Ini Jalan Pilihanku…

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Tahun ni merupakan tahun yg ke-2 aku meninggalkan sekolah kesayangan aku, SMKA Pedas. Sekolah yg bagi aku penuh dengan pelbagai kenangan, kenangan manis, pahit, lucu dan banyak lagi la. Bile aku mengimbau kembali mase aku zaman sekolah menengah dulu, antare perkare utama yg pasti aku teringatkan adalah kawan-kawanku. Kadang2 tu, aku akan tersenyum sendirian. Ape taknye, teringat gelagat2 kawan aku tu, sape2 je akan terhibur. Sehinggakan, setiap hari pasti ade je gelagat2 baru yg mereka tunjukkan. Study, bergurau, bermain; semuanye same2. Sebab tu la hubungan kami sangat akrab.

Indah rasenye zaman persekolahan ni sebenarnye. Em, tapi semuanye dah berlalu. Pantas rasenye mase ni berlalu. Sekejap je aku rase, dah 2 tahun. Kawan-kawan semuanye dah membawa diri mengikut haluan masing2. Alhamdulillah, setakat ni, ape yg aku tahu, semua kawan-kawan aku dapat tempat untuk sambung belajar. Walaupun kami dah tak bersame, tapi aku gembira sangat sebab kawan2 aku semuanye dah ade haluan mase depan masing2.

Jika dulu bile kami berjumpa, kami hanye bual2 kosong je, tapi sekarang, bile berjumpe tu, pasti banyak perkare yg nak dibualkan. Em antare topik yg hangat bagi aku adalah pasal study la.
“ko study mane sekarang? amik kos ape ek?” pertanyaan begini memang kerap sangat diajukan. Dan inilah yg ingin aku kongsikan dari dalam diri aku sendiri.

Sebenarnye, sejak aku sambung belajar ni, banyak perkare yg aku fikirkan. Antare nye berkenaan arah dan haluan mase depan aku. Aku pun tak tahu la kenape aku ade perasaan sebegini. Perasaan yg aku sendiri pun tak dapat nak ungkapkan dengan kate2. Tapi aku akan cube untuk terangkan segala ape yg terpendam dalam diri aku selama ni.

Sejak aku mule2 masuk sekolah menengah dulu, aku ade satu minat yg mendalam terhadap Bahasa Arab. Aku nak masuk asrama pun sebab nak belajar bahasa Arab la. Aku ingat lagi, Ustazah Yusniza, iaitu seorang guru yg sangat cemerlang dalam melahirkan minat terhadap Bahasa arab, die lah yg ajar aku bahasa Arab ni. Aku rase seronok sangat bile belajar dengan die. Antare guru kesayangan aku die la. Sehinggakan nombor pendaftaran kereta die pun aku ingat sampai sekarang- kereta Waja NBJ1011 🙂 Banyak sangat die tolong aku. Alhamdulillah, aku ade seorang guru macam ni..

Bile aku naik Tingkatan 4, sekolah aku ni, SMK Tunku Besar Burhanuddin, tak menawarkan Bahasa Arab untuk pelajar SPM. Ia ditawarkan untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3 je. Oleh kerana minat yg sangat mendalam, jadi, aku, Riduan, dan sahabat karibku,Khalilullah, ambil keputusan untuk berpindah sekolah. Berat rase hati ni, tapi kami sanggup berkorban demi untuk menyambung belajar Bahasa Arab. Alhamdulillah, akhirnye, kami berjaye ditawarkan ke SMKA Pedas. Kami rase seronok sangat dan kami bertekad untuk belajar sunguh2 di sana.

Seperti biase, tingkatan 4 ade dua aliran- Aliran Sains dan Akaun. Jadi aku tekad untuk memilih Aliran Sains sebagai aliran pengajian SPM aku. dalam mase aku belajar dan menuntut di sini, akhirnye minat aku dalam bidang sains ni muncul. Aku terasa bidang ni seronok je belajar. Alhamdulillah, Allah sentiasa memudahkan aku untuk belajar dalam bidang ni, membuatkan aku rase lebih minat dan berazam untuk teruskan di pengajian tinggi nanti. Tapi, dalam aku berminat dalam bidang sains ni, bukan bermakna aku tak minat bidang agama, aku minat, tapi entah la..aku nak jadikan sains ni sebagai career aku. Dalam mase untuk memilih bidang pengajian ke pengajian tinggi, aku dah berjanji dan menetapkan kat diri aku ni, yg aku nak ambil Sains sebagai haluan aku. Sehinggalah hari ni, aku telah memilih jalan yg aku idamkan sejak aku tingkatan 4 ni.

Ya Allah.. aku pun tak tahu la nak cakap macam mane. Setelah hampir setahun aku belajar ni, tibe2 minat aku tarhadap bidang agama muncul. Aku pun tak tahu la bile die muncul. Aku melihat segelintir dari kawan-kawan aku menuntut dalam bidang agama, secara jujur untuk aku katekan dari dalam sudut hati aku ni, aku ade perasaan cemburu kat mereka semua tu. Entah la..aku terasa aku belajar dalam bidang sains ni, agak berat bagi aku. tapi aku tak bermaksud yg aku dah tak minat bidang ni, tapi bile aku tengok senior2 aku study, aku rase macam …. em entah la. Aku pun tak tahu nak cakap macam mane.

Aku selalu terpikir, bidang agama ni mesti seronok belajar. Tak kire la, syariah ke, Al-Quran dan As-Sunnah ke, Bahasa Arab ke, semuanye bagi aku bile belajar akan rase enjoy. Macam ni la bile aku belajar mase SPM dulu. Tak ade pressure, seronok je study. Susah macam mane pun, tak de la sampai terasa macam nak putus ase. Bile aku pikir2 ni, aku bandingkan dengan bidang aku sekarang. Ya Allah..tuhan je la yg tahu. Terlalu jauh bezanye.

