Menghayati, merenungi, menginsafi..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

Dalam menyusuri kehidupan ni, sudah pasti kehidupan kite penuh diisi dengan  segale keindahan dan kesenangan sehinggakan jarang sekali untuk kite memikirkan siape yg memberi semua nikmat itu tadi. Itulah manusia. Kite hanye mahu menerime dan meminta dari Allah yg Maha Kuasa, tapi sering kali melupekan segale tanggungjawab kite kepada Maha Pencipta. Itulah manusia. Sering lalai dan lupa, bahawa hidup di dunia ni hanyelah sementare. Tahu dan yakin kehidupan akhirat akan menjelma, tapi baginye itu bukanlah matlamatnye.

Jadi mulai hari ni, marilah menilai diri kite, apakah sudah cukup bekalan untuk kite bawa di hadapan Allah nanti. Iaitu pada saat manusia yg tidak cukup amal untuk membela dirinye, memohon kepada Allah untuk kembali ke dunia semula. Tapi pade ketike itu, semuanye sudah terlambat..Allahu Akbar..

Bacelah sedikit renungan kat bawah ni, sebagai penyuntik semangat untuk kite menjadi seorang muslim dan muslimah yg sebenarnye. Renungan ni diambil dan kemudian diolah agar ia sesuai dibace dan dijadikan alat pengukur untuk kite semua. InsyaAllah..

Wahai Muslimin, renungilah..

Muslim sejati adalah seorang lelaki yang beriman,
Hatinya yang disalut rasa taqwa kepada Allah,
Jiwanya penuh penghayatan kepada Allah,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan,
orang-orang yang berjuang dijalan Allah…

Muslim sejati adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Muslim sejati adalah lelaki yang menghormati kedua ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri & anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia,
Baginya ia adalah rumah sementara menuju akhirat…

Muslim sejati sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja dan perkara yg sia-sia,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Muslim sejati tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan…

Muslim sejati sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Muslim sejati adalah lelaki yang tidak pesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dia ingin membawa wanita bersama,
Kerana itulah dia menjadi lelaki idaman setiap wanita….

Wahai Muslimat, hayatilah..

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti,
Yang luhur dari keimanan yang murni,

Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan fitrah insani,

Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti..

Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah,

Yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan
perkataan mulia yg penuh barakah,

Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah,

Dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuan Yang Maha Pemurah,

Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman yg indah…

Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia,

Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan
impiannya,

Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya…

Namun apakah mereka menyedarinya???

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan,
Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh  seorang insan,

Rasulullah (S.A.W) telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga
pengorbanan wanita selalu dikenang…


Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan,

Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka yg mengazabkan,

Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Ar-Rahman…

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga,

Menjadi dambaan insan yang beriman dan mulia,

Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani,

Menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti,

Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran,

Membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan…

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita,
Dalam kehidupan seorang wanita solehah yg tinggi darjatnya,

Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya,

Yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya,

Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurga…

Begitulah sifat wanita yang menghiasi dunia,

Perasaan malu menjadi pakaian yang sentiasa menyelubungi dirinya,

Menundukkan pandangan mengelakkan fitnah yang memanahnya,

Merendahkan suara menjaga maruahnya,

Dilakukan hanya untuk Kau Yang Maha Esa,

Untuk peroleh syurga buat selama-lamanya..

Sahabat-sahabatku,

Marilah kite ambil peluang ni,

yg mane diri kite sendiri pun tak tahu sampai bile peluang untuk kite memperbaiki diri ni berakhir..

Mudah-mudahan renungan ringkas ni dapat memberi sedikit sentuhan rohani yg kite dambarkan selami ni..InsyaAllah..

