Aku ingat lagi, dan pasti perkara ni tak akan luput dalam ingatan aku. Sejak dari bangku sekolah, aku nak sangat naik kapal terbang. Habis je prep waktu malam, mesti aku tengok langit, mesti aku cari cahaya lampu kapal terbang yang berkelipan. Cantik sangat. Allah je tahu aku sentiasa bermonolog sendiri, cakap kat diri sendiri yang aku pasti akan naik kapal terbang satu hari nanti.

Bertahun aku tunggu peluang, sampai sekarang Allah tak izinkan. Sehinggalah satu hari aku sedar tentang sesuatu. Sebenarnya Allah tak bagi aku capai impian, sebab Allah nak bagi satu perkara yang tak pernah aku gambarkan.

P1020274

Ya, aku selalu berangan seorang untuk naik kapal terbang, tetapi aku tak pernah bermimpi untuk naik sebuah helikopter. SubhanAllah.. rupa-rupanya Allah telah rancang sesuatu yang jauh lebih hebat, yang jauh lebih mencabar dan mengujakan. Maybe aeroplane  is too mainstream.. Mungkin bagi orang lain tu perkara biasa, aku pun tak tahu macam mana Allah campak kan satu perasaan syukur yang sangat tinggi kat aku.

Allah hadiahkan aku sebuah pekerjaan yang terbaik untuk aku. Sebuah pekerjaan yang mampu melunaskan segala impian yang lama terpendam kaku.. Terima kasih Ya Allah. Hanya Engkau tahu hati aku. Ya, hanya Engkau.

Kerjayaku, Dakwahku.

Kerjayaku, Dakwahku.

Semoga Kau terus pimpin hati ini dalam mencari Redha-Mu. Jadikan segala apa yang ada pada kami, termasuklah harta, pangkat, kedudukan dan segalanya, mampu menyumbang kepada Dakwah dan Ummah untuk meninggikan Kalimah-Mu. Aminn Ya Allah.

Hikmah Pertemuan

Terima Kasih, kawan.

Terima Kasih, kawan.

Setiap yang direncanakan Allah bukan lah sia-sia. Semuanya penuh dengan hikmah yang tidak terhingga. Semuanya penuh corak dan seni yang sukar diterjemah oleh mata manusia. Terima kasih Ya Allah atas setiap jalan yang telah Engkau ciptakan kepada kami.

Sedekat mana pun kita dengan manusia, rapat lagi Allah di sisi kita. Dia lebih mengetahui hati dan jiwa kita lebih dari diri kita sendiri. Sebab itu, apa sahaja yang Allah tetapkan kepada kita, itulah yang terbaik. Sama ada kita sangka ia baik atau tidak, ia tetap baik. Dan itulah kepercayaan seorang Mukmin yang mengimpikan Syurga-Nya.

Begitu juga dengan setiap manusia yang singgah dalam hidup kita. Barangkali hanya seketika, dan mungkin juga mereka hidup sepanjang usia kita. Mereka semua bukan lah kebetulan hadir dalam dalam hidup kita, tetapi semuanya dalam aturan-Nya.

Semuanya telah ditetapkan. Dan ketahuilah, setiap manusia yang kita jumpa, semuanya adalah perjumpaan terbaik yang telah Allah aturkan.

Terima Kasih Ya Allah kerana mentaqdirkan ku untuk berjumpa dengan makhluk Mu yang hebat. Ya dia sangat hebat. Dia banyak mengajarku erti kesabaran dan kecekalan. Dia banyak mengajarku apa itu erti persahabatan dan hubungan. Aku hanya seorang manusia yang menagih nasihat dan perubahan. Siapa sahaja menjadi kawannya pasti bahagia bersamanya. Alhamdulillah, kerana aku salah seorang darinya.

Tiada kata-kata lain dapat ku lafazkan dan tiada ungkapan lain dapat ku coretkan, selain Terima Kasih Ya Allah atas segalanya. Terima kasih atas pertemuan ini. Berilah keberkatan dalam hidupnya, ceriakan masa depannya, dan bahagiakan lah dia di dunia dan akhirat.

Pertemukan lah kami di Syurga Mu, ya Allah..

Diari Pelajar Tahun Akhir (Part 1)

Alhamdulillah..

Tahun ini adalah tahun terakhir aku berada di UTP. Tahun terakhir untuk aku habiskan study aku. Rasa sekejap je nak habis dah.

Mengimbau tahun 2008 lalu, rasa macam sebulan lepas je. Ingat lagi masa mula-mula interview, then register.. then foundation, first year, second year, third year, internship and now in 2013, I’m Final Year Student..  Alhamdulillah..

This year is one of the most challenging years for me. Banyak perkara yang harus diaturkan. Banyak perkara yang harus difikirkan. It’s not like the previous semester, just attended the lectures, lab… did bulk of assignments, reports and so on. But in this year, I have to focus to the Final year project (FYP) and Final year design project (FYDP).. not sure how to face it, but I’m sure I can do it. InsyaAllah..

Tahun ini juga sebenarnya menjadi tahun yang amat bermakna bagi aku. Bercita-cita sebagai seorang Chemical Engineer bukanlah sehari dua, tetapi ia sudah sekian lama. Sejak aku sekolah menengah lagi. And Alhamdulillah, I know my dream won’t be just a dream.

Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi DIA beri apa yang kita perlu.

I hold it as my principle.

Di blog aku ni banyak dah aku ceritakan impian aku di sekolah menengah. Antaranya di post ini. Ingin mendapat straight A1, naik kapal terbang, study abroad… macam-macam. Semua tu Allah tak bagi. Tapi aku sangat-sangat bersyukur, sebab cita-cita aku itu yang Allah bagi.. Alhamdulillah. I’m sure, Allah knows best.

Seperkara lagi yang memberi cabaran di tahun ini adalah untuk memastikan legasi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di UTP sentiasa berterusan. Inilah medan ‘Dakwah dan Tarbiyah’ kami. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada kami untuk berdiri teguh di jalan ini.. Terima kasih Ya Allah..

Kami yakin, untuk menjadi orang LUAR BIASA, harus bertindak dan berfikir seperti orang LUAR BIASA. Itulah kunci orang yang berjaya. Berjaya dalam urusan kerjaya di dunia, Berjaya juga urusan timbangan amal di akhirat sana.

 

Both are my priority

Both are my priorities

 

Inilah cabaran yang harus kami tempuhi. Kedua-duanya menuntut masa dan perhatian. Kedua-duanya menuntut usaha dan kesungguhan.

 

Ya Allah, aku yakin aku tidak berseorangan. Kau sentiasa di  hati, Kau sentiasa di sanubari.

Moga Kau pimpin kami di jalan-Mu, Ya Allah..

 

 

Semua nya pasti akan OK

 

Semoga Allah sentiasa bersama dengan kami..

Aku yakin setiap sesuatu pasti ade hikmah dan jalan penyelesaiannya..

Hidup dan matiku hanya untuk-Mu, Ya Allah..

Segalanya adalah TERBAIK !!

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Aku yakin, inilah yang TERBAIK !!

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Yakinlah !! Apa yang ada pada diri kita sekarang, kita sendiri pun tidak mampu untuk merancang. Segala-gala yang telah Allah takdirkan kepada kita, itulah yang TERBAIK.

Ya !! itulah pegangan ku selama ini.

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui selama lebih 20 tahun aku berpijak di atas muka bumi Allah ini. Terlalu banyak. Tetapi aku yakin, segalanya bukanlah untuk menjatuhkanku, bukan juga untuk menjauhkanku, tetapi itulah wasilah untuk ku berada lebih dekat dengan Penciptaku, berada lebih hampir kepada Cinta Hakiki ku..

Alhamdulillah.. Aku sayangmu, Ya Allah.. Aku cintamu, Ya Allah.. tidak mampu ku ungkapkan.. apatah lagi untuk ku zahirkan..

Segala-galanya baik bagi ku.. apa sahaja yang berlaku kepadaku, aku yakin, itulah yang TERBAIK, itulah yang PALING BAIK !! Aku yakin, Ya Allah. Aku yakin !!

Ya Allah, ikhlas dan tsabatkan lah hati-hati kami..

Sewaktu aku baru tamat UPSR, masih segar di ingatanku lagi. Di waktu anak-anak lain dipaksa ke sekolah berasrama, tetapi aku memaksa ibubapaku menyekolahkan ku di sekolah berasrama. Tetapi aku akur. Aku bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. Ketika itu, mungkin krisis kewangan melanda keluargaku, aku tidak berkesempatan berada di sekolah idaman. Kos asrama dan tambahan-tambahan lain antara faktor impianku ditolak. Luluh hatiku ketika itu. Hari pertama Tingakatan 1 ku di sekolah harian biasa, di sekolah yang siapa-siapa sahaja boleh memasukinya. Apakan daya, itu nasibku.

Percaturan Allah itu lebih hebat.

Asbab ibubapaku simpati kepadaku, akhirnya seminggu selepas itu, Allah mentakdirkan ku bersekolah di sebuah sekolah asrama di pedalaman. Gembira sungguh hatiku, riang sungguh jiwaku. Meskipun mendaftar dengan hanya berhutang, tetapi itulah titik permulaan untuk ku berjuang di jalan ILMU ini. Alhamdulillah, Ya Allah.

Aku bukan dari kalangan orang berada. Masihku ingat, di saat rakan-rakan lain pulang ke asrama dengan menaiki kereta, tetapi aku pulang menaiki lori. Itulah yang kami ada. Alhamdulillah. Ayahku dahulunya pemandu lori. Itulah transport kami sekeluarga. Asset yang berharga tidak akan aku lupa jasanya.

Segalanya adalah TERBAIK.

Kesusahan keluarga ku menjadikan aku lebih gigih berusaha, lebih rajin menimba. Aku ingin merubah keadaan keluargaku. Itulah impian ku dahulu. Sehingga kini, impian itu masih terpatri di hati.

Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan menembusi hati yang dipenuhi maksiat..

Selepas keputusan PMR diumumkan, aku merancang ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah. Allah izinkan. Aku ditawarkan ke sebuah sekolah yang agak terkenal di Negara ini. Gembira sungguh ibubapaku. Harta tidak mampu ku berikan, hanya itu yang mampu ku hadiahkan.

Bukankah perancangan Allah itu lebih baik.

Aku tidak diizinkan Allah ke sana. Tetapi Allah memilihku untuk ke sebuah sekolah agama. Dahulu ku tidak mengerti sebabnya, tetapi hari ini baru ku tahu hikmahnya.

Sekolah agama inilah yang mengenalkan ku apa itu Ma’thurat, apa itu Usrah, apa itu Kuliah. Sekolah ini jugalah yang mengenalkanku sahabat-sahabat baik yang tidak pernah ku sangka kehadirannya.

Jika Allah izinkan ku ke sekolah asrama penuh itu, apakah aku bisa mendapat apa yang aku telah dapat ini ??

Aku tiada jawapannya.

Yang pasti, aku yakin, inilah yang TERBAIK.

Kerana Kau cinta, Kau duga..

Sewaktu aku di tingkatan 5, pengetuaku berjanji. Barangsiapa yang memperolehi 12A1 dalam SPM, Pakej mengerjakan Umrah akan dihadiahkan kepadanya.

Ya Allah.. Kau sahaja tahu betapa aku inginkan hadiah itu. Aku tahu, susah sungguh untuk ku pergi menunaikan umrah dengan kewangan ku sendiri. Aku sedar status diriku, aku bukan orang senang. Jadi, tidak pernah putus doaku untuk mendapat keputusan semaksimum itu dalam SPM ku.

Setiap kali aku nampak kapal terbang, pasti aku kata dalam hati, “Aku akan naik kapal terbang suatu hari nanti”.. aku ingin kerjakan Umrah, jadi sudah pasti aku dapat naik kapal terbang. Waahh !! tinggi betul impianku dahulu, setinggi kapal terbang itu.

Perancangan Allah itu lebih hebat !!

Aku tidak berjaya mendapat 12A1. Aku tidak diiznkan Allah untuk ke Baitullah. Aku tidak diizinkan Allah untuk menaiki kapal terbang. Semuanya Allah tidak izinkan. Semuanya aku tidak dapat. Apa yang aku dapat ??

Menggembirakan hati kedua ibubapaku. Ya !! hanya ini. Tetapi ia sudah cukup bermakna bagiku. Alhamdulillah..

Aku tahu, jika aku diizinkan menunaikan umrah, pasti ketika itu aku tidak bersedia. Takut sia-sia sahaja umrah ku itu. Jika ku berjaya menaiki kapal terbang itu, pasti aku berbangga. sudah pasti, kotor sungguh hatiku.. 😦

Oleh kerana itu Allah tidak izinkan. Aku yakin, Ya Allah.

Aku yakin inilah yang TERBAIK !!

as long as there is desire, as long as there is time, i'll do my BEST !!

Sewaktu aku memilih tempat untuk ku sambung pelajaranku, tempat pertama dalam impianku adalah untuk ke luar Negara. Aku ingin benar ke luar Negara. Selain dapat menaiki kapal terbang, aku juga dapat belajar di tempat orang. Aku ingin sangat. Sangat-sangat ingin.

Bukankah telah ku katakan, perancangan Allah itu lebih hebat !!

Allah tidak izinkan ku ke luar Negara. Keputusan interview aku mengecewakan. Aku tidak layak ke sana. Allah sahaja tahu hatiku ketika itu. Hanya Allah. Allah sahaja.

Allah menurunkan hujan, untuk menghadiahkan kita pelangi.

Hampir sama keadaanku sebegitu. Allah menggagalkan ku ke oversea, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan ku sebuah tempat belajar yang tidak pernah ku sangka. Alhamdulillah.. meskipun ia tidaklah sehebat di oversea mahupun mana-mana kolej di negara ini, tetapi ia sudah cukup untuk mengekalkan ku istiqamah di jalanMu.. Alhamdulillah..

Allah, Allah, Allah..

Sehingga kini, Allah sentiasa mengujiku. Kesan Tarbiyah dari Allah ini sebenarnya meneguhkan lagi sayangku kepadaMu, menebalkan lagi cintaku kepadaMu, Ya Allah..

Aku yakin !! Aku percaya !! Segala-gala ketentuanMu ini adalah yang TERBAIK untuk ku !! Sangat TERBAIK !! Aku sendiri pun tidak mampu merancangnya.

Saat hajatku dimakbulkan itu, ia adalah TERBAIK untuk ku, dan ketika impianku tidak dipenuhi oleh Mu itu, itu juga adalah TERBAIK untuk ku.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala-galanya.. Terima kasih.. Terima kasih.. 😦

Akhirnya, ku tiba jua di Bumi Palestin..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

“Baiklah, kamu semua akan bergerak menuju ke Gaza dalam beberapa minit lagi..”, perintah komanden kami.

SubhanAllah, berdebar juga aku waktu tu.. apa tidaknya, jam 2 pagi kami dikejutkan untuk kami memulakan langkah menuju ke tempat yang kami tunggu-tunggu, Gaza !! SubhanAllah..

Kami sudah menjangkakan waktunya. Itulah waktu yang paling baik untuk kami melaksanakan misi kami.

“Gaza, tunggu kami !!”, laungan hatiku.

“Kamu semua akan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil..” terang komanden kami.

Aku dimasukkan ke kumpulan yang kedua.

HAMAS. Itulah nama kumpulanku.

Setelah kumpulan pertama berlepas, kini tiba kumpulanku pula memulakan strategi. Gelap. Sangat gelap. Perlahan langkah kami. Perlahan bicara kami. Namun berkobar hati kami, gencar semangat kami.. itulah kekuatan kami.. Ya !! Mahal nilainya.. tidak mampu dibeli sesiapa..

“Siapa tu ??”, tanya Akh Nawal, salah seorang sahabatku pabila melihat kelibat manusia menghalang laluan kami.

“Hey you !! Come here !!”, arah dua orang pemuda kepada kami.

Berdebar kami dibuatnya.

“Who are u ?? What are u doing here ??” soal pemuda itu kepada kami.

“We are Malaysians. We want go to Gaza !!” jawapan ringkas ketua kami, Akh Syafie.

“What ?? Gaza ?? Are u serious ??” tempik salah seorang pemuda itu.

“Do u have the passports ??” sambungnya.

“No..” jawabku.

“What !! Really ?? How can u be here ?? Tell us truthly, Who are u ??” pelik soalannya. Masakan tidak, kami diberitahu bahawa kami akan dibantu untuk mendapat passport kami diperhentian pertama.

Di situlah perhentian pertama kami.

Pelik.

“We are Malaysians. We came here to get our passports from u. Please give us right now, we don’t want waste our time just to be here for a small matter. We don’t have enough time to entertain u. Palestinian need us !!” tegas Fadzli, sahabat kami yang paling veteran.

“Okey, we just want to make sure that u all are the group who are we waiting for..” jelas pemuda tersebut.

Alhamdulillah.. lega hatiku. Aku ingatkan mereka ini adalah antara Tentera rejim Zionis. Nauzubillah.

Ikhwah kami juga rupanya. Alhamdulillah.

“Take this. Please keep it wisely. Without your passports, u can’t enter Gaza, U will be prevented from continuing your JIHAD !!”

“JazakAllah akh.. InsyaAllah.. pray for us. Hope we can reach there safely”, jawab Syafie selaku ketua kami.

“Cepat, kita sudah lambat”, pesanku mengingatkan pesanan komanden yang kami perlu sampai ke Gaza dengan segera.

Laju langkah kami meneruskan perjalanan.

Gelap. Gelap gelita. Hutan sekeliling kami.

Sunyi. Sangat sunyi.

“Stop !!”

Ya Allah !! Terkejut kami. Seketika langkah kami, tiba-tiba jalan kami dihalang lagi.
Seorang lelaki dihadapan pasukan JIHAD ini.

“Who are u ?? What are u doing here ?? Where u want to go ??” soalan sama terpaksa kami terima.

Jawapan kami sama. Jawapan kami bertenaga. Jawapan yang tidak menunjukkan secebis sifat putus asa. Itulah kami, sekumpulan PEMUDA.

“We are Malaysians. We want go to Gaza !!”

“Really ??” reaksi yang sama juga terpaksa kami hadapi.

“Absolutely, YES!!” jawab Azhar.

“Where are your passports ??” tanya lelaki itu.

“Here..”, hulur Syafie.

Lama juga kami tunggu untuk pengesahan.

“Okey, u can go !!”

Alhamdulillah.. mudah kami lepasi station kedua ini. Hanya masa kami agak terbuang di sana. Walaubagaimanapun, lelaki tersebut memudahkan kami. Dia bawa kami menuju jalan yang sepatutnya.

“Hopefully..”, bisikku.

Kemudian kami dibawa ke pintu masuk di sebuah kawasan.

“Here is Rafah..”, Tiba-tiba lelaki itu bersuara.

“What ??!!” terkejut aku.

“Here is Rafah..”ulangnya.

Tidak ku sangka, aku sedang berdiri di Sempadan Rafah yang sering ku dengar selama ini. Sempadan yang menghubungkan Mesir dan Genting Gaza ini benar-benar membuatku terkenangkan misi AMAN PALESTIN selama ini.

“Sukar untuk melepasi sempadan ini..Terlalu banyak cabaran..” terngiang-ngiang suara Ustaz Sharuzzaman, Pengerusi Aman Palestin Perak di telingaku.

Lelaki yang membawa kami ke Rafah ini akhirnya meninggalkan kami.

Kami teruskan perjalanan.

Ya !! kami dihalang lagi. Itu sudah kami jangkakan. Tetapi kini kami di Sempadan Rafah, tentu lebih sukar.

“We are Malaysians. We want go to Gaza. Please let us go..” jawabku seperti sudah menjangkakan soalan dua orang lelaki di hadapan kami ini.

“Where are your passports ??”soal lelaki tersebut.

“Here..”, maju Syafie kehadapan.

SubhanAllah.. aku rasa inilah station yang paling getir sekali. Benar kata-kata Pengerusi Aman Palestin itu. Terlalu banyak soalan yang diajukan kepada kami. Letih kami menerangkan tujuan kami.

“We came here with a mission. There are a lot of people who are in need. They are our relatives. We urge U, please let us go to help them.. We don’t have enough tyme..”panjang lebar ku terangkan.

“NO !!!”, tempik lelaki itu.

Ya. Inilah station yang paling sukar. Ketua kami dibawa ke tempat lain. Aku pun tidak tahu apa yang dibincangkan mereka. Hujanan soalan menimpa kami. Terlalu banyak.

Letih. Letih kami menjawabnya. Mereka seperti tidak percaya tujuan kedatangan kami.

Akhirnya..

Alhamdulillah..

Kami dibenarkan pergi. Alhamdulillah.. Satu perkembangan terbaik bagiku. Aku yakin, perjalanan selepas ini lebih mudah setelah melepasi sempadan ini.

Aku di Gaza !! Benar-benar tidak ku sangka.

Seriously !!

Kemudian seorang lelaki sudah terpacak menunggu kami. Kami di bawa ke sebuah terowong.

Kecil.

Gelap.

Berliku.

Jauh.

Seorang demi seorang bergerak. Kami tidak diizinkan bergerak serentak.

Bahaya katanya.

Setelah kami semua Berjaya melepasi terowong tersebut, akhirnya kami bertemu kumpulan lama kami. Kumpulan awal yang bergerak ke Gaza, kami temui di hilir terowong.

Selepas itu, kami semua dibawa ke penempatan penduduk Gaza.

ALHAMDULILLAH… kami BERJAYA melaksanakan misi kami. ALHAMDULILLAH.

***************

SubhanAllah.. sebenarnya kami bukanlah di GAZA, tetapi kami diseret untuk mendalami SUASANA di GAZA.

Itulah ISMA Outdoor Camp 2011.

Inilah kali pertama aku menjadi peserta sebuah mukhayyam yang bertemakan PALESTIN. Semua serba serbi ala-ala hidup JIHAD di PALESTIN.

Semuanya !!

Nama kumpulan, lagu tema, cheers, aktiviti dan pelbagai yang lain, semuanya bertemakan PALESTIN.

Setiap masa diluar kami mesti dalam PERBARISAN. SERIUS. Mukhayyam ini bukan untuk main-main, gelak tawa. Inilah latihan untuk kami.

Latihan BUKAN untuk menjadi seorang TENTERA, tetapi JIWA kami dididik untuk menjadi seorang PERWIRA.

Menghayati nasib saudara seagama. Menyelami penderitaan Ikhwah yang seperti tiada penghujungnya. Menanam semangat untuk berJIHAD di jalan-NYA.

Cerita di atas adalah salah satu aktiviti yang di jalankan di dalam hutan pada pukul 2 pagi. Melaksanakan misi untuk memasuki GAZA. Semuanya dirancang rapi. Semuanya seperti realiti. Jikalau tadi ku tulis dalam English, sebenarnya di ‘Rafah’ dan beberapa station lain, Ustaz Sharuzzaman selaku salah seorang Fasilitator, tidak bertutur English dihadapan kami, tetapi Arabic. Petah tutur bicaranya. SubhanAllah..

Serius !! Kami seperti betul-betul di RAFAH !!

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Meskipun aku terpaksa korbankan masa cutiku, rupa-rupanya aku telah menyelamatkan SEMANGAT PERWIRA ku dari dikorbankan..

Mahal sungguh harganya. Tidak ternilai nilainya. Inilah pengalaman EMASku yang tidak bisa ku lupakan.. Pasti semangat untuk membantu Ikhwahku di PALESTIN akan terus mengalir dalam jiwa sanubariku..

Alhamdulillah..