Antare impian aku mase aku sekolah menengah adalah aku nak study kat oversea. Tapi , Allah tak mengizinkan. Aku redo dengan ketentuan tu. Mungkin kelulusan aku tak cukup layak lagi. Tak pe, aku redo. Alhamdulillah… tapi mase aku cuti bulan 3 hari tu, aku ade terbace satu bulletin yg aku ambil kat Pusat Zakat Kuala Pilah. Aku tak ingat name bulletin tu. Dalam mase aku selak2 buletin tu, tibe2 aku terbuka satu halaman yg menarik diri aku untuk membaca artikel tu. Ia berkenaan dengan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yg telah menghadiri kursus sebelum berangkat ke Negara Timur Tengah. Kat dalam artikel tu ade gambar. Tibe2 aku terkejut tengok ade beberape kawan dari sekolah aku di situ. Maknenye mereka dapat belajar kat sane. Ya Allah..gembiranye mereka. aku teringin sangat pergi ke Negara orang, tapi apekan daye, tak de rezeki. Kawan2 aku ni, dah la dapat pergi sane, dalam bidang agama lagi, beruntungnye!!!! Hati aku ni terase pedih sangat..:( “tak pe la, tak de rezeki aku..” ni la ayat yg sering aku bisikkan kat dalam hati aku ni…

Walaubagaimanapun, akhirnye aku dah bina satu kekuatan kat dalam diri aku ni. Aku mesti kuat!! Aku mesti harungi semua ni walau ape sekali pun. Aku bukan tak boleh belajar agama, sediakan mase untuk semua ni, aku boleh la belajar. InsyaAllah.. Tapi, aku yakin, ape yg aku belajar ni, tak banyak mane pun. Sebab tu la aku dah buat satu cita2. Dah lame aku target. Lepas aku dah abis belajar dalam bidang aku di peringkat yg tertinggi yg aku mampu, InsyaAllah aku berazam ingin mengambil bidang agama pula. Mungkin dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah. Em ni pun kalau tak de pape halangan. Aku sendiri pun tak tahu ape nasib aku nanti. Kite hanye merancang, Allah yg tentukan. Tapi, jika Allah tak izinkan jugak, tak pe la. Aku cari je la ilmu ni setakat mane yg mampu.

Bukankah Allah amat benci kepada hamba-hambaNYA yg bersungguh-sungguh mencari ilmu dunia, tapi tidak untuk ilmu akhirat. Kite hanya nak berjaye di dunia je, tapi kejayaan di akhirat langsung tak hiraukan. Nauzubillah..

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi…..” (Surah Al-Qasas: 77)

Berdasarkan ayat ni, Allah tetap mengutamakan akhirat daripada keduniaan. Tapi Allah tidak mengarahkan hambaNYA supaya meninggalkan hal2 dunia. Jadi, wajiblah ke atas kite mengutamakannya daripada segala yg selain daripadanye. InsyaAllah..

“Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, Kau berkatilah kehidupan kami, rahmatilah kami,kasihanilah kami,dan Kau ampunilah kami. Ya Allah, Kau bantulah kami, walau ape pun bidang yg kami ceburi, Kau rapatkanlah hubungan kami dengan Mu Ya Allah..mudaha-mudahan ilmu yg kami pelajari ini, dapat mengingatkan kami kepada kekuasaan Mu Ya Allah…” Ameen Ya Rabbal ‘Alamin…

Alhamdulillah Ya Allah…

Menghayati, merenungi, menginsafi..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Dalam menyusuri kehidupan ni, sudah pasti kehidupan kite penuh diisi dengan  segale keindahan dan kesenangan sehinggakan jarang sekali untuk kite memikirkan siape yg memberi semua nikmat itu tadi. Itulah manusia. Kite hanye mahu menerime dan meminta dari Allah yg Maha Kuasa, tapi sering kali melupekan segale tanggungjawab kite kepada Maha Pencipta. Itulah manusia. Sering lalai dan lupa, bahawa hidup di dunia ni hanyelah sementare. Tahu dan yakin kehidupan akhirat akan menjelma, tapi baginye itu bukanlah matlamatnye.

Jadi mulai hari ni, marilah menilai diri kite, apakah sudah cukup bekalan untuk kite bawa di hadapan Allah nanti. Iaitu pada saat manusia yg tidak cukup amal untuk membela dirinye, memohon kepada Allah untuk kembali ke dunia semula. Tapi pade ketike itu, semuanye sudah terlambat..Allahu Akbar..

Bacelah sedikit renungan kat bawah ni, sebagai penyuntik semangat untuk kite menjadi seorang muslim dan muslimah yg sebenarnye. Renungan ni diambil dan kemudian diolah agar ia sesuai dibace dan dijadikan alat pengukur untuk kite semua. InsyaAllah..

Wahai Muslimin, renungilah..

Muslim sejati adalah seorang lelaki yang beriman,
Hatinya yang disalut rasa taqwa kepada Allah,
Jiwanya penuh penghayatan kepada Allah,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan,
orang-orang yang berjuang dijalan Allah…

Muslim sejati adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Muslim sejati adalah lelaki yang menghormati kedua ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri & anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia,
Baginya ia adalah rumah sementara menuju akhirat…

Muslim sejati sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja dan perkara yg sia-sia,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Muslim sejati tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan…

Muslim sejati sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Muslim sejati adalah lelaki yang tidak pesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dia ingin membawa wanita bersama,
Kerana itulah dia menjadi lelaki idaman setiap wanita….

Wahai Muslimat, hayatilah..

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti,
Yang luhur dari keimanan yang murni,

Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan fitrah insani,

Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti..

Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah,

Yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan
perkataan mulia yg penuh barakah,

Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah,

Dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuan Yang Maha Pemurah,

Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman yg indah…

Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia,

Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan
impiannya,

Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya…

Namun apakah mereka menyedarinya???

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan,
Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh  seorang insan,

Rasulullah (S.A.W) telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga
pengorbanan wanita selalu dikenang…


Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan,

Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka yg mengazabkan,

Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Ar-Rahman…

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga,

Menjadi dambaan insan yang beriman dan mulia,

Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani,

Menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti,

Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran,

Membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan…

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita,
Dalam kehidupan seorang wanita solehah yg tinggi darjatnya,

Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya,

Yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya,

Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurga…

Begitulah sifat wanita yang menghiasi dunia,

Perasaan malu menjadi pakaian yang sentiasa menyelubungi dirinya,

Menundukkan pandangan mengelakkan fitnah yang memanahnya,

Merendahkan suara menjaga maruahnya,

Dilakukan hanya untuk Kau Yang Maha Esa,

Untuk peroleh syurga buat selama-lamanya..

Sahabat-sahabatku,

Marilah kite ambil peluang ni,

yg mane diri kite sendiri pun tak tahu sampai bile peluang untuk kite memperbaiki diri ni berakhir..

Mudah-mudahan renungan ringkas ni dapat memberi sedikit sentuhan rohani yg kite dambarkan selami ni..InsyaAllah..

“ Ya Allah, Kau bimbinglah kami dalam melayari kehidupan dunia yg palsu ini, Kau berilah kami petunjuk-Mu, sebagai pelita di dalam dunia kegelapan ini Ya Allah..Kau kurniakanlah keampunan kepade kami,  Kau ampunkanlah dosa-dosa kami, kerana sesungguhnye Kau lah pengampun dosa-dosa hamba-Mu ini..:( ” Amin Ya Rabbal ‘alamin…

Alhamdulillah Ya Allah…

Ops Dakwah

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

‘Bile lagi cuti semester ek??’ Aku sentiase menanti cuti2 panjang macam cuti semester ni la. Sejak aku jadi mahasiswa ni, baru aku tahu nikmat cuti bagi seorang yg bergelar pelajar. Mase kat sekolah menengah dulu, setakat cuti mase weekend, tak de rase pape pun. Balik hari Jumaat, hari Ahad datang asrama balik. Tak de pape pun yg dapat buat kat rumah dalam mase yg singkat macam tu. Tapi, bile dah masuk university ni, cuti la yg aku tunggu2.

UTP agak jauh dari rumah aku. Kalau naik bas dari Ipoh, lebih kurang 3 jam lebih baru sampai. Itupun baru sampai Seremban, tambah 1 jam lagi nak sampai Kuala Pilah. Kalau naik KTM, lagi la pulak, 5 jam dari Ipoh ke Seremban. Jadi, aku memang akan balik, cume bile cuti panjang je. Ini la kehidupan aku sekarang, dalam satu semester, 2 kali je aku balik cuti yg kirenye agak lame la cutinye. Tapi bukan aku je camni, semua kawan2 aku yg lain pun lebih kurang same je. 🙂

Oleh kerana itulah, aku akan sentiase manfaatkan cuti aku dengan perkare2 yg aku tahu, aku tak akan dapat kat UTP. Terutama mase cuti semester. Inilah masenye aku gunekan untuk melakukan segalanye tanpa ade rase bebanan assignment, tutorial, lab report dan banyak lagi la.. dan peluang ni tibe buat pertama kalinye mase aku cuti semester pade bulan Disember tahun lepas.

Sebelum cuti ni mule, sebenarnye aku dengan beberapa sahabat aku dah rancang banyak aktiviti untuk dilakukan. Kami bersyukur sangat sebab mase cuti kami same. Bukan senang nak dapat cuti same2. Jadi kami ambil kesempatan ni untuk merancang dan melaksanakan aktiviti2 yg bagi kami bukan je seronok, tapi hikmah tersirat yg lebih penting untuk kami hargai adalah, kesan ukhwah antare kami.

Alhamdulillah agak terisi jugak cuti aku mase tu dengan perancangan demi perancangan yg di lakukan. Sebenarnye, ni la antare perancangan pertame yg kami sendiri lakukan. Sebelum ni, kami hanye mengikuti dalam sesuatu program, tanpe terlibat dalam merancang program tersebut, tapi untuk aktiviti cuti semester kami ni, kami sendiri yg lakukan dari semua aspek. Kewangan, pengangkutan, tentatif program, dan beberape perkare lain, semuanye kami merancang sendiri. Ini adalah latihan bagi kami. Tak kan la nak harapkan orang je, kami sendiri harus melakukannye.
Dalam banyak2 aktiviti yg kami lakukan bersame, aktiviti Rehlah Silatul Ikhwah adalah aktiviti yg paling aku tak boleh nak lupekan. Dua hari aktiviti ni berlangsung. Lame jugak kami rancang program ni. Beberape kali jugak tangguhan yg kami terpaksa lakukan. Walaubagaimanapun, aktiviti ni la yg paling berjaye. Rehlah di Port Dickson, ni la lokasi kami. Bukan je kami diisi dengan kepentingan jasmani, tapi motif dan tujuan kami adalah kami ingin rohani kami juge terisi. Banyak jugak pengisian2 yg kami dapat, terutama dari Naqib kesayangan kami yg telah pun pergi melanjutkan pengajiannye ke Sydney baru2 ni, Akh Anas Yusuf dan pengisian dari Akh Adzim Shaari atau name panggilannye, Akh Mono. Walaupun kat dalam negeri je, tapi seronok sangat. Sahabatku, kenangan kite bersama ni tak akan aku lupekan. Dan kami merancang ke luar negeri (bukan ke luar Negara 🙂 ) pade mase2 yg lain pule. InsyaAllah..

Pade hari terakhir program rehlah kami ni, kami menghadiri satu taklimat yg harus kami hadiri untuk menjadi sukarelawan pade malam tahun baru 2009. Sebenarnye, ni la yg aku nak highlight kan tuk post aku kali ni. Em sukarelawan ape ek?? Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) telah menganjurkan satu operasi pade malam ambang tahun baru, Dan JAINS telah mempelawa semua badan2 dakwah NGO di Negeri Sembilan ni, tuk bekerjasama menjayakan aktiviti ni. Operasi ni di panggil OPS Sayang Di Sayang. Em pertame kali aku dengar, aku nak tergelak gak. 🙂 Aku ,Riduan, Afnan dan Fakhri adalah antare sukarelawan tersebut. Kami mewakili salah satu badan dakwah NGO di Negeri Sembilan ni, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Aku rase eloklah aku cite dulu ape operasi ni sebenarnye. Operasi ni dilakukan adalah untuk melakukan serbuan ke atas remaja2 yg boleh dikatekan berkelakuan tidak senonoh la antare lelaki dan perempuan yg bukan mahram. Kami ditugaskan membuat rondaan sekitar daerah Seremban. Sebenarnye, tujuan kami bukanlah untuk menahan orang sesuka hati, tapi kami ade tujuan lain yg lebih penting, iaitu sambil kami membuat rondaan, kami akan memberi risalah2, buku2, dan bahan2 ilmiah lain yg berunsur keagamaan. Bagi pasangan2 yg bagi kami telah melampau, kami ditugaskan untuk membawa mereka ke masjid, dan di sana mereka akan diberi pengisian untuk membimbing mereka. Begitulah tugas kami untuk malam tu. Kami sering diingatkan, tujuan utama kami adalah menyebarkan dakwah, bukan untuk mencari salah mereka2 ni. Bagi aku, inilah antare aktiviti dakwah yg paling besar aku lakukan. Keluar ke tempat awam macam ni untuk mengurangkan kadar maksiat, adalah aktiviti yg tak pernah aku lakukan. Kami bersyukur sangat Allah pilih kami untuk turut serta dalam operasi ni. Alhamdulillah..

31 Desember 2008

Berkobar-kobar hati kami sebelum program kami ni bermule. Aku, Riduan, Fakhri dan Afnan dah sampai kat Masjid Bandar Baru Senawang (tempat kami berkumpul), awal lagi. Orang lain ramai tak sampai lagi, tapi kami dah siap2. Operasi ni mule lepas Isyak, lepas Asar kami sampai. Agak semangat jugak la 🙂 . Sebelum kami membuat rondaan, kami dibahagikan ke beberapa kumpulan. Aku telah dimasukkan ke dalam kumpulan yg ke 12 (tak silap aku la..). Sahabat2 aku yg lain dimasukkan dalam kumpulan yg lain. Kumpulan aku pade mulenye ditugaskan pergi ke sebuah tempat, aku lupe name tempat tu, tapi kemudiannye kami tukar lokasi kami ke Dataran Senawang.

Ya Allah.. sukar untuk aku ceritekan keadaan di sana. Memang di luar jangkaan aku. Mungkin kerana aku tak pernah keluar tengah2 malam camtu, aku rase janggal sangat. Majoriti yg penuhkan kawasan kat situ, hampir semuanye remaja. Lebih kurang sebaye2 aku jugak. Dengan mereka yg lepak2 nye, mereka yg kaki motor nye, semuanye berkumpul malam tu. Malam tahun baru la katekan. Melihat suasana macam tu, kami rase sedih + terkejut sangat 😦 Walaubagaimanapun, kami tetap mulekan tugas kami.

‘Assalamualaikum, bang, ni ade sikit risalah dan buku, abang amik la bace’ . Ni la ayat kami sepanjang malam tu. Kami sebar dan edarkan semua bahan2 tu. Kami diajar sentiase senyum, dan sentiase bersedie hadapi segale kemungkinan. Bagi aku, ni la pengalaman pertame aku pergi bersape dengan mereka2 ni. Sebenarnye, mereka bukan jahat, mereka cume tak tahu je. Mereka terima bahan2 kami tu, mereka tak de la buat2 tak layan ke, berlaku kasar ke, malah mereka senyum, dan berterime kasih. Tapi, ape jadi kat buku2 tadi lepas tu, aku tak tahu la. Terpulang la kat mereka, tapi sekurang-kurangnye, mereka terima. Dalam kami meronda2 tu, akhirnye satu kes yg bagi kami berat terjadi. Sepasang kekasih bersedudukan didalam sebuah kereta berhampiran je kat kawasan kami ronde tu. Aku rase terkejut sangat keadaan mereka mase tu. Astaghfirullah.. mungkin tak bagus untuk aku ceritekan keadaan mereka. Lelaki tadi cube nak berkasar.’Kami tak buat pape pun!!’ bengis lelaki tadi. Bohong!! Keadaan die dah menggambarkan segalenye. Perempuan tu plak, muke selambe je, dengan pakaian die yg entah pape, rilek je. Macam tak de pape jadi pun. Sebaliknye lelaki tadi yg rase takut2. Sepatutnye perempuan la yg rase gelisah, gelabah sebab maruah die tercemar, tapi sebaliknye yg berlaku. Tak tahu la aku nak cakap ape. Em kemudian, seperti yg dirancang, mereka di bawa ke masjid. Tapi kami masih lagi sambung tugas kami.

Tugas kami berakhir lebih kurang pukul 2.30 pagi. Sebenarnye, aku nak sambung lagi, tapi dah kene panggil balik. Mase perjalanan kami pulang tu, masih ramai lagi yg duduk lepak2 kat situ. Lelaki ke perempuan, same je. Aku hairan sangat, macam mane la parents mereka leh benarkan anak2 remaje ni keluar tengah2 malam camtu. Kalau lelaki, aku boleh pertimbangkan lagi, ni perempuan!! Ape yg mereka nak pun, aku tak tahu. Duduk dan naik motor lelaki dan perempuan same2, mereka anggap tu bukan satu dosa pun. Astaghfirullah.. aku bersyukur sangat Allah tak letakkan aku kat tempat mereka. Maknenye Allah masih pilih kami ni untuk berade di jalan-NYA. Alhamdulillah Ya Allah.. Tapi aku yakin, mereka yg bukan di tempat kami ni, pasti akan menerima Taufiq dan Hidayah dari Allah satu hari nanti. Amin..

Kami pulang dengan membawa satu pengalaman yg berharga sangat. Selama ni aku hanye mendengar je, tapi sekarang aku sendiri melihatnye. Bagi aku, ini la tugas aku. Aku tak nak jadi orang yg hanye memperbaiki diri sendiri je. Tak pedulikan langsung saudara2 aku yg lain. Bak kate salah seorang penceramah yg aku penah hadiri kuliahnye, “ kite jangan jadi orang2 MU’MIN yg hanye berdiam diri”..Em bagi aku ayat ni la sebagai pendorong semangat untuk aku berusaha menegakkan Agama Allah ni. InsyaAllah..

“Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada kami kekuatan dalam menghadapi rintangan dan ujian darimu Ya Allah.. Kau bantu kami, Kau satukan hati2 kami ini dalam landasan Agama-Mu yg sebenar Ya Allah.. Ya Rahman, kami telah menzalimi diri kami sendiri, , jika Engkau tidak mengampuni kami, niscaya kami termasuk dalam orang2 yg rugi..maka, Kau ampunkanlah kami Ya Allah..”
Amin Ya Rabbal ‘alamin..

Alhamdulillah Ya Allah..

Wanita Oh Wanita..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

20 Februari 2009

Em hari ni rase cam penat sikit.. Tadi ade kelas tutorial E-math, pastu Physics, kul 12 lak, lecture E-math… rase tak larat badan ni.. Tapi aku gagahkan jugak la, nak wat camne memang dah schedule camtu. Semester ni tak macam semester lepas, yg lepas credit hour lebih banyak, tapi aku still dapat relax ari jumaat camni.. semester ni, ari Jumaat agak sibuk. Aku dah plan nak kosongkan ari Jumaat, tapi nak buat camne, hari lain banyak yg clash dengan subjek lain. Jadi, terpaksalah aku penuhkan sedikit hari Jumaat aku ni. Bukan ape, aku nak tidur jap sebelum pergi Solat Jumaat, ni care aku tak nak tidur mase khutbah 🙂. Tapi dah lame-lame, aku dah biase la, habis kelas, siap2 dan terus pergi masjid.

Hari ni aku rase pelik, walaupun aku letih sikit, tapi aku tak mengantuk sangat. Terasa segar la jugak. Alhamdulillah.. jadi dapat la aku focus untuk khutbah nanti. Tak sabar rasenye..

Hari ni Ustaz Rahmat jadi Imam untuk membace khutbah, iaitu Imam 2 Masjid An-Nur. Em seorang Imam yg lantang dalam membace khutbahnye, membuatkan ma’mum yg hadir pun seronok untuk menghayati khutbah yg disampaikan. Hari ni, isi-isi khutbah lain sikit, iaitu khutbah yg belum pernah aku dengar dalam mane2 Solat Jumaat yg aku hadiri- khutbah berkenaan Sisters In Islam (SIS). Ya Allah.. tak tahu la perasaan aku sepanjang khutbah tu dibacekan. Marah, benci, sedih, entah la..Tak tahu nak cakap camne..:( aku hanye mampu menggeleng kepala dan beristighfar je.. banyak sangat perkare yg aku sendiri pun hairan mengapa sehingga tahap begini ia terjadi. Lepas balik je, aku bercadang nak kaji lebih dalam lagi pasal SIS ni. Mungkin sebahagian dari kite pernah mendengar mengenai SIS ni, mungkin ni pertame kali. Jadi, rasenye eloklah kalau aku menerangkan asal usul penubuhan organisasi NGO ni.

Pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah Syariah. Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokarsi, hak asasi manusia dan perlembagaan. Logo SIS berbentuk rahim sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim.

Objektif utama SIS adalah:

  • Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita
  • Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki
  • Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Inilah serba sedikit maklumat tentng SIS ni. Aku cari pun dalam internet. Dalam aku cari2, aku terbace satu ayat yg dinyatakan oleh salah seorang ahli aktif mereka, Zainah Anwar dalam temubual dengan wartawan The Star. Ape die cakap??

It’s as if in Islam women don’t have any rights at all. One woman asked, if the house were on fire, would she then have to seek her husband’s permission to flee! Women cannot even use their common sense to save their (own) lives. This cannot be Islam. God is just. Islam is just.

Sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas misi dan tujuan utama mereka dalam pertubuhan entah ape2 ni. Mereka ingin mendapat hak sama rate antare lelaki dan wanita. Mereka tak tahu yg Islam ni tidak mendefinisikan keadilan sepeti mane mereka definisikan. Bagi Islam, konsep keadilan itu bukanlah menyamaratakan semua perkare, tetapi keadilan itu adalah meletakkan sesuatu itu kepada tempatnye. Konsep ini harus jelas!! Jangan hanye ingin menurutkan hawa nafsu, sehinggakan sanggup mengetepikan yg Hak dan Batil. Islam tidak pernah mengetepikan wanita, bahkan antare risalah yg dibawa Rasulullah S.A.W adalah menaikkan taraf wanita daripada satu kaum yg dianggap terlalu hina, kepada satu kaum yg harus dipandang tinggi, dimuliakan dan dipelihara kehormatannye. Tapi ape yg mereka faham?? Entah la..Cube kite renungkan ape yg mereka katekan ni;

“Kami menyokong semangat revolusi Islam, satu agama yang telah mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1400 tahun dahulu. Kami percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan. Kami amat sedih kerana agama telah diperalatkan untuk membenarkan amalan dan nilai-nilai budaya yang menganggap wanita sebagai berkedudukan lebih rendah daripada lelaki. Kami percaya bahawa ini berlaku kerana kaum lelaki sahaja yang telah menguasai secara eksklusif hak mentafsir al-Qur’an.”

“Kami percaya bahawa setiap orang mesti diberi peluang sepenuhnya untuk menyertai segala bidang kehidupan demi pertumbuhan dan pengembangan ummah. Penyertaan wanita Islam sebagai rakan kongsi yang setaraf, dalam erti kata sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi ummah adalah menjadi keperluan masa kini. Kami merumuskan bahawa adalah penting pengalaman, fikiran dan suara wanita dimasukkan ke dalam tafsiran al-Qur’an dan pentadbiran agama dalam dunia Islam.”

Sebenarnye ini masih lagi sedikit untuk aku huraikan perkare2 yg mereka cube mengenengahkan. Masih banyak lagi perkare2 yg bagi aku tidak sepatutnye dilakukan oleh mereka. Mereka hanyelah mendatangkan kemusykilan dan perasaan ragu-ragu kepada masyarakat awam dan ini boleh merosakkan akidah umat Islam sendiri. Contohnye, mereka menyoalkan mengenai Sistem Faraid dalam Islam. Mereka mengatakan pembahagian harta kepada kaum Adam lebih banyak daripada kaum Hawa. Justeru, mereka beranggapan bahawa konsep ini harus diubah!!

KUALA LUMPUR: The rules of inheritance for women through the Faraid system must be reviewed and changed, says Cassandra Bal-chin, a freelance researcher, writer and human rights advocacy trainer.”Right now, the rules of inheritance are outdated because they are interpreted according to historical context,” Balchin, a Muslim convert, told the New Straits Times yesterday.
Under the Faraid system, Muslim women get a smaller share of property than Muslim men because of their gender.
“This does not reflect the reality of the situation.
“These laws were made at a different time for a different society. Things have changed since.”Syariah is a principle and not law and the law needs to be changed according to the circumstances because it’s discriminative of Muslim wo-men.”
She also said that it was high time for Muslim women and men to be seen as equals.
“There are many laws and practices that are negative towards Muslim women but we want to change that because we feel that there is plenty of space in Islam for them to get a better deal and, most importantly, for equality of men and women.”
(The New Straits Times; 13 februari 2009)
Siapa yg ajar mereka?? Siapa yg lebih mengetahui perkare2 yg manusia sendiri tidak mengetahui?? Bukan setakat ni je, mereka juge menentang pengharaman senaman Yoga, iaitu satu senaman yg telah difatwakan haram di Negara kite ni. Selain tu, aku ingat lagi dalam satu kuliah subuh, penceramah itu mengatakan tentang salah satu peristiwa berkenaan SIS ni. Salah seorang ahli SIS ini ‘kononnye’ telah menjadi wakil umat Islam dalam satu upacara menunjukkan perdamaian semua kaum dengan menyalakan api lilin di sebuah gereja. Apakah ini menunjukkan tanda2 Islam yg mereka ‘perjuangkan’?? Fikirkanlah.. Sebenarnye banyak lagi perkare2 yg telah mereka lakukan di luar sane. Cume antare kite sedar ataupun tidak je..Astaghfirullah al ‘azim..:(

Ya Allah, Kau bantulah kami, Kau selamatkanlah kami Ya Allah..kami insan keji lagi hina amat menyesali atas segale perbuatan kami Ya Allah..Kau satukanlah hati2 kami dalam satu Kalimah Tauhid-Mu Ya Allah..Sesungguhnye Kaulah tempat kami perhambakan diri dan meminta pertolongan..:(

Sahabat-sahabatku, ketahuilah Allah lebih mengetahui segala rahsia yg tersembunyi di sebalik ape yg telah di syariatkan kepada hamba-hambanye. Wanita, anda semua sebenarnye mempunyai tarafmu yg tersendiri yg diiktiraf oleh Islam. Mengapa anda sibuk untuk mencari kekurangan2 taraf wanita berbanding lelaki, sedangkan anda tak sibuk pun untuk memikir dan mencari kekurangan2 anda di sisi Allah. Cube kite semua hayati perkare2 ni, iaitu berkenaan keistimewaan yg telah Islam nyatakan khas untuk para Muslimah;

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.

(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

(Hadith Riwayat Muslim)

“Dari Jabir bin ‘Atik, Rasulullah saw. bersabda: “Mati syahid ada tujuh, selain mati terbunuh dalam perang fii sabilillah, yaitu: (1) mati karena penyakit tha’un , (2) mati karena tenggelam ,(3) mati karena penyakit lambung ,(4) mati karena sakit perut, (5) mati karena terbakar, (6) mati karena tertimpa reruntuhan, dan (7) perempuan yang mati karena hamil/melahirkan.”

(Hadis Riwayat : Ahmad, Abu Dawud, Nasa’i, dan Malik)

Dari Mu’awiyah bin Jahimah As-Salami, sesungguhnya Jahimah datang kepada Nabi saw. , lalu berkata: “Wahai Rasulullah. Aku ingin pergi perang dan aku sekarang datang minta nasihat kepada Tuan.” Beliau Bertanya: “Apakah kamu masih mempunyai ibu?” ia menjawab: “Masih.” Beliau bersabda:”Uruslah dia, karena surga di bawah kedua kakinya.”

(Hadis Riwayat: Nasa’i, Ahmad, dan Ibnu Majah)

Ya Allah..sungguh besar rahmat dan nikmat-Mu kepada kami.. Inilah bukti betapa besarnye kasih Allah kepada hambe2nye..tak pernah berlaku zalim kepada setiap hambanye. Cume makhluknye saje yg tidak mahu memikirkan dan merenung ayat2 Allah sebagai panduan hidup di dunia dan di akhirat.

‘Kitab (Al-Quran) ini tidak ade keraguan padanye; petunjuk bagi mereka yg bertakwa.’ (Surah Al-Baqarah : 2)

Jike selame ni kite hanye selalu mengeluh setiap kekurangan dalam diri kite, sekarang marilah kite lakukan sedikit reformasi kepada seorang hamba yg selalu menginsafi dan memperbaiki diri dalam setiap kekurangan dalam hidup ini. Moge-moge usaha kecil kite ini benar-benar dikire oleh Allah sebagai satu bentuk kebajikan, yg kite sediakan sebagai bekalan, dalam persediaan bertemu Allah di Hari Pembalasan.. 😦 Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Alhamdulillah Ya Allah..

Antara Ijazah Dan Risalah

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

“Lepas SPM ni nak pergi sambung belajar mane ye, Firdaus?” tanye seorang guru kepadaku. “Em tak tahu lagi la cikgu. Tak de plan mane-mane lagi”, jawabku dalam keadaan yg tersengih-sengih. Inilah antare soalan yg selalu ditanye mase menanti pengumuman keputusan SPM aku tahun lepas. Yg bertanye tu, bukan sahaje cikguku, malah family dan kawan2 aku jugak, hamper same je dialog soalan mereka. Em tapi tu la selalunye jawapanku. Susah rasenye nak cari jawapan lain yg lebih sesuai. : Fenomena sebegini sebenarnye adalah satu fenomena biasa yg selalunye terjadi dalam waktu peralihan tahap pengajian dari sebuah sekolah menengah, ke tahap yg lebih tinggi, iaitu universiti.

Dalam membicarakan tentang berjihad mencari ilmu ni, sebenarnye, bukanlah soalan2 dan jawapan2 tadi tu yg ingin aku ketengahkan, tetapi ade suatu yg lebih penting yg harus kite semua ambil berat, yg mane akan menentukan dan membezakan antare diri kite yg berpegang teguh kepada Islam, dengan orang yg hanya mengetahui ape itu Islam. Ape perkara tu ?? Ia adalah berkenaan dengan niat dan tujuan kite dalam berusaha menuntut ilmu.

Menuntut ilmu ni bukanlah sesuatu yg hanye kite jadikan ia sebagai adat; bile umur 7 tahun je, pergi masuk sekolah rendah, 13 tahun sambung sekolah menengah, kemudian sambung blajar lagi, kalau cemerlang sambung lagi, sehinggalah kite tak berdaye lagi nak menuntut ilmu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, aku yakin kalau kite tanye setiap orang yg menuntut ilmu ni, “kenape datang sekolah?? Kenape tak duduk rumah je, tolong mak dan ayah , tak pun duduk je kat rumah, bukankah itu lebih menyeronokkan?? “ Sudah pasti jawapan yg lazimnye mereka berikan adalah kerana mereka ingin menuntut dan menimba ilmu. Bagiku, inilah jawapan yg paling bijak. Suke aku berkongsi satu kate2 pujangga Arab yg bagiku, ia memberi satu makna yg berkesan dalam kite menuntut ilmu ni.

“Manusia itu pade hakikatnye, adalah mati. Mereka tidak mempunyai ape-ape nilai pun di sisi Allah, melainkan orang-orang yg berilmu..”

Alhamdulillah, dalam kite sedar atau tidak, sebenarnye kite telah keluar dari satu kelompok yg di’isyhtihar’kan mati di sisi Allah. Kenape?? Kerana kite masih lagi dalam jihad menuntut ilmu. Aku juga teringat satu lagi kate2 yg aku dengar dalam satu kuliah Maghrib baru2 ni;

“Orang yg tidak berilmu atau jahil, sebenarnye mereka mati sebelum matinye yg sebenar (ajal) tibe. Apabile di tanye, jika die mati sebelum matinye yg sebenar, di manakah kuburnye?? Sebenarnye, jasadnye itulah kubur baginye yg telah mengebumikan hatinye..”

Ya Allah, sebak hatiku bile pertame kali aku mendengarnye. Aku bersyukur kepada-Nya kerana Allah masih memilih aku untuk menjadi salah seorang dari hamba2-Nya, berkesempatan menuntut ilmu. Jika hendak dibandingkan dengan saudara kite di Negara2 lain, kite di sini cukup bertuah dan wajib ke atas kite mensyukuri nikmat Allah ni.Alhamdulillah..

Jika kite semua sedar, kite sekarang telah melepasi fasa pertama, iaitu kite telah tergolong dalam kelompok orang2 yg menuntut ilmu. Kite telah pun mengeluarkan diri kite dari orang yg jahil dan tidak menuntut ilmu. Walaubagaimanapun, kite masih ade lagi satu fasa penting untuk kite bermuhasabah dan renungi sedalam-dalamnye. Apakah ia?? Hayati kate2 ni;

“Orang yg berilmu itu, kebanyakannye tertidur, melainkan orang2 yg beramal dengan ilmunye”.

Em inilah fasa yg kedua merangkap satu perlaksanaan yg amat sukar dilakukan bagi orang2 yg berilmu. Beramal dengan ilmu yg baik yg diperolehinye, adalah satu tuntutan dalam Islam. Tidak ade gunenye mereka yg menuntut ilmu, tetapi hanye ‘menjerukkan’ ilmu tersebut dalam kepala mereka, tanpa beramal dengannye. Mereka sebenarnye sama je seperti orang2 yg tidak menuntut ilmu. Ilmu tersebut tidak dapat memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain. Aku teringat kate2 seorang Tokoh Ulama’, yg bernama Sufian (aku tak sempat catit name penuhnye 🙂 ), beliau berkate;

“Jika aku mempunyai ilmu, dan kemudiannye aku beramal dengan ilmu2 itu, akulah orang yg paling ‘alim dalam dunia ni. Tetapi jika aku mempunyai ilmu, dan aku tidak beramal dengan ilmu2 itu, akulah orang yg paling jahil dalam dunia ni”.

Sahabat2ku, kite kene sedar, bahawa penilaian Allah itu langsung tak same dengan penilaian manusia. Allah tidak melihat kepada hartamu, pangkatmu, rupa parasmu, kebijaksanaanmu, tetapi, Allah melihat kepada amal2 kamu. Allah pernah rakamkan berkenaan perkare ni dalam Al-Quran;

Mahasuci Allah yg menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antare kamu yg lebih baik amalannye. Dan Dia Mahakuasa ,Maha Pengampun. (Surah Al-Mulk: 1 & 2)

Itulah jika kite ingin mengungkapkan mengenai beramal dengan ilmu. Ya, aku pasti, sudah tentu daripada kite mengatekan yg kite sudah pun menuntut ilmu, malah kite sudah beramal dengan ilmu2 yg kite miliki. Jike ini benar, maknenye kite telah pun berada pada satu tahap yg cemerlang dalam orang yg menuntut ilmu. Wahai sahabat2ku yg aku sayangi, walaubagaimanapun, sebenarnye kite masih lagi belum habis memasuki fasa yg terakhir dalam orang2 yg menuntut ilmu ni. Kite sering abaikannye. Tetapi ingatlah, jika kite mengabaikan kepentingan fasa yg ketiga ni, maka rosaklah seluruh fasa2 sebelumnye. Apekah fasa ketiga ni??

“Orang-orang yg beramal itu kebanyakannye tertipu, melainkan mereka yg ikhlas”.

Ya Allah..hatiku tersentak lagi. Apabile berbicare tentang hati ni, tidak ramai dalam kalangan kite melepasi ujian2 getir daripada Allah ni. Hatilah menguasai seluruh jasad dan rohani kite. Rasulullah (S.A.W) juge pernah berpesan, jike baik hati kite, make baik lah seluruhnye, jike sebaliknye, make rosaklah seluruhnye. Hati kitelah yg menentukan niat kite, tujuan kite dan matlamat kite.

Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar bin Al-Khattab r.a , kata beliau; “Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnye (sah atau sempurna) segala amalan itu dengan niat. Dan sesungguhnye untuk setiap orang itu ape yg dia niatkan… (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith kat atas ni, ramai dalam kalangan kite tahu, malah ade yg hafal dengan fasih lagi. Tetapi tak ramai dalam kalangan yg ramai tadi, tahu dan mengamalkan isi tersurat dan tersirat dalam hadith ni. Ria’ , takabbur, sombong, dengki; semua ni la yg bukan sahaje merosakkan hati, malah merosakkan amal2 kite. Nauzubillah hi minzalik..:( Cube kite tadabbur ayat Al-Quran ni,

Maka celakalah orang yg solat, (iaitu) orang yg lalai dalam solatnye, yang berbuat ria’… (Surah Al-Maun: 4-6)

Ya Allah, kau masukkanlah kami dalam kelompok orang2 yg Kau terima amal2nye, dan Kau redhailah segala amalan2 kami ini Ya Allah… 😦

Begitulah sunnah orang yg berjuang dalam mencari redha Allah. Penuh dengan ujian dan cabaran yg harus kite tempuhi. Hanya orang2 yg kental Imannye sahaje yg melepasi semua halangan ini. Segala yg Allah ujikan kepada kite semuanye mempunyai hikmahnye yg tersendiri. Cume kite sedar atau tidak je. Barangkali Allah menguji kite dengan menjatuhkan sedikit taraf kite di sisi manusia, adalah kerana Allah ingin meningkatkan taraf kite di sisi Allah Mahakuasa. Mungkin juge Allah menguji dengan pelbagai dugaan, adalah kerana Allah ingin kite benar2 menghargai Iman dan Akidah kite di sisi Allah, Tuhan Pencipta Alam.

Oleh kerana itu, bersabarlah dalam usaha kite berjihad menuntut ilmu ni. Jangan cepat berputus asa!! Ingat, Allah sentiasa dengan kite. Betulkan niat kite menuntut ilmu kerana Allah, kerana hidup dan mati kite hanyalah kerana-Nya. Ingatlah juge,jika kite tuntut ilmu kerana Allah, kalau ditakdikan kite berjaye, kite akan dapat dua perkare. Apekah ia?? Kejayaan dan Keredhaan Allah. Tetapi jike kite diuji Allah dengan kegagalan, jangan kecewa, kerana kite masih dapat satu anugerah, iaitu keredhaan Allah..InsyaAllah..

Mudah-mudahan, kite tergolong dalam golongan yg mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat..Amin…

Alhamdulillah Ya Allah..

Dunia baruku..

– Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang –

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah, akhirnye dapat juga aku menyelami sebuah dunia kehidupan yg mungkin terlalu baru bagiku,tetapi aku yakin tak bagi sebilangan besar dari sahabat-sahabatku.

Ape? Buat blog?? Haha 😀

Em, pada mulanya,semua ni tidak pernah terlintas pun di kotak pemikiranku untuk memasuki dunia penulisan siber ni. Mungkin kerana tak ada kemudahan untuk menulis dan kekangan waktu yg ketara, membuatkan aku terasa dunia blog ni, terasa asing sangat. Bukan kerana aku tak minat, tetapi kefahaman aku yg kurang mengenainye, aku merasakan blog ni hanyalah sekadar salah satu aktiviti yg boleh kite buat melalui komputer, selain daripada Friendster, e-mail, dan entah ape lagi yg mungkin aku sendiri tak tahu mengenainye.

 
Semakin lame aku kenal ape internet ni sebenarnye,semakin banyak blog-blog yg aku dapat lihat terhasil dalam internet ni. Taklah menjadi satu persoalan, kalau penulis-penulis blog itu, bukanlah dari kenalan-kenalanku, tetapi aku menjadi hairan semakin ramai sahabatku menyeburi dalam dunia ni. Hati aku selalu gak tertanya-tanya,kenapa diorang suka sangat nak berblog ni?? Ape diorang dapat dengan blog?? Em ..ni lah antara sangkaan awalku terhadap penulis-penulis blog..maknanye terhadap sahabat-sahabatku la.. 🙂

 
Setelah aku berjaya melanjutkan pelajaranku, barulah kesedaran untuk berblog ni timbul. Alhamdulillah.. 12 Julai 2008, adalah tarikh mula aku bergelar seorang MAHASISWA. Mase ni,seingat aku, aku la antare yg paling lambat masuk universiti dalam kalangan kawan-kawan aku.Em bosan jugak la duduk kat rumah mase tu.:D

Sebelum aku masuk university lagi, sebenarnye aku telah memikirkan keadaan aku kat sini.” Entah macam mane la keadaan university ni agaknye”. Aku sering terfikir. Semasa di sekolah menengah dulu, aku telah banyak mendengar cerita dan pengalaman mengenai kehidupan di IPT. Perkara-perkara ni la yg sering aku fikirkan. Dapat ke tak aku istiqamahkan ape yg aku dah usahakan selama ni. Setiap hari aku berdoa,mudah-mudahan kehidupan aku masih ade sinar Islam disekelilingku. Roomateku, kawan karibku, dan kawan-kawanku,semuanye aku harap dapat bersama-sama dalam usaha mencorakkan kehidupan Islamiyyah di sini.

“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Allah…” Inilah antara tahmid yg sering aku lafazkan bilamana aku terfikir kehidupan aku di sebuah tempat, yg dahulunya aku sendiri takut nak jejak memasukinye. Kehidupan di sini bukanlah sepertimana aku dengar mase zaman sekolah dulu. Ya, aku tak menafikan, mustahil pada akhir zaman ni, di sebuah tempat yg bagi aku sangat bebas, tak de langsung maksiat yg dilakukan di sini. Masih banyak!! Kadang-kadang tu di luar jangkaan aku jugak. 😦

Tapi, ape yg mengagumkan aku adalah, ciri-ciri Islamiyah yg diterapkan di sini memberi satu impak dan tempat di hati sebilangan besar penuntut dan staff yg bekhidmat di sini. Maksudnye, mereka masih mengambil Ad-din sebagai cara hidup mereka berbanding kehidupan jahiliyyah yg merosakkan bukan sahaja iman, tetapi tanpa kite sedari, ia juga boleh merosakkan akidah. Nauzubillahhi min zalik..

 
Boleh dikatakan setiap hari di sini hatiku terisi dengan pelbagai peringatan dan teguran untuk memperbaiki taraf diri di sisi Allah Maha Pengampun yg memiliki seluruh alam. Kuliah Subuh dan Maghrib, forum, ceramah, kelas Tajwid dan Tarannum; semua ni la pengisian-pengisian rohani yg aku dapat hampir setiap hari.

Melalui semua nilah hatiku mula terdetik untuk bersama-sama dengan mereka mendukung dakwah dan berkongsi ilmu yg tak seberapa ni. Akhirnye, aku terfikir untuk memulakannye melalui penulisanku sendiri. Lame jugak aku nak wat keputusan. Aku tahu, mungkin tak banyak yg dapat aku coretkan dalam bentuk ilmiah, tapi aku rase tak semestinye aku kene tulis 100% macam tu, pengalaman dan pendapat aku sendiri pun, kalau boleh diambilkan pengajaran, bukankah itu dakwah juge namanye??

 

Oleh kerana itu, aku bertekad nak mule dari sini. Sekurang-kurangnye, ape yg aku tulis kat blog aku ni, aku sendiri dapat bagi teguran dan semangat dalam diri aku sendiri.InsyaAllah.. Mudah-mudahan Allah memberkatiku..

Alhamdulillah Ya Allah..