“ Ya Allah, Kau bimbinglah kami dalam melayari kehidupan dunia yg palsu ini, Kau berilah kami petunjuk-Mu, sebagai pelita di dalam dunia kegelapan ini Ya Allah..Kau kurniakanlah keampunan kepade kami,  Kau ampunkanlah dosa-dosa kami, kerana sesungguhnye Kau lah pengampun dosa-dosa hamba-Mu ini..:( ” Amin Ya Rabbal ‘alamin…

Alhamdulillah Ya Allah…

10 thoughts on “Menghayati, merenungi, menginsafi..

  1. aireensamirah berkata:

    salam..
    owh, tersentuhnya..
    terasa kelemahan diri ni..
    kata2 tu buat sendiri ke??

  2. al_milangi berkata:

    em,,
    amiratul,
    renungan ni aku amik kat internet,then aku edit sikit je..
    tak banyak pun,,
    first time aku bace pun, rase tertarik n tersentuh gak,,
    mudah-mudahan dengan sedikit muhasabah ni, dapat la kite
    memperbaiki dire kite..tak banyak pun tak pe,btol tak??🙂
    InsyaAllah..

  3. aireensamirah berkata:

    salam..
    btul3..(gaya upindanipin ye)
    biar ckit tp istiqamah..
    quality is better than quantity rite??

    ooo..igt ko buat sendri..
    dah leh ganti Usman Awang tu..
    huhu..

  4. Sara berkata:

    How fascinating,
    It really caught my heart..
    Pray for our brothers and sisters out there to have those gratitude to Allah the Almighty..
    And hope it can bring back the content and life of Islam through our deep inner heart!Ameen

    Well queted,bro!

  5. afnan berkata:

    salam,daus,,,,afnan ni,sorila…da lame x cntct….

  6. al_milangi berkata:

    em afnan,,
    eh xpe la, aku mintak maaf la jgak,
    agak lame ek kite tak berhubung..
    tak pe, cuti sem akan datang lagi,,
    hari tu nanti,jangan plak ko bosan tengok muke aku..
    hehe :))
    gud lux study!!

  7. sya'rani berkata:

    assalamualaikum…erm,ble dh bca tntang nie…rse mcm dh kne kat btng hidung sndri…rse t’lalu bnyk yg dh t’lnjur..erm..ntah pe la kdudukn kte d sisi Nya..erm.. lazim nyer ble kte b’ckp psl muslim s0leh dn mslimah s0lehah..kte akn dngr suara2 sumbang b’bisik..”ala,bleh la die 2 ank imam..k0 bdk sek agma..d0rg bdk p0nd0k…memang la s0leh s0lehah..aku nie sape la plak,nk jd baik p0wn x de sbb..”..2 la slh stu k0men yg kte akn dngr ble kte prs0al kn tntng nie…kte akn asyik slh kn fkt0r2 len dngn keadaan kte yg serba kkurngn nie..tp kte x sdar yg kte bukn nye x bleh jd 0rg yg s0leh..tp cme kte yg x prnh nk bg pluang kpd dri kte sndri utk brubh kpd yg lbih baik..knapa kte x t’g0lng dlm g0lngn yg bek..?..tpuk dada tnya iman..syukrn ya firdaus..bingkisan yg enta hmparkn 2 mmng btul2 t’kena kat btng hidung ana nie…jazakallahu khairan kathira..

    • al_milangi berkata:

      Waalaikumussalam ya akhi,,
      absolutely yes !! i agree with you 100%,,
      memang ramai yg cakap cam2,, dan ape yg enta cakapkan tu, bagi ana ia adalh satu hujah baru yg leh ana gunekan kat mereka2 ni,,
      syukran sya’rani,, memang kite harus bagi peluang kat iman dalam diri untuk berubah dan berhijrah,,
      bukannye membiarkan nafsu dalam diri berteriak meriah,, Astaghfirullah😦
      (sya’rani, bagi ana sume ni terkena kat batang hidung ana gak, same2lah kite bagi pluang kat diri kite,, insyaAllah :))

  8. saffuandi junaidi berkata:

    salam alaik, harap izinkan saya share artikel ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: